Tuesday 4 November 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... RUPA-RUPANYA GESA PEJABAT PEGUAM NEGARA BUKA SEMULA SIASATAN UCAPAN IBRAHIM ALI MAU BAKAR BIBLE ADALAH SUATU KESALAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN!!!!!



PERKASA mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menggesa Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula siasatan yang melibatkan ancaman Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Shamsuddin Moner mendakwa Kurup  memainkan isu agama dan sentimen kebencian penganut Kristian terhadap PERKASA yang boleh mencetuskan 'rusuhan'.

Beliau mendakwa, Kurup sengaja cuba menaikkan kemarahan ahli PERKASA, dan mendakwa ia jelas menghasut.

"Justeru, kami mendesak supaya pihak polis memanggil Tan Sri Joseph memberi keterangan bagi membuktikan tuduhannya yang bersangka buruk terhadap Presiden PERKASA," katanya dalam satu kenyataan.

"Janganlah Tan Sri Joseph menjadi seorang menteri kabinet yang ekstremis dan pelampau agama Kristian," tambahnya.

Menurutnya lagi, menteri itu "tidak bijak" membuat kenyataan sedemikian secara terbuka sedangkan beliau boleh menyuarakannya dalam mesyuarat kabinet.

Beliau menyarankan agar Kurup menghayati konsep dan prinsip wasatiyah yang mahu diterapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kurup menggesa Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula siasatan terhadap Ibrahim ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, Kurup berkata ia hanya satu cadangan kerana kerajaan tidak boleh campur tangan dalam keputusan Pejabat Peguam Negara.

Pejabat Peguam Negara berkata ia tidak akan mendakwa Ibrahim atas kenyataan yang dibuatnya di Pulau Pinang tahun lepas kerana beliau tidak berniat untuk menimbulkan ketidakharmonian dan hanya mempertahankan kesucian Islam.

Sementara itu, Shamsudin berkata Kurup sebenarnya "amat jahil" terhadap apa yang dimaksudkan oleh Ibrahim tentang gesaan membakar Bible yang diedarkan kepada pelajar Islam di Pulau Pinang.

Katanya, apa yang dimaksudkan oleh Ibrahim ialah membakar Bible terjemahan bahasa Melayu yang menterjemahkan 'God' kepada Allah.

"Ini kerana Bible yang asal bukan dalam bahasa Melayu dan tidak pernah menggunakan kalimah Allah dalam menyebut 'God' sebagai Tuhan. Jelas bahawa Datuk Ibrahim Ali tidak bermaksud untuk menghasut rakyat supaya membakar Bible kitab suci penganut kristian," katanya.

4 comments:

  1. Bukan setakat lampu hijau dapat pula lesen besar buatlah apa pun....PERLINDUNGAN DIJAMIN SEPENUHNYA

    ReplyDelete
  2. Ini baru betul menghasut di atas menghasut namanye, kalau pembangkang belum habis ucapan dh kene soal siasat. Yg ini betul2 kene batang hidung sendiri padan muka ... memang teruk lh puak2 ini, lepas tu ade hati pulak nk minta disanjung ... kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Menurutnya lagi, menteri itu "tidak bijak" membuat kenyataan sedemikian secara terbuka sedangkan beliau boleh menyuarakannya dalam mesyuarat kabinet- bertamadunnya pekasa menghasut tanpa ikut saluran.Bijaklah cara berak heng mengajak bako bible..

    ReplyDelete
  4. Pergi Jahanam lah umno buat undang undang cuma untuk melindungi penipuan dan rasuah yang mereka lakukan agar tak terbongkar.Bila ditanya mana income tax biliion billionaire mereka jawab itu rahsia. Ini jawapan bahalol paling tolol dalam dunia.Sebab mereka sekongkol dengan mereka kerana mendapat saham, jadi ada kepentingan untuk lindungi mereka.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...