Tuesday 4 November 2014

AIR MINERAL JENAMA CACTUS KELUARAN SPRITZER BERHAD DI CETAK GAMBAR PATUNG DEWA HINDU AKAN DI TARIK BALIK SERTA MERTA



Syarikat pengeluar air mineral, Spritzer Berhad bertindak pantas menarik balik semua minuman keluarannya yang dicetak logo halal bersama-sama gambar sebuah patung dewa Hindu di Batu Caves daripada pasaran berkuatkuasa serta-merta pada Selasa.

Tindakan segera itu diambil ekoran pendedahan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini bahawa produk syarikat itu menimbulkan keraguan serta ketidakselesaan di kalangan masyarakat Islam.

Pengurus Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata semua wakil jualan syarikatnya telah diarah menarik balik produk tersebut dari rak-rak jualan di setiap premis seluruh negara.

Selain menarik balik produk minuman berkenaan dari pasaran, Spritzer juga akan menghentikan proses mencetak label terbabit, serta memastikan produk yang sedia untuk dipasarkan tidak dikeluarkan dari gudang simpanannya.

“Syarikat kami bukan tidak sensitif terhadap isu berkaitan agama tetapi tidak menyangka tempat tumpuan pelancongan akan dikaitkan dengan isu keagamaan.

“Kami juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya.

Syarikat itu bagaimanapun tidak akan memohon maaf secara terbuka buat masa ini.

Chin turut menjelaskan bahawa gambar dewa Hindu itu digunakan kerana Spritzer menjalin kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan kawasan-kawasan tarikan pelancongan tempatan.

“Kami memohon permit daripada Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan mendapat kebenaran daripada mereka untuk mencetak imej tempat-tempat tumpuan pelancong pada botol minuman kami termasuklah (gambar) Persiaran Gurney di Pulau Pinang, Dataran Helang di Pulau Langkawi, Zoo Taiping, Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Putrajaya,” jelas Chin.

Menurut Chin lagi, pihaknya hanya menyedari perkara itu pagi tadi dan tidak mendapat sebarang makluman daripada PPIM sebelum ia dihebahkan kepada media.

Spritzer dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai isu tersebut pada esok hari.

6 comments:

  1. bkn barangan buatan Yahudi sja patut diboikot, tapi yg macam ni juga pun kita sama memboilotnya. dah berbelas tahun berniaga disini takkan tak faham2 lagi dah tu sombong pulak tak nak minta maaf.

    ReplyDelete
  2. Omakkau masuk bn aje la..kutuk2 selangor nk pecahbelahkan pr ke...masih nk mbela khalid lg.come on khalid dah parti bebas..sedarlah omakkau jgn bmimpi lg...maju kedepan..bkn mundur kebelakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu maju ke depan tu membawa erti tolak hudud, ambik pluralisma dan liberalisma, pegang anjing, langkah kejang, hina ulamak, fitnah, penipu, sayang israel....lu pk la sendiri

      Delete
  3. Saya dah lama tak minum air dari jenama Spritzer dan Cactus.

    Punca air berhampiran jirat cina.

    Eeeeeeee.. geli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey, betul ke? blh sesiapa cerita sikit

      Delete
  4. minum la air yg orang islam proses...
    boleh juga tolong bangsa melayu beniaga...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...