Saturday 1 November 2014

PUTING BELIUNG MELANDA KOTA SETAR KEDAH ... 71 RUMAH DAN SEBUAH KLINIK BIDAN RANAP.



Sebanyak 71 rumah dan sebuah klinik bidan rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di daerah Kota Setar petang semalam.

Sehingga kini, kawasan yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya.
  
Tinjauan di kawasan terlibat mendapati banyak rumah penduduk rosak teruk dengan bumbung rumah diterbangkan angin dan ada rumah yang ranap.

Sebanyak 25 rumah terlibat di Taman Mergong Jaya manakala di Kampung Sungai Baru, ia melibatkan 22 buah rumah, dengan satu daripadanya ranap, serta sebuah klinik bidan. Di Kampung Mergong Hilir, enam buah rumah terlibat manakala Kampung Batin (10 rumah) dan Taman Inang (8 rumah).
  
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata pihaknya menerima panggilan awal daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 5.22 petang.
  
"Pihak kami dan beberapa agensi berkaitan sedang memberikan bantuan yang perlu kepada penduduk yang terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya ketika dihubungi.
  
Kejadian yang berlaku dalam tempoh 10 minit itu juga menyebabkan beberapa pokok tumbang.
  
Seorang mangsa di Kampung Sungai Baru, Mohd Nizam Hamzah, 46, berkata dia melihat sendiri pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya, yang kemudian menghampiri rumahnya.
  
Katanya tidak lama kemudian hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.
  
"Saya juga nampak angin kencang menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
  
Seorang lagi mangsa, Mohd Syafik Abdul Kadir, 15, berkata dia terdengar bunyi kuat di bahagian atas rumahnya dan kemudian rumahnya bergegar.

"Papan bahagian atas rumah saya mula jatuh. Saya berlari keluar rumah dan berlindung di tempat letak kereta rumah jiran sebelah. Saya dapat lihat pokok mangga tumbang ke atas rumah saya dan meranapkannya," katanya.

Mohd Saad Mad Isa dari Kampung Batin pula berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumahnya.

"Masa itu saya dengar bunyi zink dan bila saya tengok di luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya terangkat. Saya tengok rumah jiran saya pun bumbung rumahnya sudah tiada," katanya.   
  
Difahamkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian itu dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan ada juga yang berpindah ke rumah saudara mara.

17 comments:

  1. Nampaknya puting beliong bukan lagi perkara asing kepada Malayia. Cuma skala nya sahaja yang berbeza. Itu kehendak Allah swt. Ada sesuatu yang tersembunyi dan kita tidak tahu apa sebenarnya. Namun sebelum ianyabertukar menjadi serius pada masa akan datang eloklah kita kembali kepada Islam. Mana tahu kalau tak puting beliong mungkin pula gempa bumi, atau pun tsunami atau taufan atau pun ebola merebak merata tempat!!

    ReplyDelete
  2. Puting beliung fenomena biasa di US. Secara kebetulan, semua negara Islam yang sokong US selalunya tidak aman. Kembalilah kita kepada jati diri seorang Muslim. Dari Dia kita datang, dan kepada-Nya kita dikembalikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak tak sebutpun berkaitan Lord Reid, berasa hati orang tua tuh
      ye lah awak seru orang kapada jati diri seorang Muslim, abisyu awak tak beriman ke kapada kalam Lord Reid ???????????

      Macamana ni nampak macam tak suka akan Lord Reid.

      Delete
  3. Sokong lagi oktoborfest, peluk anjing, liwat, lgbt, suami dibenci lelaki lain dipeluk, ulamak difitnah, tski di fitnah....

    Tahniah anwar, malaysia semakin haru biru kerana anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang kena kat kedah.. camna tu baii..?? tak nak cakap pape pasal MB mukhriz ko ke.. huhu.. tahniah jugak kat UMNO sebab mendokong perlembagaan yang membolehkan umat Islam murtad, merasmikan kilang Carlsberg, menghina hukum Allah, menghina janggut dan sunnah nabi.. memang terbaik..

      Delete
    2. Hanya orang beriman melihat fenomena ini dari sudut berbeza hidayah itu milik allah nabi pun tak boleh beri hidayah

      Delete
    3. KELENTIT mak ko laa Basar

      Delete
    4. BN menang Kedah senang

      Delete
  4. Suami dibenci, lelaki lain dipeluk. Betina tu bini kau yer..apa Anwar dah manderum kat bini kau smpi benci kau dan cari jantan bangla lain..bodoh karat punya komen..

    ReplyDelete
  5. Menteri Besar Kedah songlap duit byk sgt-Dulu janji nak bantu org miskin tapi tak buat-yg dibuat rennovate umah dan taman dia berjuta2 ringgit-lepasni harap puting beliung tu jadi kat umah dia-Bertaubat laa MB, bapak MB,tokay san miguel sebelum terlambat-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami org amno tak kisah pon pasal san migual

      Delete
    2. Apa ??? awak ada bokti ka MB kedah kebaeh duit kejaan !!!
      Rasional la sket bro
      Angin tu hantam rete rakyat bukan rete MB
      maknanya rakyat la yang tak btol, bukan MB punya angkara yang tak btol

      yang awak dok mintak angin hantam umah MB buat apa
      apa??? sablom ni ada ka MB dok mintak angin hantam umah rakyat ????

      Mintak la doa yang baik baik
      ada ka patot dok mintak doa kerosakan reta benda orang laen

      Delete
    3. Salah MB, bapak MB , tokay SAN MIGUEL- bertaubat laa cepat2-sebelum umah sendiri hancur kene ribut puting beliung-

      Delete
  6. Rasanya setiap kejadian berhubung kait dengan kesilapan kita semua...tak kira siapa atau pihak mana....
    Bab keselamatan...elok utk kerajaan menyediakan tempat berlindung yang sesuai bagi setiap kawasan yg berpotensi dilanda ribut dan taufan...
    itu lebih baik drp saling menunding jari

    ReplyDelete
  7. Walaupun manusia ada unsur tanah,air,api dan angin namun kudrat manusia tak mampu nak lawan tanah runtuh,banjir,kebakaran dan taufan....dan kebanyakan berlakunya fenomena luar kebiasaan tersebut adalah akibat dari perlakuan terlampau manusia sendiri seperti hutan serta bukit kena gondol,paya di timbus,sungai jadi tercemar dan semakin tohor,udara semakin panas dan banyak lagi....itu tandanya alam sakit keh keh keh

    ReplyDelete
  8. Selama ari ni tak bersyukur. Asyik gentel puting tu. Nah amik kau puting ni!!

    ReplyDelete
  9. Mana MB Kedah yg ckp beria2 ni? Tak nampak pun kat tempat kejadian-sibuk songlap duit rakyat ker? Cuba tgk MB Selangor yg proaktif-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...