Wednesday 5 November 2014

AZMIN BAPA SEGALA HIPOKRIT KALAU TERUSKAN PROJEK LEBUHRAYA KINRARA-DAMANSARA (KIDEX) KATA NOH OMAR.



Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menjadi 'ketua' segala hipokrit susulan keputusan meneruskan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Noh berkata timbalan presiden PKR itu kini mula menunjukkan sikap sebenarnya dan melupakan hasrat menjadi pemimpin berjiwa rakyat, lapor Astro Awani hari ini.

"Saya percaya, apa yang dibuatnya selama ini 'cakap tidak serupa bikin'. Azmin mula menayangkan belang sebenar dan ia bermotif kepentingan peribadi.

"Ini hipokrit namanya, Memang ini sikap setiap lapisan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Azmin menjadi ketua kepada semua hipokrit di sana," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Noh berkata demikian bagi merujuk keputusan Azmin untuk meneruskan perjanjian Kidex yang menjadi antara alasan Tan Sri Khalid Ibrahim patut ditukar.

Dalam laporan Astro Awani itu juga menyebut, Noh turut mendesak pemimpin Pakatan Rakyat lain menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu.

Astro Awani juga menyebut tindakan Azmin itu turut disokong MP DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua melalui laman twitternya.

"Kita hendak tengok adakah Kidex itu perjuangan rakyat atau perjuangan peribadi PR secara keseluruhannya.

"Senang sahaja, jika mereka menyokong Azmin, ini terbukti selama ini pemimpin PR ini memang sengaja mencari alasan untuk menukar Abdul Khalid," kata Noh dipetik.


INI SUATU PERTUDUHAN DAN LABELAN YANG CUKUP BERAT DAN SERIUS .... SEBELUM INI OMAK PUN SUDAH TERBITKAN MENGENAI ISU INI DI BLOG TETAPI TIDAKLAH SAMPAI NAK GELAR AZMIN "JOKOWI" ALI BAPA SEGALA HIPOKRIT .. SEKADAR FLIP FLOP BUAT U TURN 360 DARJAH KONAR BARING CECAH PIPI JER.

YANG PASTI PERSEPSI TERBENTUK DALAM MINDA DAN JIWA RAKYAT IALAH JIKA LEBUHRAYA KIDEX DITERUSKAN JUGA BEERTI SEGALA PERTUDUHAN DILEMPARKAN KEPADA TSKI SELAMA INI ADALAH REKAAN DAN FITNAH BELAKA .. IMEJ DAN INTEGRITI PARTI PASTI TERJEJAS TERUK.


15 comments:

  1. Betullah tu NOH oi.bapa hipokrit al munafik.mabuk glamour melanggar arahan parti hantar nama sendiri.PKR bila lagi nk pecat mbsampah ni...cakap tak serupa bikin...

    ReplyDelete
  2. Noh udang ape dia buat?kt tmpt dia pn org mlayu miskin blmbak,org cina byk kedai2 bsar.pg jg tmpt kamu dulu wei noh udang.jg org mlayu kt tmpt kamu dl,sblum komen org lain.dulu memerintah slangor pn xde prubahan,sibuk nk komen org lain.bg mkn udang smpai gemuk2 tau,bg mkn org mlayu smpai sekrng pn xtau.mnteri bodo ni,smpah msyrakat.duit rkyat utk byar gaji mnteri bodo umngok ni.

    ReplyDelete
  3. Biarkan azmin jadi hipokrit asalkan Khalid Ibrahim dan golongan penyokong seperti Omak Kau sakit hati.tertungging frustnya.jangan kan Khalid geng2 Noh Omar pun frust menungging.Teruskan Azmin biar Omak kau sampai sakit jiwanya.

    ReplyDelete
  4. Kami Dari grassroot PKR menentang pemimpin munafik Dan melanggar arahan parti.jgn jadi pemimpin pelahap 3b saja.tapi tak tau macamana nak kumpul 3b.Syabas omakkau kami sokong perjuangan and a mencari kebenaran.kita tentang golongan munafik ini habis habisan..jgn sekali kali bersekongkol dgn mereka..

