Saturday 8 November 2014

MASA DEPAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT AKAN DI BINCANGKAN DALAM RETREAT BERMULA PAGI INI HINGGA ESOK.




Pemimpin tertinggi PAS akan bertemu pagi ini untuk membincangkan masa depan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di sebuah hotel di Kuala Selangor dan akan membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya.

"Retreat ini akan menentukan masa depan PAS sendiri dan juga kedudukan PAS dalam Pakatan," kata seorang pemimpin kanan PAS dan mendedahkan retreat itu bermula pagi ini dan berakhir pada Ahad.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perbincangan mengenai topik pertama dan Naib Presiden Salahuddin Ayub akan mengetuai perbincangan mengenai hubungan PAS bersama PR.

Jalur pemikiran dalam PAS kini terbelah dua ekoran kemelut menteri besar Selangor.

Golongan profesional yang dinamakan Erdogan (mengambil nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) dilihat sebagai pro-PR manakala golongan konservatif yang dipimpin ulama dilihat kritikal terhadap rakan-rakan PR dan mahu memastikan kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Sementara itu DAP dan PKR sudah menyerang parti itu, terutamanya Hadi berhubung pendirian PAS dalam kemelut menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap dalam konvensyen partinya menyerang PAS kerana dianggap tidak “berpegang kepada janjinya” dan juga isu ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR.

Lim berkata PR tidak akan berpecah walaupun jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam rayuan kes liwatnya kali ini.

Namun DAP memberi amaran, gabungan itu akan berpecah jika PAS membentangkan undang-undang persendirian untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

PAS Kelantan sebelum ini bercadang mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi meminda beberapa perkara dalam perlembagaan untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Umno melalui beberapa pemimpinnya sudah menyatakan akan menyokong rang undang-undang persendirian itu, manakala DAP memberi amaran jika ia dibentangkan, PR akan berakhir.

"Kami akan cuba membincangkan isu ini secara terbuka dalam retreat kali ini melalui kertas yang akan dibentangkan presiden,” kata AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Kalau kita berjaya mencapai kata sepakat penyelesaiannya, dalaman PAS sendiri dan Pakatan Rakyat akan bersatu tetapi kalau kita gagal, tidak tahulah saya.

"Saya penuh harap kita akan mencapai kata sepakat."

Namun Salahuddin yakin mereka akan mencapai persetujuan, dan beliau akan membentang segala fakta dan hujah secara objektif berhubung pencapaian PAS bersama PR semenjak tahun 2008.

"Saya juga akan gariskan halangan atau isu yang menyebabkan rakan-rakan kita dalam Pakatan tidak berapa senang dengan PAS," katanya.

Menurut Salahuddin, beliau yakin PAS mampu membincangkan perkara ini dengan mengakui kelemahan parti.

"Kita akui ada isu yang tidak selesai dan kelihatan ada pendekatan yang mahu keluar PR.

“Kita kena akui kelemahan ini dan mencari jalan penyelesaiannya dengan cara yang bijaksana," katanya.

Menurut Salahuddin, retreat ini bukanlah satu perkara baru dan menjadi satu kebiasaan bagi PAS untuk mengadakannya setiap kali selepas muktamar bagi membolehkan pemimpinnya berterus-terang dan bersemuka untuk memacu hala tuju parti.

Salahuddin juga mengakui ada pemikiran berbeza di kalangan pimpinan PAS, tetapi yakin ia boleh diselesaikan dengan cara duduk berbincang, berdiskusi dengan fakta dan berasaskan kebenaran, bukannya fitnah dan sentimen.

Beliau juga mengakui penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedikit sebanyak mewujudkan persepsi negatif kepada PAS.

"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Krisis, ia menjadi tanggungjawab saya untuk berjumpa dengan mereka dan berbincang.

"Kita tidak boleh biarkan begitu saja kerana mereka adalah ahli-ahli PAS dan sesetengahnya mempunyai jawatan penting dalam PAS," kata Salahuddin.

