Thursday 8 October 2015

MASA SUDAH SAMPAI UNTUK MCA DITERAJANG KELUAR DARI BN.



Sejak kebelakangan ini rakan rapat UMNO dalam Barisan Nasional, MCA sudah menjadi liabiliti tahap teruk daripada aset bernilai.

Berikutan prestasi buruk mereka dalam PRU13, kepimpinan MCA mengisytiharkan bahawa mereka tidak mahu apa-apa jawatan menteri sehingga mereka diperkukuhkan dan membuktikan diri mereka kepada BN.

Tidak lama kemudian, bimbang bahawa mereka akan menjadi tidak penting, tanpa ada rasa malu sedikit pun menonjolkan kulit tebal mereka merayu kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk jawatan menteri kabinet, yang akhirnya mereka mendapat atas semangat perkongsian kuasa menjadi amalan BN selama ini.

Sekarang, sudah ada yang mulai lupa budi baik dan ehsan dengan menyerang dan memperlekeh kepimpinan yang sama yang memberikan mereka pengiktirafan yang mereka tidak benar-benar layak sedikit pun.

Jika mereka mempunyai sesuatu terhadap kepimpinan sedia ada, mereka sepatutnya tidak menyuarakan kebimbangan mereka secara terbuka, sebaliknya berjumpa empat mata untuk luahkan rasa ketidak puashiti yang terbenak dalam kepala dan terbuku dalam jiwa dan bukannya cuba mau berlagak wira didepan sekelompok para penyokongnya.

Baru-baru ini, semasa pembelaannya sekolah Cina, Timbalan Menteri Pelajaran Senator Chong Sin Woon mendakwa bahawa hampir semua ahli-ahli MCA telah menghadiri sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah-sekolah ini tidak semai perkauman.

Beliau kemudiannya mempersendakan ahli-ahli DAP kerana tidak mampu bertutur dalam bahasa Cina dengan baik kerana mereka belajar diSekolah Kebangsaan.

Kenyataan beliau seolah-olah menyindir bahawa sekolah kebangsaan menimbulkan perkauman manakala sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina tidak.

Setelah menyedari kebodohan apa yang dikatakannya, dia cuba untuk memulihkannya tetapi ternyata beliau gagal teruk.

Ini adalah pemimpin MCA yang sama berjawatan Ketua Pemuda MCA Pusat yang menentang pendirian pimpinan BN mengenai Himpunan Bersih 4.0 dengan berkata, mana-mana anggota MCA boleh mengambil bahagian dan hadir dalam perhimpunan tersebut walaupun dianggap haram oleh kerajaan. Lagi sekali Chong terus bercakap dalam nada yang berbeza daripada kepimpinan BN.

Ketua Pemuda MCA ini perlu diberi peringatan bahawa tanpa rasa simpati dan ehsan serta budi baik perdana Menteri Najib Razak jangan beliau nak mimpi jawatan Timbalan Menteri Pelajaran akan diperolehinya. Dia perolehi bukan atas dasar merit tetapi kesihan dan simpati agar MCA tidak kelihatan sudah lenyap dan mati.

Jika pemimpin muda MCA ini adalah seorang yang berintegriti, sila dengan segala hormatnya meletakkan jawatan dan cuba untuk sampai ke kedudukan sedia ada secara sah dan tidak melalui pintu belakang.

Kena akui betapa MCA kini sama sekali tidak mempunyai sokongan daripada orang Cina dan tidak akan mendapatkannya kembali. Orang Cina telah menolak mereka secara terang-terangan. Bagi masyarakat Cina, hanya satu pihak mewakili mereka iaitu DAP. Apakah peranan MCA sekarang dalam Barisan Nasional?????

Jika dibandingkan MCA dengan MIC, kaum India yang berpendapatan rendah di Malaysia masih bergantung harap kepada MIC untuk mendapatkan bantuan. Apabila masyarakat India menghadapi masalah majoriti dari mereka masih pergi kepada MIC untuk mohon bantuan dan pertolongan sama ada moral atau dana.

Sebaliknya adakah masyarakat Tionghua negara ini jika menghadapi masalah dan kepayahan berlari pergi mencari dan berjumpa dengan MCA????? Jawapannya sudah pasti TIDAK!!!!

Jadi rakyat bertanya ... apakah peranan dan sumbangan mereka dalam BN kini????.

Perdana Menteri Najib dan UMNO perlu menilai semula perkongsian kuasa dengan MCA.

MCA telah mula menunjukkan bahawa mereka seperti kacang lupakan kulit ... seperti melepaskan anjing tersepit.

Demi kebaikkan dan kepentingan Barisan Nasional (BN) maka keputusan mengeluarkan MCA dari BN adalah suatu keputusan dan tindakan bukan sahaja wajar tetapi bijak lagi tepat.

