Wednesday 7 October 2015

SUAMI BERSAMA RAKANNYA DITUDUH DIMAHKAMAH ATAS CUBA BUNUH ISTERINYA DAN TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN.



Seorang pekerja hotel dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson, Khamis lepas.

Tertuduh, K Saravanan, 26, dan Ahamad Mohd. Latif, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon bantahan terhadap sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana mangsa di dalam kes ini adalah isterinya dan ada kemungkinan untuk tertuduh menghampiri mangsa dan mereka yang terlibat dalam kes ini.

Selain itu, Syamimi Farhana berkata kes ini juga melibatkan kepentingan awam kerana kes tersebut sudah tersebar luas di media sosial.

Kamarudin kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 13 November hadapan untuk sebutan semula kes dan pembentangan laporan perubatan mangsa.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


6 comments:

  1. Apakah nasib isterinya sekarang, dia sudah mati atau dia masih hidup dan dia sekarang sedang dirawat di hospital kerana kecederaan teruk?

    ReplyDelete
  2. Suami keling hindu
    kawan keling muslim.
    Pukul bini mcm pukul lembu.
    Kejam mcm pemberontak Tamil Eelam.
    Bakar hidup hidup baru padan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi tak mengaku salah fitnah pil kuda didenda 2 juta. Semua org termasuk ulama tak mengaku salah kalau didenda 2 juta. Kalau 20 ringgit baru cepat2 mengaku salah kot....

      Delete
    2. Deiy...
      kau telan pil babi lagi baik dari mengata orang.
      ingat tuuu.... pooodah.

      Delete
  3. Pas tak mengaku salah bila didakwa orang ramai sebabkan berkuburnya pakatan rakyat. Oleh sbb tidak bersalah maka pas sanggup bekerjasama dgn dap selangor di bawah pakatan rakyat yg dah pupus itu. Ada caimeno kata sapa kerjasama dgn dapigs sama macam daging babi bakar dlm piring dgn dapigs.

    ReplyDelete
  4. Xde org buat report ke polis x amanah sebar gambar, report . Skang kt wassap berlambak2. Dlu msa nurin jazlin dah kne sorg sebar gambar bedah siasat. Syaitan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...