Sambutan terhadap PasMa kini semakin hangat dengan kejayaannya menubuhkan cawangan di semua negeri dan di semua daerah untuk negeri-negeri tertentu, termasuk di Terengganu di mana PAS menyatakan penentangan secara terbuka terhadap kumpulan itu.

Walaupun ia ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tetapi ramai memberikan tanggapan ia kumpulan yang tidak senang dengan jalur pemikiran pimpinan tertinggi PAS, khasnya Hadi sendiri.

Retreat kali ini juga bakal menentukan pemikiran yang bagaimanakah yang bakal mewarnai masa depan PAS.

"Jika pemikiran golongan progresif berjaya diterima dan dijadikan pendekatan PAS, maka PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan bekerjasama erat dengan PKR dan DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," kata Mujahid.

Sebaliknya, jika pemikiran golongan konservatif yang mahu menjaga kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS mendapat tempat utama dalam retreat kali ini, PAS akan semakin jauh dari PR.

Retreat ini juga akan menentukan halatuju PAS menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun tahun depan, apabila pemilihan pucuk pimpinan akan diadakan.

"Apa-apa keputusan retreat ini akan disahkan menjadi keputusan PAS apabila perwakilan membuat pemilihan pucuk pimpinan PAS nanti," kata Mujahid.

29 comments:

  1. Jalur pemikiran dlm PAS bukan hanya dh becelaru malah dh kusut, jgn sampai bersimpul mati sdh lh ... sayang kekuatan dan dorongan yg tuhan kurniakan selama ini dipersia siakn...ini lh dia jalur pemikiran melayu x kira pas, umno atau pkr....

    ReplyDelete
  2. Manusia melabelkan golongan progresif dan konservatif.Inilah hasil penyerapan konsep pemikiran barat dalam gerakan politik dulu dan sekarang.Konon,golongan muda amatlah progresif,namun tanpa bimbingan golongan ulama,akan karam juga golongan progresif.Golongan Ulama juga memerlukan golongan muda yanag bertaqwa,bukan semata-mata progresif.Dalam konteks progresif hendaklah berada dalam acuan ketaqwaan berpadu bersama golongan Ulama.Musuh memang bersedia memecahkan perjuangan Islam dengan merekacipta berbagai istilah untuk mengelirukan ummah.Soalnya sekarang,dalam Islam,yang ada adalah ketaqwaan sama ada golongan veteran atau muda.

    ReplyDelete
  3. PR akan pecah jika sekiranya PAS membentang undang undang hudud untok kelantan? Itu amaran DAP?
    Adakah PAS akan tundok kpd. DAP atau retreat daripada prinsipnya ,untok melaksanakan hukum Islam?
    Kalau itu terjadi apa beza Pas dengan UMNo?
    Umno korup?
    Pas bersihkah? Berapa ramai YB pas kelantan yanh kaya.memang mereka tak korup. Tapi dengan jawatan ,mereka mengambil peluang untok mempeekayakan diri. Cuma itu bezanya. Jangan tanya siapa YB yang kaya raya itu. Terjah lah ke kelantan.
    Percayalah. Jika PAS retreat daripada prinsipnya PAS akan hilang ramai pwnyokong. Hudud dan perjuangan islam yang murni lah yang berjaya menarik undi orang islam kepada PAS.
    Berjayakah anwar melalui geng anwarinas menghancorkan PAS? Sama sama kita lihat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dlm ape hal sekali pun x proaktif, very slow mcm siput bila nk overcome satu2 problem, bercakap memang pandai tp dr segi tindakan lembik ...kihkihkih

      Delete
    2. Pas dlm ape hal sekali pun x proaktif, very slow mcm siput bila nk overcome satu2 problem, bercakap memang pandai tp dr segi tindakan lembik ...kihkihkih

      Delete
    3. Pas kena pilih. Samada mahu memperjuangkan politik atau islam.
      Jika pilih politik, pas tiada beza dgn umno .
      Jika pilih islam mungkin hilang sokongan didunia. Tapi Allah tetap sayangkan pas.
      Pilihan ditangan anda.

      Delete
  4. Baru nak bincang....! Tangguh dulu lah dah hujung tahun, buat awal atau hujung tahun depan pun takpa. MEETING pun tak datang.....!

