Sunday 18 January 2015

DUA MAUT SEORANG CEDERA PARAH DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI PUSAT BELI-BELAH




FLORIDA
:- Lagi kes tembakan di Amerika Syarikat yang menyebabkan dua maut dan seorang cedera, selepas seorang lelaki menembak isterinya serta seorang mangsa lain, pada pagi Sabtu.

Datuk Bandar Melbourne, Kathy Meehan memberitahu Florida Today, kejadian tembakan itu berpunca daripada masalah rumah tangga antara seorang wanita yang bekerja di gerai makan di Pusat Beli-belah Melbourne Square dan suaminya.

Katanya, kejadian itu bermula dengan suspek menembak isterinya, sebelum seorang rakan sekerja mangsa cuba merampas pistol daripada lelaki itu dan ditembak mati, ketika bergelut dengan suspek.

Tambahnya, suspek kemudiannya bertindak menembak dirinya.

Menurut polis, Komander Vince Pryce yang dipetik AP, suspek dari Palm Bay, Jose Garcia Rodriguez, 57, maut di hospital.

Manakala isteri suspek, Idanerys Garcia Rodriguez, 33, yang cedera akibat tembakan, kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan baik.

Tambahnya lagi, identiti seorang lagi lelaki yang maut dalam kejadian itu belum didedahkan.

Selain tiga pucuk pistol yang ditemui di tempat kejadian, polis turut mendapati, beberapa poket Jose dipenuhi peluru.

Beliau berkata, polis bergegas ke tempat kejadian, selepas menerima laporan sekitar jam 9.30 pagi yang memaklumkan, terdapat beberapa das tembakan dilepaskan.

“Kami masih terdengar bunyi tembakan, apabila anggota pertama tiba di tempat kejadian,” katanya sambil menambah, polis segera mengosongkan pusat beli-belah itu.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 100 orang berada di pusat beli-belah itu, bersiap sedia untuk membuka kedai-kedai mereka pada jam 10 pagi.

Pusat beli-belah itu dijangka beroperasi semula hari ini.

2 comments:

  1. Harap2 x de vvip msia gi shopping kt situ..al maklumlh kn ade vvip yg gile shopping kn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...