Friday 7 November 2014

SEJAK SIARKAN NOMBOR TELEFON BIMBITNYA, AZMIN ALI CAKAP DIA SUDAH TERIMA LEBIH 1,000 ADUAN SAMPAH TIDAK BERKUTIP.



Kurang seminggu selepas Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyiarkan nombor telefonnya kepada orang awam, lebih 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima untuk memaklumkan kepadanya berhubung isu kutipan sampah.

Beliau berkata segala aduan dilaporkan itu dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan bagi memastikan tindakan segera diambil.

“Ini adalah usaha berterusan untuk memastikan semua PBT berusaha keras bagi memastikan kebersihan di Selangor diberi keutamaan.

“Dijangka lebih banyak sms akan masuk,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Bulanan Jabatan Kerajaan daerah Sepang, hari ini.

Mohamed Azmin turut tidak menolak kenyataan bahawa isu sampah sering menjadi perhatian di Selangor, namun bertekad untuk menyelesaikan masalah itu.

“Memang banyak sampah. Ini aduan daripada rakyat, jadi saya minta PBT teliti kalau benar ada sampah kena bersihkan,” katanya lagi.


ULASAN OMAK KAU:-


Rakyat mau tau juga dari lebih 1,000 aduan itu berapa sudah diselesaikan dengan kadar segera? .. Adakah pemantauan dibuat? .. Kawasan PBT mana yang paling banyak diterima aduan? .. Selama ini apa kerja Ahli-ahli Majlis ... makan gaji buta?

Rakyat bukan mau tau berapa banyak terima sms tetapi berapa banyak tindakan segera susulan dibuat ..

Rakyat dibawah merungut,  mengapa tidak boleh dihantar melalui WhatsApp atau Telegram? .. Selepas hantar aduan, bolehlah pejabat MB Selangor memberikan maklum balas dengan bergambar sebelum dan selepas.

Biar ada nampak kesungguhan dan komited sikit apabila membuat janji.

Janji bukan saja mesti ditunaikan tetapi ianya mesti dilihat ditunaikan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

10 comments:

  1. Betul betul betul.dah terima seribu SMS harap seribu masalah selesai dgn segera dgn bukti bergambar...jangan cakap tak serupa bikin...wa caya sama lu omak...harap tak ada komen komen macai jokomin kat bawah ni macam orang kena rasuk...

    ReplyDelete
  2. Baru sari dua. Sobo ler dulu omak nya. Asyik nak balun jer

    ReplyDelete
  3. Hari ni mb janji turun kuala kubu tapi batang hidung tak nampak.Apa cerita ni???

    ReplyDelete
  4. Betul tu omakkau....setuju dgn cadangan omakkau

    ReplyDelete
  5. MB paling bangang..pecat je la Ahli Majlis

    ReplyDelete
  6. Kerja PBT pun jokomin nak jaga??? Teruskan berwayang

    ReplyDelete
  7. This is too much! omputih cakap, ini bukan keje mb, ni nk cari populariti namanye, dh naik meluat pulak nengoknye...80% keje luar ni dh mcm bersantai santai pulak, 20% lg cukup ke masa nk pikir pembangunan negeri selangor?.....

    ReplyDelete
  8. Kalau takat beritahu PBT, tak perlu la pecat Khalid. Khalid pun beritahu kat PBT. Tapi kena pecat. Guna la duit 3bilion tu. Dulu kata simpan duit buat apa, kalau tak guna utk kebersihan. Ni takat beritahu PBT mcm tak buat apa2. Mcm pas baton saja.

    ReplyDelete
  9. 20% cukup untuk pikir balun 3billion...look like youngers brother....over acting!!!

    ReplyDelete
  10. ..bagi jugak kesedaran pd penduduk ttg kepentingan jaga kebersihan. Ni tak, sanggup punggah ranting kayu dan sisa dapur malam2 semata-mata nak buang kt simpang jalan. Kebangangan tiada batasan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...