    ReplyDelete
  5. Setakat sekarang ni aku nampak Azmin cuma buat kerja Ahli Majlis je.

    ReplyDelete
  6. Dah diduga dari awal.Tujuan sebenar Khalid dijatuhkan dan ditendang keluar PKR adalah untuk merebut peluang2 yang banyak di depan mata tetapi terhalang kerana Khalid bukan jenis insan yang suka kepada penyelewengan. Maka direka2 oleh pemimpin2 PKR seperti Rafizi, Saifuddin,. Zuraidah (mungkin dengan restu pemimpin2 atasan) cerita2 mengarut dan lucu yang cuba mengaibkan Khalid. Nah, apabila hasrat dan impian tercapai maka timbullah sifat2 semulajadi pemimpin2 PKR dan DAP ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah cakap dah banyak kali. Ini semua Clan Segam-boot punya hal.
      Nantilah TSKI buat parti baru, aku pasti kesemua kerusi PKR akan ditandingi. Waktu tu berbagai sori mori keluar

      Yang Benerrrr

      Wak Tempe
      Banting

      Delete
    2. Pokimak punya tony akua.mulut sial spesis bangsat.

      Delete
  7. Mna la tak meroyan si udang tu...ntah2 projek kidek sblum ni, ade kna mngena dgn udang...jd bila azmin jd MB, krjaan selangor x nak udang..krjaan slngor bt tander trbuka lg telus utk urus kidek...jd udang xda job la..xda job, maka xda duit poket..xda duit meroysn la dia....

    ReplyDelete
  8. Eh Wak Tempe aku meluat betullah dgn ahli parlimen Kat tempat ko tu.laki bini kurang ajar tu.Bini dia berlagak nak mampoooss...mirip perangai semah badak.

    ReplyDelete
  9. korang nak derhaka pada sultan ke? azmin kan lantikan sultan? mana ada parti hantar nama dia pd istana? pkr dan dap hantar nama kak wan. pas hantar calon2 pilihan hadi sampai su agung dan mat sabu pun tak tau!

    kalau pkr pecat azmin, hilang la majoriti pkr dan dap. pas tu lalang tunggu peluang nak jadi mb sampai sanggup nak selingkuh dgn umno. sampai sanggup nak rasuah azmin dgn jawatan mb. skrg dah memang jadi mb pun.

    ReplyDelete
  10. Tau nape nuh marah kat azmin?

    ReplyDelete
  11. Nak tahu pasal apa Noh Omar mendakwa Menteri Besar Selangor 'ketua' segala hipokrit kerana keputusan meneruskan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex)....?

    Puncanya PKR, dan DAP sebulat suara sokong projek itu diteruskan kerana mereka yang ambil perhatian terhadap projek itu sebelum ini sudah diberi pencerahan berkait masaalah berbangkit.

    Salinan perjanjian leburaya kidex yang diberikan pada Azmin dikatakan sudah diubah untuk menjadikan lebih seimbang setelah Haji Hadi Awang gagal pertahankan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

    Berbeza ketika Khalid memerintah, dia buat ikut suka tidak bincang langsung dengan ahli parti kononnya dia lebih besar dari orang lain. Isi kandungan perjanjian ketika itu dikatakan berat sebelah.

    Walau bagaimana pun projek masih dalam perbincangan.... persetujuan yang kita dengar hari ini cuma diperingkat awal saja. Jika ada terma dan syarat yang membebankan rakyat, ada kemungkin Azmin Ali akan panggi Haji Hadi Awang tunjukan cara buat U-TURN.

    ReplyDelete
  12. Heboh dan Viral, Rakyat Hakim Negara meghukum Bogel ke atas pesalah mencuri.

    Apa Pendapat Semua Rakyat sebagai HAKIM, sekiranya ANWAR IBRAHIM didapati Bersalah meliwat Saiful..

    KITA BOGELKAN ANWAR IBRAHIM selepas keluar Mahkamah dan sebelum di hantar ke dalam Black Maria untuk menjadi perdana Menteri Sg Buloh???

    ada sokongan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bogel kan makbapak ko sekali

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...