Wednesday 12 November 2014

PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA YANG BERDEPAN DENGAN 9 PERTUDUHAN DISIPLIN MENUDUH KETUA AMK BERSIKAP SAMA DENGAN UMNO.



Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainal mengakui terkilan dengan sikap Ketua Muda KeADILan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang tidak memandang serius mengenai idea gerakan reformasi mahasiswa yang diketuainya baru-baru ini.

Ini termasuk buah fikiran bagi penggantikan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) untuk kebebasan mahasiswa dan akademik.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas mengenai forum Diskusi Kebebasan Mahasiswa yang diadakan pada 4 November lalu yang turut menampilkan Nik Nazmi sebagai panel.

“Apa yang saya cuba lontarkan adalah idea polisi baharu dan syarat-syarat yang boleh menggantikan AUKU. Apa yang berlaku mereka tidak menyambut idea kami dan tidak berkata apa-apa jauh sekali untuk melaksanakannya.

“Tetapi apa yang mengecewakan adalah penerimaan Nik Nazmi selaku panel seolah-olah idea saya tidak memberi apa-apa makna,” katanya.

Fahmi juga kesal dengan tindakan Nik Nazmi yang tidak memberi respon terhadap suara mahasiswa boleh dianggap seperti parti politik yang lain.

“Bukan saya hendak kecam kepimpinan pemuda PKR tetapi sekurang-kurangnya mereka harus melihat keseluruhan idea kami. Kami hanya mahu suara kami didengar, idea kami dikaji.

“Jika idea kami tidak dipandang oleh Nik Nazmi maka mereka semua sama dengan UMNO dan lain-lain. Saya juga bimbang jika kebangkitan kami hanya dipergunakan,” jelasnya.

Hal itu menyebabkan Fahmi dan rakan-rakannya akan terus membawa ideologi baharu yang boleh menggantikan AUKU sepanjang jelajah reformasi mahasiswa.

“Perancangan kami akan terus bawa ideologi dan kami akan teruskan jelajah di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia bermula 14 November ini,” jelasnya.

6 comments:

  1. Itu la..... Suruh blajar gatal nak sukong nuar..... Dia ingat nuar nak tolong dia balik ker? padan muke dia....kui, kui, kui.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. INGATKAN NUAR DAN PKR NAK BANTU, RUPA-RUPANYA........

      12 November 2014.
      KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia bersedia mencari dana bagi membantu Fahmi Zainol jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertindak menamatkan tajaan terhadap aktivis mahasiswa Universiti Malaysia itu.

      Komitmen itu dizahirkan ketuanya Suhaizan Kaiat hari ini.

      "Jika JPA tarik biasiswa Fahmi, Pemuda PAS Malaysia akan buat kutipan derma seluruh negara untuk bantu Fahmi," tulisnya di Facebook.

      Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Malaysiakini bahawa Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), berdepan resiko hilang tajaan pendidikan daripada JPA ekoran menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

      Delete
  2. Org Pas kalu baik dgn Umno, korang panggil UG kan? Habis tu kalau org Pas baik dengan Dap kita nak panggei apa plak? Boleh tak kalu kita panggil DOG (Geng Dap)?

    ReplyDelete
  3. Nurul Izzah plak pentingkan session touch d hanjing. Ari tu dia pi kan

    ReplyDelete
  4. Cukup2 la bodek, baik kau berhenti Nik Nadzmi oiiiii. Baik kau masuk DAPsy saja

    ReplyDelete
  5. Mahasiswa tu memang bengap.
    Elok buang aje siswa mcm tu.
    Tak ada masa depan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...