Tuesday 9 December 2014

MACAM ADA YANG TAK KENA APABILA PKNS AKAN PULANGAKAN DUIT PEMBELI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN BUKIT IMPIAN.



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menjadi pemaju penyelamat bagi projek perumahan terbengkalai Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Shah Alam.

Exco kerajaan negeri Iskandar A Samad berkata pemaju asal projek itu telah diberi milik tanah oleh kerajaan negeri dalam 1997 dan dalam 2003 mereka telah  menjual lot-lot tanah kepada para pembeli.

"Bagaimanapun dalam tahun 2006 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima laporan bahawa projek ini telah terbengkalai.

"Sejak Mac 2008 pelbagai usaha oleh kerajaan negeri telah dijalankan untuk memulihkan projek ini," katanya dalam satu kenyataan.

Projek tersebut melibatkan 52 orang pembeli yang membayar di antara RM160,000 hingga RM356,000 seorang dengan jumlah terkumpul berjumlah RM5 juta.

"PKNS akan memulangkan jumlah yang dibayar oleh para pembeli dan satu pembangunan baru akan dibangunkan di atas tapak tersebut

"Bagaimanapun para pembeli akan diberi peluang untuk membeli rumah di projek baru," katanya.

Menurut Iskandar, menteri besar Selangor akan menyerahkan kembali pembayaran yang telah dibuat oleh para pembeli di dalam satu majlis di Shah Alam pada 16 Disember ini.


ULASAN OMAK KAU:-

Apa terjadi dengan pemaju asal projek ini yang telah mengutip lebih RM5 juta?????  ... Dahlah dapat tanah duit rakyat RM5 juta dia sapu begitu jer?????

Mengapa pula para pembeli dipulangkan duit sebanyak mana yang mereka bayar pada pemaju sedangkan jika bangunan itu siap nilai bangunan itu sekarang sudah pun berlipat kali ganda nilainya?????

Apabila pembangunan baru dibangunkan ditapak sedia ada dan keutamaan akan diberikan kepada pembeli yang kena kencing terdahulu bukankah mereka akan membayar jauh lebih mahal sebab nilai hartanah sudah mencanak naik begitu tinggi sekali di kawasan Bandaraya Shah Alam ... jadi tidakah para pembeli ini kena kelentong dan tipu buat kali keduanya????

Mungkin kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan YAB Hj Azmin b Hj Ali ingin mempromosi sebagai peduli rakyat tetapi hakikatnya dalam kepedulian rakyat kena kencing juga... Kali ini lebih hancing kencingnya sebab ditipu buat kali kedua.

Adakah PKNS sudah bertindak sebagai penyelamat syarikat kroni dengan berlagak disebalik sebagai peduli rakyat?????

Perlunya pihak PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor memberikan respon dengan tujuan pencerahan dan kebenaran ... jangan layan rakyat macam mereka tidak mampu untuk berfikir dan menilai.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

7 comments:

  1. SATU LAGI PROJEK TERBENGKALAI PKR













    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek umngok mcm pala hotak hang yg mmg ngok

      Delete
  2. Buisness is buisness...inilah caranya nak withdraw duit pkns then jual blk dan masuk lg banyak...inilah caranya CEO MAS 2015 nnt...tumpuan utk bisness flight tourism...bisnessman melayu malaysia mana ya...ada tapi tak berani dah nak pegang MAS....

    ReplyDelete
  3. Omak kau ni apa yang azmin buat semua tak kena...apa yang khslid buat semua bagus...bsgi tanah bernilai tinggi kpd eco world bagus. Bayar pampasan mewah kepada staf MBI bagus....tak payah bayar hutang bank rakyat berpuluh juta bagus....
    Omak kau ni kalau azmin bagi setakuk kaw kaw punya tentu berubah hati jadi sayang pada azmin....

    ReplyDelete
  4. Knapa la x ikot cara umngook...biar rakyat rugi kroni untung berlipat-lipat cam perot boroi be end

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni pun PKR dah jadi macam umngok jugak... dulu tuduh Khalid kawan umngok skrg azmin pun dah jadi badut setan umngok yang dikenali...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...