    ReplyDelete
  5. PR kena ada ketua... kalau tak ada.. jadi mcm skrg... ketua dr setiap parti sama taraf, so ada 3 ketua. lantik la seorang jadi ketua PR. Lantik siapa pon tak pe. Yg penting, ketua yg dilantik tu the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk lantik mcm mane pendaftaran PR pun x diluluskn oleh ROS, umno/bn bukannye bodoh dlm bab ni ....

      Delete
  6. Apa hukumnya kalau menentang pelaksanaan hukum hudud... pi tanya jamil khair... Jgn sampai mufti brunei dtg sekolah kan pemerintah islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tanya jamil khair ke mufti ke yg boleh kene sergah terus diam nk buat ape ...

      Delete
  7. Sebenarnya,kemana halatuju PAS kini? Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam PAS?
    Ada golongan progressif. Ada konservatif.
    ada pula geng UG dan Pro- pakatan.
    Golongan progressif lebih cenderong kepada pengukohan PR. Dan mereka yang terdiri daripada professional ( kononnya)
    Manakala golongan konsertif pula adalah golongan uztaz uztaz. Dan puak ini juga di label geng UG.
    Yang mengelirukan ialah.
    Bagaimana golongan konservatif dikata puak UG? Sedangkan UMNO adalah sebuah parti yang super progrssif. Tidak kah janggal puak conservatif bergabong dengan umno yang progresif?
    Golongan progressif dalam pas pula lebih kepada PR. Itu tak pelik. Sebab PKR dan DAP adalah parti yang progressif. Malah lebih daripada progressif. Semuanya halal asalkan dapat capai matlamat.
    pohon pencerahan. Atau label label ini hanya diujudkan dalam bayangan bagi tujuan marketing puak masing masing,menjelang muktamar PAS?
    Konservatif dan progressif.
    Puak UG dan Puak Pro PR. Adakah ini suati realiti dalam pas kini?
    Kalau ini benar benar ujud. ISMA PERLU BERSEDIA UNTOK MENJADI ALTERNATIF KEPADA MUSLIM YANG INGINKAN SATU WADAH YANG MEMPEEJUANGKAN ISLAM YANG MURNI DAN KOMPREHENSIF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape pulak ISMA ni, NGO yg ade MA MA hujungnye ni mana boleh pakai ... kihkihkih

      Delete
  8. Tanya Lim Guan Eng... klu lh org islam x bg cina pakai colok waktu depa sembah tok kong depa mcmana...ini ugama islm nk guna hukum islam utk org islam depa plak kalut..knapa...Allah dh kata bg kamu ugama kamu..bg kami ugama kami...jgn peduli dap ni...siapa kamu nk ganggu masalah ugama kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11:36 cakap hang tu betui, tp hang kena tengok pulak pemimpin parti melayu Islam yg kuat mcm umno, pkr dn pas, depa ni duk gaduh sama depa, kena sergah dek kawan komponen depa mcm mca, dap dn gerakan dh kecut teloq....kihkihkih

      Delete
  9. Umno dengan agenda pembanguna dan ketuanan melayu.
    DAP dengan agenda cina nya untok mengukoh partinya.
    PKR dengan agenda keadilan nya.
    PAS dengan agenda islam dan hududnya.
    Semua parti parti tersebut nampak konsistan dalam agenda masing masing. Cuma PAS yang dilihat cuba menukar haluan. Nampak saolah olah hudud mula di diamkan. Adakah kerana takut kepada DAP atqu PKR? Rasanya tidak. Cuma kerana puak sekular telah mula beetapak dalam PAS. Untok berkembang bagi mereka, PAS perlu berubah mengikut selera pengundi. Jika hudud menjadi laibiliti hudud perlu di buang walaupun itu satu kewajipan. Kiranya juga buang hudud daripada dasr peejuangannya apa lagi yang PAS nak tonjolkan dalam marketing nya?
    Pembangunan? Umno dah lama buat.
    Dasar kecinaan? Itu hak DAP.
    Keadilan? Pkr dah ada.
    PAS nak jaja apa?
    Ada soalan apa hukumnya jika menolak hudud? Jawapan sudah jelas. Fasik.
    tapi apa hukumnya pula ,berpaling dan buat u turn tentang hudud ? Kerana tamak kan kuasa?
    Kalau tolak hudud mungkin kerana jahil. Pun dikatakan fasik.
    Tidak kah buat u turn daripada hudud itu boleh dikatakan murtad? Kerana dan tahu tapi meninggalkannya.
    Pilihan ditangaPAS. Adakah sayang kepada PR melebihi taat kepada ALLAH.

