Monday 1 December 2014

PEJABAT TIMBALAN KETUA AMK PUSAT MERANGKAP AHLI EXCO PULAU PINANG TERBAKAR, DAKWA SABOTAJ NIAT JAHAT PIHAK TERTENTU.



Pejabat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin terbakar awal pagi tadi.

Afif yang juga exco kesihatan Pulau Pinang berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi ini di premis pusat khidmatnya di Taman Siakap.

“Saya mengesyaki insiden ini bukanlah satu bentuk kemalangan tetapi merupakan percubaan jahat untuk membakar dengan tujuan khianat dan mengganggu gugat keselamatan premis serta pasukan kerja saya di pejabat ini,” katanya.

Dalam kenyataannya, Afif  juga berkata, insiden itu pertama kali berlaku terhadapnya dan beliau menyatakan rasa khuatir terhadap kemungkinan berlakunya “sabotaj pihak tertentu”.

Beliau berkata, laporan polis berhubung isu itu telah dibuat dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu untuk menyiasat dan mengambil tindakan.


BERIKUT KENYATAAN PENUH DR AFIF BAHARDIN.

Pada sekitar jam 3.30 pagi hari ini, satu kebakaran telah berlaku di premis Pusat Khidmat DUN Seberang Jaya di Taman Siakap.

Saya mengesyaki insiden ini bukanlah satu bentuk kemalangan tetapi merupakan percubaan jahat untuk membakar dengan tujuan khianat dan menganggu-gugat keselamatan premis serta pasukan kerja saya di pejabat ini.

Kejadian ini merupakan tindakan yang pertama kali seumpamanya berlaku dan dikhuatiri merupakan tindakan sabotaj pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, suatu laporan polis telah dibuat berhubung insiden ini. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini.

Dr Afif Bahardin
ADUN Seberang Jaya

4 comments:

  1. Kejadian ofis dipanah petir waktu hujan ini disebabkan niat tidak baik golongan liberalism sekularism. Sudah2 la kata khianat. Fitnah lagi. Dah kena panah petir opis tu bawak iktibar dan bertaubatlah kamu

    ReplyDelete
  2. 12:18. Sudah sudahlah. PM pun kata kau banggang takkan nak minta Khairy pula kata yg sama. Insaflah...

    ReplyDelete
  3. Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
    AL QURAN 2.[74]

    ReplyDelete
  4. Jom Halau NYAMUK!!!

    Banyak betul nyamuk skang kan. Bertepuk tampar kita dibuatnya. Tido pon terganggu. Kesian kat anak² lah yang tergaru². Rasa macam nak cari kelambu jer. Tapi ada ker orang jual kelambu yang besar? Kelambu baby tu adalah. Memandang kan skang musim nyamuk mengawan. Baik kita amik langkah berjaga². Kalau boleh tido malam jangan pakai pakaian yang berwarna hitam. Sebab nyamuk tertarik dengan kaler hitam. Erkkk...fakta ker auta. kalau salah betul kan yerrp. Sebab aku pernah terbaca. Kebetulan smalam terbaca kat blog SHIMACMA pasal petua halau nyamuk. Nak tau petuanya?


    Google pic.

    Ini lah dia. Limau nipis dengan bunga cengkih. Gigih aku balik smalam gi kedai cari bahan² nih. Malam tadi try buat. Letak kat kepala katil ngan hujung katil dan letak kat tempat² yang banyak mengundang nyamuk. So far macam ok jer. Macam tak der gangguan plak. Ke ko tido mato khenn...ekekeke...Atau pon boleh pakai ini:



    Mozzie Patch. Ada 2 jenis. Spray dan juga pelekat. Pelekat tu sangatlah cute. Letak jer kat baju anak². Nak tampal kat baju sendiri pon boley. Spray tu selamat digunakan untuk anak² yerp. Bau serai wangi yang sememangnya wangi...ahaks...

    Ni member aku ada whatsapp. Berita terkini DENGGI!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...