Wednesday 3 June 2015

JALAN LEBUHRAYA SULTAN ISKANDAR DARI ARAH PARLIMEN DI TUTUP SEBAB TANAH MENDAP.



Lalu lintas jalan di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Parlimen ditutup yang berpunca daripada mendapan tanah jalan mengakibatkan keadaan trafik sangat sesak dan teruk.

Berikutan kejadian itu, jalan dari Sungai Besi ke Tun Razak, Tunku Abdul Halim ke Damansara, Damansara ke Semantan dan Lebuhraya ke susur Parlimen masih sesak dengan lalu lintas.

Menurut jurucakap ITIS DBKL, mendapan jalan di kawasan terbabit berlaku pada jam 3.30 pagi semalam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga ke hari ini.

“Kejadian mendapan itu adalah kerana kerja menaik taraf terowong Jalan Duta yang sedang beroperasi dan juga keadaan yang basah akibat hujan.

“Keadaan lalu lintas masih lagi berlaku sehingga sekarang dan kesemua jalan yang terlibat masih bergerak perlahan namun tiada sebarang kemalangan dilaporkan,” katanya pagi ini.

Semua kenderaan boleh menggunakan lencongan ke Wisma Tani menuju ke susur Parlimen sebagai alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi.

3 comments:

  1. Lah ini perkara biasa je sama macam kita bina terong smat dulu jalan tutup sebab tanah mendap

    ReplyDelete
  2. Ni semua salah kerajaan zimbabwe.ngeh3

    ReplyDelete
  3. Jalan kat pekan sg besi lagi teruk dari ni. Berlubang2 macam kena bom askar Israel. Tu belum lagi sesak hari2 kat MRR2 berhampiran bandar tasik selatan. Mana batang hidung ahli parlimen bandar tun razak. Dah naik gaji terus nyorok.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...