Thursday 4 December 2014

POLIS TAHAN 5 LELAKI DIPERCAYAI SATU KUMPULAN YANG SAMA EKORAN KEJADIAN MENCONTENG SURAU HUBBUL WATAN TAMAN SEREMBAN JAYA.




Polis menahan 5 lelaki ekoran kejadian Surau Hubbul Watan Taman Seremban Jaya Fasa 10 dan Pejabat Umno Bahagian Rembau, Jalan Seremban-Tampin, di Seremban diconteng, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata semua lelaki berusia antara 18 dan 32 tahun itu, dipercayai satu kumpulan yang sama, ditahan bagi membantu siasatan.

"Setakat ini polis menahan 5 lelaki itu bagi membantu siasatan merosakkan harta awam dan tempat ibadah.

"Di samping itu, pakar forensik juga mengambil sampel pada cat yang digunakan individu berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut. Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, kedua-dua premis berkenaan yang terletak berhampiran, diconteng dengan cat, dilukis logo dan beberapa perkataan.

Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat Setiausaha Kerja Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan bekas pengerusi Surau Hubbul Watan Taman Seremban Jaya Fasa 10, Abd Ghani Ismail.

16 comments:

  1. Ketua umum yang mula2 ajar kaum lain jadi kurang ajar..huru hara masyarakat. Dulu2 mana ada mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik kaitkan dgn orang yg tak kena mengena. Ajaran & didikan bermula dari rumah.

      Delete
    2. 15:40...dah mak dia ajar macam tu..nak buat macam mana....

      Delete
    3. poorrah!!gandum style too mamat ni...long2 times agogo...dinegara Arabia Santana..sana dipenghuni oleh bangsa 2 arab jahiliah..bila datang utusan2 yang ditakdir olleh sang pecinta yaitu pincipta kau Dan aku...orang2 kaffir Quresq berlagu.. Lagu yang sama macam ITU,jika dia ,jika dia x dilahirkan, jika dia itu, jika dia ini. Begitu, begini...berdalih2

      Delete
  2. Gelaran tetbaru selepas gelaran datuk seri ditarik balik.....Al-Jubs Anwar Ibrahim atau Ketum Al Juburi Anwar Ibrahim...terbaik...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah2 la tu jadi macai, pd pok jib korg ni sume blogger bangang aje ...

      Delete
    2. Kesian mak ko mengandungkan ko.
      Dari kecik bagi didikan agama, dah besar jadi tukang tabur fitnah....
      Sesia aje usaha mak ko nak jadikan ko manusia.

      Delete
    3. Apa pulak sia2..
      Memang emak dia ajar macam tu!
      Kira berjaya la usaha mak dia tu.

      Delete
    4. Cuma kita kesihan kat bapak dia masa kat kubur nanti.
      Mesti kena pelangkong malaikat sebab tak tau ajar anak masa kecik.

      Delete
    5. Bapak sibuk sangat kerja cari duit sampai tak ada masa nak didik anak tentang hukum hakam agama, pasal halal haram, dosa pahala. Sebab tu la anak jadi macam tu....Kesian kan...

      Delete
    6. Sesetengah bapak cuma tau menyucuk buat anak aje. Ajar anak bab agama tak nak. Tu yang anak jadi kurang hajar, jadi perompak, jadi kaki fitnah, hisap dadah....Mungkin bapak tu ingat dia boleh lepas tanggungjawab dia masa kat akhirat nanti kot.

      Delete
    7. Anak ni kalau kita bela, kita didik dengan ajaran agama dengan sempurna, besar besok boleh jadi anak yang soleh, anak yang solehah. Boleh tolong kita masa di akhirat. Tapi kalau anak jenis kaki fitnah, hulu hilir buat dosa, apalah yang nak kita harapkan bila kita dah mati besok. Nak harapkan kaki fitnah tolong kita kat kubur? Tambah siksaan kubur kat kita bole la...

      Delete
    8. Sistem pendidikan Malaysia gagal mendidik anak bangsa menjadi manusia...Inilah akibat kalau sistem pendidikan focus kepada kecermelangan dalam peperiksaan..

      Delete
  3. DNA cat kat spender suspek pdrm xmau amk gak ke nih ? Kih kih

    ReplyDelete
  4. Abg Long kawasan akan siasat perkara ni-semua ahli keluarga dikerahkan ke tmpt kejadiann

    ReplyDelete
  5. bkan salah ibu ngandung slah bapak yg jolok x pkai kondom akhirnya jdi la macai umngok kaki putaq alam hahahaha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...