Sunday 5 April 2015

PENJAGA GOL PASUKAN JDT II KENA CEKUP SEBAB MAKI ANGGOTA FRU.




PENJAGA gawang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi ditahan polis selepas tamat perlawanan membabitkan pasukannya menentang Pulau Pinang di Stadium Bandar raya, kelmarin.

Penahanan itu dipercayai atas dakwaan pemain berusia 33 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Difahamkan, ia berlaku ketika pemain itu berjalan masuk ke bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penahanan itu.

“Ya, kita tahan pemain tersebut dan setelah siasatan, kita akan bebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana tegang itu menyaksikan Pulau Pinang bangkit di babak terakhir dengan menundukkan JDT II, 2-1.


Mohd Anis Faron Bin Ahmad Arsidi, penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) telah didapati melanggar disiplin apabila melakukan tindakan yang memalukan pasukan.

Beliau yang ditahan oleh pihak berkuasa setelah melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai bertugas dan jika didapati bersalah beliau akan ditamatkan kontraknya bersama JDT II.

Penamatan kontrak tersebut adalah selaras dengan polisi Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang tidak akan bertoleransi terhadap sebarang perbuatan yang berkaitan dengan disiplin.

Kami masih menunggu laporan penuh dari pihak polis sebelum Persatuan Bolasepak Negeri Johor mengambil tindakan selanjutnya.


6 comments:

  1. Kena ikut singapura.
    Maki mencerca pemimpin humban dalam penjara.
    Baru rakyat berdisiplin macam singapura.
    Negara yang dibanggakan Dap dan Pkr.

    ReplyDelete
  2. Adakah pemain yg digantung ITU Ahli PKR ?

    Setahu aku penyokong Anwar dahaja yg kurang ajar macam tu

    ReplyDelete
  3. Kalau tak boleh tegur pemimpin.. buat lah sesuka hati kat malaysia ni.. bagus sgt kah pemimpin BN yg memerintah? Malaysia bukan makin maju makin mundur ada la.. semua teknologi masih bergantung dgn kemahiran negara luar.. peralatan perang sebesar pistol pun tk boleh bikin.. apa punya turrr.. yg boleh dibuat parang pisau golok dan secara tak sedar org2 dari negara china yg menguasi ekonomi malaysia... balik dari kenduri anak najib.. bila heli terhempas.. alih2 jutawan berbangsa cina bersama vvip terkenal.. Mmg vvip BN tak boleh berenggang dgn jutawan berbangsa cina... wallahuaqlam

    ReplyDelete
  4. johor darul maki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak kau berjambul. Bodoh dan bangang tu simpan sikit untuk anak cucu!

      Delete
  5. Penyokong tegar jdt dah rosakkan nama Johor. Ini pemain pulak buat perangai tak elok. Oiiii sahabat sekalian, cukup2lah menjatuhkan marwah orang Johor. Kerana sikap kelian, seluruh negara kutuk Johor. Tolong hormat dan hargai jasa TMJ yg bertungkus lumus naikkan team JDT.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...