Tuesday 13 January 2015

MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAPATI SIRUL DAN AZILAH BERSALAH MEMBUNUH ALTANTUYA.



Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dalam penghakimannya hari ini yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Halim Suriyadi Halim Omar mendapati Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu dengan mengenepikan penghakiman Mahkamah rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua mereka.

"Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ... mahkamah memerintahkan keputusan Mahkamah Rayuan diketepikan dan mengembalikan hukuman mati, "

Koperal Sirul tidak hadir maka Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap dirinya.


Hakim Suriyadi membaca latar belakang kes itu dan berkata Abdul Razak didakwa bersubahat.

Beliau berkata Azilah telah menghantar notis alibi.

Katanya, bukti itu dikemukakan di peringkat pendakwaan dan diari balai turut dikemukakan dan catatan pada diari itu telah ditanda.
Walaupun notis alibi dibuat, teapi ia tidak mencukupi sehingga pihak pendakwaan telah berjaya menghasilkan kes prima facie.

"Azilah berkata dia tidak berada di Puncak Alam."

Terdapat satu rekod yang Azilah mendapatkan (retrieved) sepucuk pistol Glock dari Bukit Aman. Beliau berkata hanya pembuat catatan (dalam gudang senjata polis) boleh mengesahkan ini.


Terdapat panggilan-panggilan yang yang dibuat oleh Azilah dari Kampung Subang dan juga Puncak Alam.

Hakim meneliti lebih lanjut panggilan-panggilan telefon itu. Beliau berkata panggilan yang dibuat pada jam 11.16 malam 19 Oktober di Puncak Alam, mengesahkan secara pasti kes pendakwaan.

Katanya, dari analisis maklumat itu, tidak ada panggilan yang dibuat, adalah dari Wangsa Maju atau Bukit Aman pada masa itu (alibi Azilah).

Responden (Azilah) katanya, tidak boleh berada di mana-mana tempat lain daripada Puncak Alam.


Hakim Suriyadi memutuskan bahawa panggilan itu boleh diterima dan pembelaan Azilah hanyalah satu penafian semata-mata.Keterangan pegawai polis tentang Azilah membawa mereka ke tempat kejadian jenayah.

"Kami berpuas hati pihak polis tidak tahu tempat kejadian. Mereka pergi secara berasingan.

"Responden kedua (Sirul) telah bersetuju untuk menunjukkan tempat kejadian dan responden kedua telah membawa polis ke tempat kejadian yang sama," katanya.

Katanya, tertuduh adalah anggota polis dari unit elit, dan mereka tidak lagi mudah digertak apabila disoal-siasat.
Merujuk kepada barang kemas yang ditemui di rumah Sirul.

Beliau berkata Sirul membawa ASP Zulkarnain ke rumahnya dan menggunakan kunci untuk membuka mangga.

Ketika mengambil jaket tersebut, katanya, tertuduh berkata dia simpan barang kemas itu dalam jaket.

Katanya, sepasang anting-anting (dan) jam tangan telah diambil.

Menurutnya, Apabila pegawai polis itu bertanya sama ada ia adalah barang yang dirampas (daripada si mati), Sirul mengakuinya.


Hakim Suriyadi berkata tidak ada banyak butiran yang DSP Musa Safri - adikong timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak - boleh berikan.

Hakim itu berkata, panel itu mendapati Musa tidak pernah mengarahkan responden pertama (Azilah) bagaimana untuk membantu Abdul Razak.

Oleh itu, katanya, tindakan tidak memanggil Musa, tidak menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada defendan.

Azilah tidak menafikan kehadirannya di Hotel Malaya - hotel di mana mangsa, Altantuya Shaariibuu menginap.

Beliau berkata teman wanita Azilah adalah yang terakhir melihat Altantuya hidup ketika dia meninggalkan mereka (Azilah, Sirul dan Altantuya).

Hakim itu berkata, terdapat kesimpulan bahawa Sirul mengambil barang kemas dari Altantuya.

Sama ada dia mengambilnya sebelum pembunuhan itu atau selepasnya, adalah tidak relevan. kata Hakim Suriyadi.

"Responden pertama (Azilah) berada dengan responden kedua (Sirul) di Puncak Alam. Mereka mesti berada di sana dan juga dapat mengenal pasti tempat kejadian jenayah," katanya.

Kami berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan niat bersama.

Oleh itu, katanya, pembelaan alibi adalah tidak mapan.


Responden gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan supaya keputusan Mahkamah Rayuan diketepikan dan mengembalikan hukuman mati," katanya.

Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:
 

2006:

26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.
  
6 Nov:  Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.
  
7 Nov:  Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
  
15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.
  
16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.
  
2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.
  
