Wednesday 6 May 2015

MASANYA SUDAH MASAK RANUM UNTUK NAJIB TUKAR AHMAD MASLAN



Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berjaya menarik perhatian sekali lagi atas kenyataannya dalam isu harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Kenyataannya minggu lalu bercanggah dengan pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek hinggakan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa masuk campur dan meminta isu itu hanya diputuskan oleh Ahmad Shabery sahaja.

Najib membuat arahan itu minggu lalu secara terbuka di Twitter.

Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai teguran terbuka yang mencalar imej dan integriti Ahmad Maslan.

Dari situ, sosek-sosek dan perbualan kalangan akar umbi timbul dengan mempersoalkan jika perdana menteri sudah tidak lagi percaya dan yakin kepada timbalan menterinya yang mungkin paling gigih, kental dan rajin  mempromosi agenda cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Keadaan ini tidak membantu Ahmad Maslan kerana beliau sememangnya menjadi sasaran kemarahan pengguna – semenjak sebelum penguatkuasaan GST lagi.

Akibat asakan dan desakan ramai itu, Ahmad Maslan terpaksa mempertahankan dirinya bahawa beliau tidaklah “sebodoh” yang disangka pihak tertentu.

Beliau turut mengumumkan keputusan yang dicapainya di universiti dimana beliau memperolehi sarjananya, bagi menguatkan lagi hujah berkenaan.

Malangnya, pencapaian CGPA 3.85 Ahmad Maslan itu tidak meyakinkan para pengguna, malah menjadi modal lawak jenaka yang lebih nakal dan menggila.

Apatah lagi, penguatkuasaan GST kini sudah masuk bulan yang kedua namun isu harga yang patut dikenakan ke atas jualan kad tambah nilai itu masih juga belum nampak sinar penyelesaiannya.

Selain teguran terbuka daripada perdana menteri, Ahmad Maslan juga terpaksa menanggung malu kerana penjelasannya mengenai GST mengundang cemuhan dari bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itulah padahnya kerana Ahmad Maslan berkata, kebimbangan yang disuarakan Mahathir ke atas GST mungkin timbul kerana bekas PMselama 22 tahun itu tidak faham mengenai cukai tersebut.

Jawab Mahathir dalam nada sinis dan selamba, beliau sememangnya tidak faham dengan penjelasan Ahmad Maslan, dan timbalan menteri itu menurutnya “tidak tahu apa-apa mengenai hal kewangan”.

Ahmad Maslan amat kekurangan dalam skil komunikasi apabila berdepan dengan isu-isu besar .. bila terhimpit dan tersandar dengan asakan bertubi-tubi maka mudah melatah dan hilang kawalan emosi, sehinggakan kata-katanya menjadi bahan untuk menyerang kembali pemerintah.

Memang Ahmad Maslan ini orang yang bijak dengan kelulusan akademik yang agak mengkagumkan tetapi cara beliau memberikan penjelasan dan mengawal Biro Publisiti dan Penerangan UMNO/BN yang beliau sendiri pengerusikan dilihat gagal seperti diharapkan.

Biro ini amat penting dalam menyampaikan maklumat demi memberi keyakinan kepada rakyat agar segala polisi dan dasar yang dirangka pemerintah boleh difahami dengan baik dan seterusnya menerima dengan hati yang lega.

Ambil keputusan PRK Rompin sebagai kayu ukur ... kutip dan hadam keputusan tersebut .. lakukan bedah siasat terperinci dengan menerima kebenaran walaupun sepahit mana.

Gelagatnya menunjukkan beliau sedang menoreh pokok getah tua tidak menyumbang kepada peningkatan undi dan kepercayaan rakyat kepada calon UMNO/BN malahan memberi modal untuk dijadikan bahan serangan.

Cara beliau melakukan sesuatu aksi dilihat diikhlas dan kaku walaupun tujuannya baik dan molek.

UMNO/BN masih lemah dan ketinggalan dimedia sosial jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat .. para penggiat sekadar tenggelam timbul .. hanya wujud ketika ada PRK dan PRU .. tidak konsisten dalam menyumbang.

Peluang dan ruang sudah cukup banyak dan lebar diberikan, namun kemampaun jelas tidak memihak kepada Ahmad Maslan .. maka dengan itu masanya sudah cukup masak ranum untuk Dato' Seri Najib Razak lakukan perubahan drastik dengan mengggantikan jawatan-jawatan yang sedang disandang Ahmad Maslan dan serahkan kepada pemimpin atau pemimpin-pemimpin yang lebih layak.

