Friday 7 November 2014

POLIS BURU SUSPEK PUKUL, BOGELKAN REMAJA.



KOTA BHARU - Polis membuka kertas siasatan di atas kesalahan mencedera dan membogelkan seorang remaja yang disyaki mencuri motosikal milik salah seorang kariah masjid Pauh Lima, Bachok, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini di bawah Seksyen 323/509 Kanun Keseksaan.

“Sepatutnya suspek yang ditahan diserahkan kepada polis dan bukannya dibogelkan dan diperlakukan dengan tindakan sedemikian.

“Ini menimbulkan rasa aib terhadap remaja itu dan keluarganya. Mereka yang terlibat dalam kes memukul dan mengaibkan remaja itu boleh didakwa,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Mazlan berkata, mengenai suspek yang dipukul dan dibogelkan itu, pihaknya turut menjalankan siasatan mengikut undang-undang dan remaja itu direman bermula Rabu lalu sehingga Sabtu ini.

“Sehingga kini, suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih mengesan remaja terbabit.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai yang membuat tangkapan, jangan ambil tindakan yang melanggar undang-undang dengan cara sendiri," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bertindak tegas terhadap mereka yang bertindak sendiri mengikut perasaan serta membelakangkan undang-undang.

“Sebarang tangkapan dilakukan perlu serahkan kepada polis serta-merta. Pihak polis akan menahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.

14 comments:

  1. UMNO KINI SELAMANYA7 November 2014 at 17:22

    Islam tk sepatutnya bagini..budak tu muda lg hukumlah dengan hikmah. Kejadian tu dekat masjid orang ramai yg tangkap budak tu baru lepas solat adakah itu hidayah yg diperoleh umat islam serambi mekah selepas solat..kita bulan taliban bagaimana kita nak buat pencerahan kepada org bukan islam bahawa islam itu adalah kasih sayang dan bukan kekerasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun puak taliban tu di katakan zalim tapi mereka tak buat kerja liwat meliwat jubor jantan mcm yg buat oleh kaum nabi luth akhir zaman.

      Delete
    2. Betul tu.taliban takder menghabis juta juta duit mereka utk rambu ramba.taliban cukup hebat hinggakan mereka tak hilangkan tanah air mereka.

      Delete
  2. Anon 17.22 .. kalau kariah masjid selalunya jawatankuasa masjid orang lantikan pemerintah.. mungkin mereka lebih sedar akan kehendak pemerintah dan hukum pemerintah.. kalau ajk surau mungkin in Shaa ALLAH tak terjadi kejadian dibogelkan. Kena belasah sikit2 mungkin.. Jgn nak samakan perangai taliban dlm hal ini... Jgn berkiblatkan yahudi nak hukum taliban itu jahat.. Jgn ingat mazhab imam shafie sj yg betul..

    ReplyDelete
  3. Kejadian berlaku di klantan di bawah kjaan pas....nnpk tarbiah pas dsn tok guru gagal.....bahana doa haramjadah tok guru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok guru tarbiah kat bebudak gian gam umno.tu pasal gagal sebab sesekali buat kecoh,dapat upah 5 hengget.cukup ler utk beli gam.

      Delete
  4. Sedap kamu mengulas yang tak tahu pun cerita yang berlaku...remaja ni ditangkap di luar masjid dan dibawa ke perkarangan masjid kerana cubaan mencuri motor milik jemaah yg sedang solat...habis solat jemaah keluar perkara dah berlaku antara lain penglibatan mrk yang lalu lalang melihat kejadian...janganlah mengata macam2 kpd jemaah masjid tu kalau kau pun tak tahu perkara sebenar..

    ReplyDelete
  5. Nak dpt dosa kering bukannye susah na....

    ReplyDelete
  6. salam,
    kalau kena tangkap adakah pihak berkuasa mampu bendungkan kecurian kat negara ini??? kalau hudud dilaksanakan pencuri ini akan dipotong tangannya adakah ini yg pihak berkuasa mahukan??? maka jangan salahkan rakyat semata2 hanya sebab mrk lakukan kekerasan terhadap penjenayah yg hanya menyusahkan rakyat negara ini. pencuri tidak akan takut kalau ditahan oleh pihak berkuasa sebab mrk akan dilepaskan begitu sj...lepas itu mrk akan buat jenayah lagi maka siapa galakkan penjenayah dinegara ini??? jadi rakyat jadi marah!!!! baik rakyat sdr tentukan hukuman buat jenayah yg ditangkap sebab pihak berkuasa hanya tahan ke dalam jel sj. tetapi jenayah yg dipelakukan begitu memang terlalu keterlaluan namun mrk marah sampai terlalu asyik sgt pukul penjenayah tersebut.

    ReplyDelete
  7. Apa ko merepek anon 20.48
    doa haramjadah tok guru pasal tu klantan jadi lagu tu

    ReplyDelete
  8. Ada manusia hatinya Allah tutup gelap dari nur keimanan, menjauhkan diri dari masjid dan alim ulama dekatkan diri dengan keselesaan dunia sahaja namun Allah maha pengasih pintu taubat masih terbuka

    ReplyDelete
  9. org nak hukum hudud la bodoh

    ReplyDelete
  10. Dah bgi green light buat hukum hudud smpi la ni tak hudud lagi....babi tul bodo ni...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...