Ia tidak akan menjadi satu kerugian pun walaupun sedikit kepada BN jika MCA tidak dalam gabungan itu.

12 comments:

  1. Aku pulak minta gang Mat Shampoo, Din Pudu, Qlet Smaq, Ketam Nipah, Mariah Kari Dan Imayam2 lain masukkan kuali bawah MCA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti AMANAH tak kisahpun jika Lim Guan Eng BERBOHONG


      Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­-mata.

      "Itu tidak betul. Kita beri wang, malah tidak pernah pun kurangkan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-17 di Dewan City Kingdom Hotel, 4 ktober lalu.

      Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

      Hasil kenyataan ini, blog-blog pro AMANAH telah memainkan isu kononnya pak lebai PAS telah membuat fitnah.

      Mereka jadikan whatsapp dan facebook tempat untuk mengecam PAS dan kepimpinan ulama. Ulama PAS diburukkan dengan pelbagai tohmohan sedangkan mereka ini tahu cerita sebenar bagaimana sekolah agama milik ahli PAS telah dianak tirikan.

      Cara DAP buat kepada PAS tiada beza dengan cara UMNO. Mulut kita kata nak tumbang UMNO tapi paei perangai kita saling tak tumpah MACAM UMNO.

      Apa beza DAP dengan UMNO dalam isu ini?

      Lim Guan Eng menggunakan kaedah yang sama semasa memburuk Presiden PAS kepada Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.Fitnah dan tuduhan dibuat. Akhbar dan media pembangkan menyebar maklumat sehingga pembaca mendapat gambaran yang salah.

      Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kata ada sesetengah SAR tidak diberikan bantuan, tapi Lim Guan Eng berbelit kononnya bantuan tak dikurang walaupun sekupang (10 sen). PAS persoalkan kenapa ada yang tak bagi, bukan bantuan tak ada. Tapi mereka pandai bermain dan media.

      Parti AMANAH dan PKR dalam hal ini tak kisah, asalkan mereka boleh bergerak dengan bantuan DAP di Pulau Pinang. Bohong ke? Asalkan PAS boleh disingkirkan.

      Biasanya pembohongan tidak lama, Allah akan bongkarkan kebenarannya. Dua hari selepas itu Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusof, Mudir Am Sekolah Rendah Islam Al-Ansor telah membuat kenyataan tentang sekolahnya dianak tiri oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

      Kemudian selepas itu Ustaz Norazman bin Ishak, Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Sek.Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) pula membuat kenyataan.

      Politik di Malaysia masih tidak mantang. Malang bagi pembangkang yang kononnya nak runtuhkan UMNO untuk tawan Putrajaya nak bina MALAYSIA BARU tapi masih dihantui perangai UMNO.


      Nordin Bin Ali
      nordinbinali@gmail.com
      http://nordinali.blogspot.com/

      Delete
    2. Terbuktilah Imayam Al Selfie Amoy adalah anjing DAP

      Delete
    3. PAN dah jadi syaitan bisu bila berdepan dgn dap walaupun tindakan dap akhir2 ini tlh byk menyinggung sentimen umat islam. Tersangat malang dgn segelintir umat islam yg sedia dicucuk hidung menyokong PAN yg tak beperanan langsung utk membela melayu dan umat islam.

      Delete
    4. Hahaha....mca apa melayu bagi???? Umno apa cina mahu???? Mca cina tak mahu umno melayu simpati...bn semakin lemah sokongan rakyat dan pembangkang sedang berperang menyelesaikan masalah. Apa rakyat buat???? Tunggu dan lihat.

      Delete
  2. Alaaaa...padahal OK frust tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah Imayam yg kuciwak kah kah lah

      Delete
  3. Memandangkan hampa tak boleh nk wat apa...
    Cerita2 ini berulang2....
    Mintak tolong parti apa pun jgn paksa rakyat sokong hampa...
    Kalau nk tunjuk terror, tu hak hampa...
    Mintak tolong jgn paksa....
    Aku bggtau ja nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti PAN Imayam Karapole hamba abdi DAP. Umat Islam.di Penang kena tindas Mat Sabu tak buat APA pun

      Delete
  4. Banyak isu panas "diciptakan" blogger padahal realitinya amat bertentangan. BN tak akan terajang MCA walaupun MCA tunjuk kemaluan kat pemimpin. BN dah lama kena nasi tangas MCA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terajang nnti dituduh racist pula, tapi kalau parti lain yg buat, tak ada pulak dituduh racist dll.

      Delete
  5. Walaupun MCA teruk dalam PRU yang lepas, tetapi mereka tetap mendapat sokongan daripada rakyat. Yang penting, jangan menindas kaum lain demi kepentingan sendiri. Lihat sahaja DAP telah menganjingkan kaum lain untuk menaikkan nama mereka? Apa sudah jadi dengan PAS?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...