11 comments:

  1. Bantu lah kami hentikan nepotism berada dalam pkr itu, jika ada undi bebas di pematang pauh anda memastikan wan azizih berhenti politik anda telah menyelamatkan pkr itu dari parti kekeluargaan, cuba anda lihat ts kahlid di pecat dengan dengan alasan beliau bankrap sebenar beliau bukan bankrap yg gembagemburkan, jika anda tak mengundi pkr anda menbantu rakyat selangor dari kekejaman pkr ini, cuba anda lihat ketika rakyat kelantan menderita akibat banjir, ds anwar ibraham selaku ketua pr bersenang lanang pergi melancong di new zealand, ketika kajang banjir wan azizih tak pernah menunjuk muka selaku wakil dun kajang



    Lulahan dari rakyat selangor yg menderita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan macai umnogok sekor ni. Cuba nak mengampu. Nak kerja kelulusan setakat SPM. Kalau ade ijazah sah tak laku. Cakap orang putih macam orang mabuk. Nak sibuk politik Selangor. Orang bodoh, orang merempat datang KL, orang jahil muraqab bolehlah kau kelentong. Kalau tak tahu dimana letaknye dulu Sekolah Kebangsaan Gombak Lane, Atau pun di mana letaknya dulu Road Transport Department Broadrick Road, di mana letaknya Jalan Khatib Koyan atau pun Tangga China, atau pun Ujung Pasir, atau pun Kampung Semarang, Jalan Mountbatten, Malayan Command dan sebagainye janganlah masuk campur dan merepek. Eloklah kesat je hingus tu!!

      Delete
    2. Yang selalu komen untuk anwar sekleuarga dan dia selalau keluar dalam blog Oamak kau.Krsaia dia,dia selalu meroyan dan sekarang hampir nak gila.

      Delete
  2. Pr00000oooooo000ttTttT!! Argh!! Leganya

    ReplyDelete
  3. Hahaha.....
    Maslan lagi???? Belajar tinggi2 lulus grade mana pun tak ada guNa zaman telah pun berubah lulusan dulu sudahpun jadi grade bawah. Org bijak akal bertambah bijak bukan semakin mundur ketinggalan zaman, masakan lulusan zaman dulu nak bandingkan lulusan skrg!!! Kalau bijak masakan kad prabayar masih juga dicas 6% lepas sst di cukaikan tambah lg cukai gst ini ke maksud ditukar??? Memang maslan tak sebodoh itu tetapi pihak atasan nak untung lebih kamu pula membabibuta tak sedar2 masih nak pertikal gst itu apa guna!!! Bukan rakyat tak faham atau tak tahu sebab kami pun org bijak bukan bodoh akal mcm macai umno penipu pembohong cuba rogol harta rakyat lepas perkosa harta negara. Cuma
    Sebahagian rakyat malaysia yg masih bodog dan fikiran tahap 0 maka umno terus menjajah malaysia bukannya rakyat yg berkuasa tetapi kroni.
    Maslan hanya perbodohkan diri sedangkan umno tidak bermaksud tidak mahu cukai gst pada prabayar walaupun mrk tahu sst telahpun dicukai pada prabayar itu. Tak kan lah mrk bodoh sgt cuma buat2 bodoh dpt 800 juta kenapa bodoh bijak umno ni. Buat duit buat bodoh jadi bijak cuma rakyat yg melaung sana sini tetap reload sebab nak guna talian maka rakyat tiada harapan nak ubah cukai ini selagi umno memerintah malaysia bila dah habis wang rakyat dikebas akhirnya pakatan rakyat berjaya memerintah sebab rakyat dah beralih arah namun dah terlambat negara kehabisan wang dan hutang sekeliling pinggang mcmmana pr nak memerintah malaysia tanpa cukai rakyat bila wang tiada lepas tu rakyat pula benci pr kata pr bohong sama sj dgn umno kalau mcm tulah pada masa depan maka yg paling bodoh bukan kerajaan baik baru atau lama tetapi rakyatnya.

    ReplyDelete
  4. Bukan lagi ranum tapi dah hampir busuk. Tak lama lagi gugur lah tu. Kalau pemimpin nya macam tu, ahli2 nya macam mana agaknye ye.

    ReplyDelete
  5. Kau kempen turunkan ahmad maslan, hasan malek pun apa gunanya? PR dapat menang pilihanraya & perintah malaysia ke? PR takkan dpt menang..itu realiti. Selagi tak pinda perlembagaan, selagi tu tak menang. Parlimen tetap bn pegang. Hancurkan personaliti menteri, demonstrasi gst, itu semua tak ke mana.

    ReplyDelete
  6. Konon, jangan tak tau! Manusia bongkak sombong bodoh tak tau bersukur kepada Allah swt, konon CGA 3.85 - nak dilihat turun padang le tu! Dah le tu si mangkuk hayun ini kata dia rela kena rejam batu! Mashaallah, dia kena jaga mulut dia, Allah swt tahu apa gelagat kepala otak cga 3.85 dan apa kata bisikkan di hatinya. Sebenarnya Hatinya meronta-ronta meminta membenarkan kebenaran yang Haq! Itu pun pun kalau ada izin Allah swt di hati Insan dalam dirinya.

