Sunday 19 April 2015

GAMBAR KHALID IBRAHIM BERSAMA DENGAN HADI AWANG BERTEMU DI JAKARTA TERJAWAB.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil menjelaskan pertemuannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta baru-baru ini, menjawab spekulasi mengatakan beliau berhasrat mengambil alih kembali pentadbiran negeri Selangor.

Khalid berkata, pertemuan pada 16 April yang turut disertai pelbagai ketua komuniti Islam diadakan atas kesedaran betapa pentingnya Malaysia terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin badan bukan kerajaan Islam di republik itu.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata perbincangan berkenaan bertujuan membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat Asean.

"Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya Asean Economic Community (AEC), iaitu satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk, atau setara dengan lebih 9% daripada pasaran pengguna dunia.

"Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan sosio-ekonomi dan politik terlebih dulu," tulisnya di dalam posting status Facebook beliau petang semalam.

Penjelasannya itu dilihat bagi menjernihkan situasi yang kuat bertiup kencang yang meramalkan Khalid akan kembali menerajui Selangor menggantikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Pada 16 April, Khalid memuat naik statusnya di Facebook, berserta gambar dan menulis beliau dan Hadi berkesempatan mengunjungi rakan lama mereka iaitu Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Irman Gusman di Jakarta.

"Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhuwah antara masyarakat Islam, khususnya di rantau ini," katanya.

10 comments:

  1. Mengapa kau terlambat keluarkan berta ni,Ok Omak kau,kita hampir berjaya tetapi ada yang pecahkan berita ni,tak apa .kita akan lkhtiarkan lain kali.diharapakan Hj Hadi dan Khalid Ibrahim jangan putus asa,teruskan usaha mu agar dapat Khalid jadi Mb Selangor,Omka kau tolong jalankan dengan pantas.

    ReplyDelete
  2. Kata nak bincang hal-hal Islam.

    Tapi kenapa gambar kat belakang tu gambar patung budha....

    Bincang kat mana tu..

    Ke kat Bali makan angin.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Machai janda touch d hanjing dikesan

      Delete
    2. tu bukan budha la bengap.

      Delete
    3. Mana ada macai cerdik..
      klw cerdik tak jadi macai ler...

      Delete
  3. TGHH ni kan ulama...takkan dia nk cakap belit2 dh tu terkenal pulak serata dunia...tp klu rerjadi jugak peristiwa terancang alamat mana nk taruk muka....mudah2an Allah peliharakan

    ReplyDelete
  4. suruh kalid semayang dulu la. Semayang pun tak jaga nak cerita pasal NGO kesatuan umat Islam serantau.

    Malu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiiii Tulang Badak. Bodos punya komen.

      Bagi aku Anwar, Azizah kao laki Bini pencen lah kalau sudah tidak bermaya lagi. Seorang yang tidak boleh rasa nadi orang bawahan elok sangat berhenti dariada menceburi bidang politik.

      Baik kao laki Bini jaga anak sulung kao tu. Hadir sesi sentuh anjing, pada mass yang sama memarahi ustaz yang menegur. Tapi lagi baik kao sumpah Nurul Izzah tu Jadi Batu.

      Saryanto Rudiman bin Wardano Jalilun
      Nibong Tebal
      Seberang Perau, Penang

      Delete
    2. Haloooo Macau (Machai Lanch@w)

      Sebab kau budak bahlul tak paham, nah aku lampirkan siaran ulangan

      Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

      Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

      TULANG BADAK (TB)
      MURTABAK WAVES
      SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

      Delete
    3. Ko masih jual daging fresh lagi ke jeff?
      Incik Lim nak beli 5 kilo setengah.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...