Thursday 9 April 2015

WAJAR MAHATHIR BERTANDING PRK PARLIMEN P091 ROMPIN MEWAKILI PEMBANGKANG BAGI MENGUJI PENGARUHNYA DAN KEBERKESANAN GASAK NAJIB.




PRK Parlimen P091 Rompin yang bakal diumumkan pada Jumaat ini oleh SPR adalah ruang dan peluang terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamed menguji pengaruh dan keberkesanan beliau mengasak Najib bertali arus sejak kebelakangan ini.

Keputusan itu nanti bolehlah dijadikan kayu ukur sama ada apa yang beliau lakukan ini mendapat sokongan dan diterima rakyat terutamanya kalangan penyokong dan ahli UMNO serta orang Melayu/Islam.

Rompin terletak dinegeri Pahang negeri kelahiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Masa ini juga Pakatan Rakyat terutamanya PAS wajar ambil kesempatan yang baik ini untuk menengahkan Tun Mahathir sebagai calon PAS/PR, memandangkan sejak akhir-akhir ini beliau lebih bertindak dan memainkan watak sebagai Ketua Pembangkang sebaik sahaja Anwar Ibrahim merengkuk lima tahun dalam penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sejak Tun Mahathir ghairah dan rancak membuka mulutnya menyerang Najib Razak, dilihat para pemimpin PR lain mengambil sikap senyap membisu sambil tunggu dan lihat.

Mungkin mereka sedar apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir adalah isu-isu purba yang sudah sekian lama dijaja oleh PR tetapi kini sudah dirampas dan dilihat seolah-olah ianya suatu isu baru dan beliau sebagai pencetusnya.


Jika dilihat kepada majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebanyak 15,114 undi pada PRU 13 lalu mengalahkan calon PAS Puan Nuridah Mohd Salleh yang memperolehi 14,926 undi, sudah pasti PRK Parlimen P091 Rompin adalah medan terbaik bagi menguji penerimaan rakyat tentang apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Najib Razak benar-benar diterima dan dipercayai rakyat.

Tun Mahathir dikatakan kononnya masih mempunyai pengaruh yang besar kalangan para penyokong veteran dan konservatif dalam UMNO, dimana kelompok ini majoritinya adalah golongan yang menjadi warga luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda.

Kawasan Parlimen P091 Rompin memberi gambaran yang sesuai akan senario ini komposi pengundi mengikut kaum dan lokasi.


Apakah PAS bersedia untuk menjemput secara rasmi dan menyerahkan kerusi Parlimen P091 Rompin  kepada Tun Mahathir untuk beliau bertanding????

Adakah komponen-komponen parti lain dalam Pakatan Rakyat bersetuju?????

Kalau diikutkan kepada atas kertas dan realiti politik dengan mengambil kira jumlah majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada PRU 13 lalu, ... tidak mungkin dan hampir mustahil PAS mampu menang di Parlimen P091 Rompin untuk menumbangkan siapa jua calon yang diletakkan oleh UMNO/BN.

Untuk memberikan sedikit saingan dan rasa sengit serta perit kepada UMNO/BN,  tidak rugi rasanya menawarkan kerusi berkenaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed untuk tandingi. Ada berani????

UMNO/BN rasanya amat mengalu-alukan langkah ini.

11 comments:

  1. Saya rasa letak Tulang Besi Ramon Taylip sajaaa.. Tulis merapu print Dan edarkan. Debut UG mau orang sana ingat TB penyelidik paranormal yg mencaru bigfoot endau rompin. Paling best ticket DAP. Mula la cerita kenalan2 saya. Masalahnya betul dua kenal Neil Armstrong. Tapi Neil Armstrong tak kenal dia. PAsMACHA boleh supply bihon sop semasa kempen.

    Wachaaaaa

    ReplyDelete
  2. Nepal Kabaret bahlul, semua tak wujud baginya yg wujud adalah UG (Udang Goreng) dan Bihon Sop PASMACHA

    ReplyDelete
  3. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.


    SELANGOR HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA bn

    Rahsia kekuatan PKR di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli2 dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

    Perpaduan ini hancur luluh apabila TSKI digulingkan oleh geng2 Kajang Move, Gang lilin serta keluarga Segam-Boot.

    Sedangkan TSKI berpengaruh besar di kalangan PKR Selangor serta pengundi2 Selangor.

    Bukan stkt dgulingkan, mereka yang amanah menyokong TSKI juga dibuang, digantung da nada dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Gu Bard

    Sedangkan orang2 yang dikatakan rapat dgn TSKI ini banyak berjasa kepada PKR Selangor.

    Makanya, kalau Selangor jatuh adalah kerana hasil kerja tangan gang2 lilin pimpinan clan segam-boot dan Gang Kajang Move yang berjasa memecah belahkan PKR Selangor.

    Syabas kerana Gang Lilindah buat kerja untuk musuh.

    Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak2 ulama Kelantaan bakal menumbanngkan kerajaan Selangor dan menyerahkannya kepada musuh
    Gang2 yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Justice.

    Cakap tak serupa bikin

    TULANG BADAK @ MURATABAKWAVES
    TULISAN TULANG BADAK@MURTABAK WAVESYANG DIILHAMKAN KEPADA SAYA DEMI MEMPERJUANGKAN KEBENARAN, KEADILAN DAN KESAKSAMAAN, SELARAS DENGAN PERMINTAAN PASMACHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

      Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

      TULANG BADAK (TB)
      MURTABAK WAVES
      SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

      Delete
  4. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

    Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

    Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

    Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

    Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

    Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

    Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

    Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

    Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

    Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

    Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

    De Facto PKR harus memilih samada:

    1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
    2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

    Jangan jadi kuih talam

    Jangan mungkir janji.

    Jangan malukan parti

    TULANG BADAK
    Murtabak Waves

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

      Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

      TULANG BADAK (TB)
      MURTABAK WAVES
      SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

      Delete
  5. Manusia ada yang cerdik ada yang bodoh......Tak semestinya nak diuji pengaruh Madey.......Dia dah menjadi PM selama 22 tahun.......nsk uji apa lagi....dia bercakap sebagai orang lama untuk menasihati Najib......Macai2 cuba nak memprmainkan Madey......dia bukan bodoh ....ingat .... Dia jadi PM 22 tahun.....tak payah suruh dia bertanding.....kalau nak dengar nesihat dia...dengarlah.....tak nak dengar.....DIAM
    ...jangan jadi orang bodoh.....nak ajar itik berenang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ajar PASMA buat bihon sop

      Delete
  6. Anak beranak anwar nk letak mana? Ramai lg anak nya yg kena jadi mp

    ReplyDelete
  7. Boring. Tak ada cerita lain. Wow bahlol Anwar kat dlm penjara. Ni cerita Rompin. Madet vs Najib.
    Itu pun tak faham? Mmg sah macai umno ni bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjara? Jenayah apa yg dia buat?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...