Wednesday 12 November 2014

BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN CABANG AMPANG MATI DIPERCAYAI BUNUH DIRI



Bekas Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ampang, Bala Chantar atau nama Islamnya, Sulaiman Abdullah ditemui mati kira-kira jam 6.30 petang semalam Selasa, 11hb November 2014 dalam sebuah bilik di rumahnya, di Flat Desa Lembah Permai, Ampang.

Perkara itu disahkan Ketua Wanita PKR, merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin

Menurut Zuraida Kamaruddin, mayatnya ditemui dalam keadaan tergantung dalam bilik berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, mayat Sulaiman telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras untuk dibedah siasat.

Menurut Zuraida, Sulaiman dikatakan meninggalkan tiga isteri, namun hanya perkahwinannya dengan isteri pertama didaftarkan.

Pada masa sama, Zuraida bimbang mungkin berlaku perebutan dalam urusan pengebumian mayat Sulaiman antara ahli keluarganya yang tidak memeluk Islam.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

5 comments:

  1. Nurul Izzah plak pentingkan session touch d hanjing. Ari tu dia pi kan. Setakat ahli susah peduli APA dia

    ReplyDelete
  2. bala chantar...orang belaan zuraida....

    ReplyDelete
  3. Bala chantar jg adalah bekas pemandu peminpin ttertinggi pkr

    ReplyDelete
  4. Orang PKR ni malas kerja tapi nak berbini ramai..last2 berhutang keliling pinggang..

    ReplyDelete
  5. Jgn byk komen ..ucapkan takziah n fatihah...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...