2008:

31 Okt: Mahkamah Tinggi membebaskan Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan telah
membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.
  
14 Nov: Timbalan pendakwa raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.
  
2009:

15 Jan: Azilah dan Sirul Azhar memulakan pembelaan diri. Azilah memberi kenyataan bersumpah dari kandang saksi.
  
4 Feb: Sirul Azhar memberi kenyataan bela diri dari kandang tertuduh.
  
9 April: Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan dihukum gantung sampai mati.
  
10 April: Azilah memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.

13 April: Sirul Azhar memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.
  
2013:

24 Jun: Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kedua-dua mereka.
  
23 Ogos: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan oleh Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka dari tuduhan berkenaan. Pendakwaan memfail rayuan pada hari yang sama.
  
2014:

23 Jun: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pihak pendakwaan. Perkara itu didengar selama tiga hari.
  
25 Jun: Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka terhadap rayuan pendakwaan.


2015:

13 Januari:  Mahkamah Persekutuan dapati Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

10 comments:

  1. Drama jerk nih..tak cya...tunggu...

    ReplyDelete
  2. ALA GUNA JE TEKTIK KETUM

    PEGI US & UK JUMPA YAHUDI KUTUK MALAYSIA

    TUDUH MAHKAMAH KORUP & HAKIM KENA BELI

    NANTI YAHUDI BAGI DUIT LAWAN KERAJAAN

    BOLEH BELI SUT BRIONI

    APA2 HAL CONTACT SUARAM EJEN YAHUDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh ape yg najib kata macai umno bangang tu mcm 10:35 ni la ...hahaha

      Delete
  3. Bila kes peliwat tegar selesai, aku bagi sijil malaysia book of rencords pada anwar itu, rakyat mula bosan dengan peliwat tegar itu

    ReplyDelete
  4. Kenalah didapati bersalah.. kalau tak.. takkan altantuya bunuh diri aka letupkan diri sndri dgn C4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakim pun manusia biasa...jgn silap dh lh ...

      Delete
  5. Yang membunuh dua orang dan dua dua didapati bersalah dihukum mati. Sorang cabut lari dan seorang lagi tak mahu lari tunggu mati. Akhirnya hari ini seorang kena hukum mati yg sorang lagi tak tahu samada hidup atai mati yg pastinya satu hari nanti dia juga pasti mati cuma caranya berlainan. Seorang digantung mati yg satu lagi tak tahu lah bagimana cara kematiannya. Bagi yg mengarahkan supaya Altantunya di matikan sepatutnya mereka sama sama dikenakan hukuman mati atas kesalahan bersubahat melakukan pembunuhan tapi bebas. Tak mengapa sampai masa mereka juga mati mungkin akan lebih terseksa daripada yg kena hukum gantung sampai mati. Para Hakim berpandu kepada keterangan pendakwa dan pembela kalau keterangan pendakwa menu.jukan ada bukti maka Hakim kena adil dan menjatuhkan hukuman kalau pihak pembela pula dapat menyanggah bukti maka Hakim akan membebaskannya. Bagi yg didapati bersalah dan dijatuhi hukuman kena redho dgn perbuatannya tapi yg terlepas dari hukuman ambil iktibar kerana yg maha adil itu hanya Allah. Allah mengentahui segala segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan 1700..tapi nak tambah sikit

      berasa tekilan jugak dalam hati
      pasai apa.. kedua dua tersabit yakni sirul dan azilah HANYA penjawat awam yang menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan

      dari satu sudut lain... mereka berdua orang mukalaf yakni bukan orang hilang akal

      setiap perbuatan atawa perkataan atawa pengakuan sudah tentu ada maksud atau niat yang boleh membawa faedah atawa keuntungan kepada si pelaku

      dalam kes ini apa faedah atawa untungnya kepada sirul dan azilah ????
      melainkan kedua mereka HANYA menjalankan perentah pihak atasan SAHAJA

      oleh yang demikian apabila kejadian ini dikira jenayah.. MENGAPA hanya sirul dan azilah saja yang dipertanggungjawabkan ?? sedangkan pihak yang memberi arahan sewajarnya diheret sama berlepas diri dan tidak dipanggil membela diri

      jelas kedua mereka ini dianiaya

      Delete
    2. Sirul dn azilah bertaubatlh serahkn diri bulat2 kpd Allah, bermunajat, mohon pengampunan dn pertolongan dr Allah...kalu kamu betul2 dianiaya kita sama2 akan saksikan penyudahannye, bukan keputusan mahkamah ni, pencerahan dr Allah tentang sape2 saje yg terlibat secara langsung dlm kes ni...

      Delete
  6. Kambing itam je tu.boleh buat drama bersiri...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...