    ReplyDelete
  10. Yg penting kita hapuskan umno... parti pemerintah pilihan penjajah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selepas pru ini umno dapat balik memerintah selangor aku puas hati.. sekurang2nya ada pengajaran yg azmin dan khalid buktikan.. itulah demokrasi namanya. Perintah lah dgn penuh tanggungjawab kerana ALLAHtaala.. nak juga tengok PR memerintah. Bilalah bn nak tumbang

      Delete
  11. Nak hapus macamana umno sentiasa buat kerja tapi pas dok apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas main dok tengok je lh .... Kah kah kah

      Delete
  12. Ketua barua TGHH dam gang UG mesti berambus or letak jawatan dulu kalau mau lihat PAS kedepan. Puak2 inilah yg telah memporakperandakan PAS. PAS akan menerima padah jika msh kekalkan TGHH dan gangnya.

    ReplyDelete
  13. Penat2 hentam umno...dan dh nak mampos umNo tu...PAS bagi nyawa pulak pada UMNO.
    Mmg kerja barua2 UG ni

    ReplyDelete
  14. Mengapa tghh yang perlu pergi. Bukan kah presiden dipilih oleh perwakilan dalam muktamar?
    Perwakilan Pas lah yang akan menentukannya
    Bukannya anjing anjing PKR yang menyalak kat sini.
    Buktikan yang tghh ada agenda UG? Bukankah anwar yang bertemu najib untok UG? Tapi ditolak najib kerana anwar akan laibiliti kwpada kerajaan.
    Pas akan hancor bukan kerana TGHH
    Tapi pas akan hancor bila puak sekular anwarinas dan penjilat DAP berkuasa. Masa itu Hudud akan dicampak ketepi atas araham anwar dan DAP.
    Pkr tak perlu nak ajar ahli PAS dalam mwmilih preiden nya. Perbetulkan dulu parti sendiri. Baru umor setahun jagong kecoh pemilihan macam dubok berebut bangkai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 16:01... Pencacai tanpa bayaran dari parti lubang taik beremosi tentang politik ...he..he..he..

      Delete
  15. Aku rasa yang paling hampir kepada UMNO ialah PKR. Dengan liberalnya dengan kurang cerdiknya dengan kemaruk nak berkuasanya. Tak pasal pasal nanti PKR yang bergabung dengan UMNO. Langsung tak mustahil sebab persamaan dua parti tu 99.99%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 17:18.... teori kamu boleh buang dalam lubang taik....he..he..he..

      Delete
    2. tunggu sampai ketum masuk kubur dulu baru lah boleh dipertimbangkan

      Delete
  16. PAS memang perlu membincangkan masa depannya dalam Pakatan Rakyat dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.

    Tanpa krisis menteri besar tiada siapa yang mengetahui perangai sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat

    Dalam keadaan sekarang PAS sudah sampai dipersimpangan yang memerlukan GPS yang betul untuk haluan yang betul. Mahu berkerjasama dalam Pakatan Rakyat sebagai parti yang memegang akujanji setiakawan atau mahu menjaga kepentingan presiden parti itu sendiri.

    ReplyDelete
  17. Pas perlu keluar PR. Jgn jadi alat bila diperlukan dan dijadikan bakul utk mereka campakkan segala sampah sarap. Islam yg menjadi teras perjuangan Pas sejak awal tak pernah diterima oleh rakan dlm PR. Menang p/raya utk kepuasan matlamat orang lain, apa untungnya kpd perjuangan Pas. Pas boleh berdiri sbgai penyumbang kearah memperkasakan Islam di Malaysia, biar pun bukan sebagai pemerintah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...