    Cerita lagi, manusia bodoh sombong sengaja konon dialah orang yang terpandai-ikhlas kerana itu kalau dia tersalah silap membabi buta meminta dan rela di rejam batu? Siapa yang selalunya kena rejam batu? Tanya pada orang yang telah menunaikan Haji, apa simboliknya. Nah si mangkok hayun cga 3.85 ini perlu rejam setan dalam diri dia dahulu. Inilah manusia yang kenal diri, apa lagi besifat angkuh, sombong sifat munafik!

    Oooi, apa kurangnya macam si Azmin tu turun masuk longkang konon turun padang le tu @#!? sama saja macam manusia bodoh sombong cga 3.85 tu nak pasak modal lakonan haram geng songkok tinggi ketekak mencekik rakyat, picit telor rakyat. Ini semua kerja orang terencat akal. Dizaman 2015 ini haluan pandangan dan geliga otak manusia bukan macam zaman "Yes Man"! Simbolik atau tidaknya hakikatnya semuanya kerja "Bodoh" atau "Cakap Tak Serupa Bikin"!

    Realitinya, Pak Khalid berusaha sedaya upaya mengurusan urusan kerajaan negeri selangor yang terbaik, ada pula mangkok hayun yang cuba merobokkan apa yang terbaik lalu nak membuka, mendorong kejalan untuk kerja-kerja rasuah mcam geng songkok tinggi. Sekarang di Sengaor bukan ke sudah mula ada amalan "Close Tender" ???? Apa ini semua?

    Sebenarnya, cerita nak turun padang membela rakyat susah sangat ke pemimpian atau mereka yang bertanggung jawab cuba ikut contoh bagaimana manusia bernama Lee Kuan Yu turun padang sebagai contoh, tuan-tuan yang tak tau tanyalah orang singapura bagaimana dia mengajar orang singapura bertanggung jawab keatas diri mereka.Ini bukannya hendak mengangkat mertabat sesaorang - ini cerita sebagai contoh bekerja IKHLAS sebagai pemimpin yang dilantik dan mengerti tanggung jawab yang dipertanggongkan ditahap yang paling rendah.Cerita kasarnya manusia bernama Lee Kuan Yu sendiri turun padang dalam masa dia sendiri - takde eskot super changgih manggih, pegawai-repoter dan sebagainya. Bila terdapat masalah yang membaian penguat kuasa tertidor lena - nak siap dia sendiri akan kerjakan mereka-mereka supaya mata mereka terbeliak buntau! Barule betul!

    Kita sudah mula dengar, cerita manusia pendatang sudah mula tersebar berniaga, jadi kontraktor kecilan mengunakan lesen orang tempatan bukan sahaja di Selangor malah di merata negeri. Mengapa tak turun padang, periksa hingga keakar umbi dan ambil tindakan yang wajar?

    Podah, kita lihat satu kesalahan mudah - merata tempat manusia menampal iklan kertas di jejambat lalu lintas, tembok dan sebagainya, memang mual mata memandang, seolah-olah negara ini tak ada peraturan. Kita sering melihat kerap kali pehak kuatkuasa menurunkan banner, bekerja keras mengikis kertas iklan besar kechil yang melekat.Bukan ke ini kerja bodoh - setiap iklan itu sudah tentunya tiada permit satu kesalan boleh didenda, tetapi juga setiap iklan itu ada no talipon kontak jika berminat. Bukan ke senang sekali kerjanya, bukti jelas ada no talipon - buat lakonan P Ramlee, pangil sipengiklan. Nah, ini barulah lakonan Turun Padang yang REAAAAAAAL-bukti ada semua ada. Tangkap mereka dendanya mudah sahaja - mereka yang bertanggung jawab dihukum dikhalayak ramai - suruk mereka jilat iklan mereka tampat sampai tanggal hingga bersih! Barulah betul-gerenti mereka tak akan buat kerja tak senonoh lagi - Apa kata Anda?

    Negara Malaysia ini sudah Terlalu Letih kalau masih tak ada perubahan lambat laun Tumbang Sendirinya tak tentu pasal - Tiada Maruah Diri. Meletakkan pucuk Pimpinan yang batil ketempat yang sahih adalah Haram, kita semunya akan di dakwa di hadapan Makamah Allah swt!

    ReplyDelete
  7. Sapa ada simpan gambar WAWI tebang pokok pisang ?

    ReplyDelete
  8. AKHIRNYA, UMNO MAHU RAKYAT SOKONG CALON MEREKA YG MENYOKONG GST DAN KEHILANGAN WANG 1MDB RM24 BILION BERBELANJA SEMEWAH ELMEDA MARCOS TERBANG DGN DUIT PEMVAYAR CUKAI. ISU KAD PRA BAYAR ...
    SOKONG KAK WAN, SOKONG PKR DAN TOLAK GST !!

    ReplyDelete
  9. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...