Tuesday 11 November 2014

4 FOTO PENEMUAN MAYAT WARGA ASING YANG TERSANGKUT DI PUKAT JERUT OLEH NELAYAN DEKAT PULAU SUSU DARA, TERENGGANU.


Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu mengesahkan bahawa penemuan mayat yang tersangkut di pukat jerut oleh nelayan kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara Terengganu kira-kira jam 2.petang semalam bukanlah nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Perhentian tetapi ianya seorang lelaki warga asing.


BESUT - Operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dikhuatiri hilang setelah terjatuh ke dalam laut ketika memancing berhampiran Pulau Perhentian Kecil di sini, pada Khamis lepas, diteruskan walaupun keadaan laut bergelora.
 
Operasi mencari mangsa Ali Majid, 59, yang masuk hari keempat hari ini, membabitkan anggota skuba pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis marin berpangkalan di Tok Bali, Kelantan.
 
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, keadaan cuaca cerah membolehkan operasi mencari mangsa yang berasal dari Kampung Pangkalan Atap, di sini, tertumpu di kawasan perairan berdekatan Pulau Perhentian Kecil termasuk Pulau Rhu dan Pulau Susu Dara.
 
"Tiga buah bot daripada pelbagai agensi digunakan dalam operasi mencari mangsa di hampir setiap kawasan perairan berdekatan pulau tersebut.
 
"Setakat ini, kita masih gagal menemui nelayan terbabit tetapi bot yang digunakan mangsa telah ditemui bersama bekas berisi ikan yang masih segar oleh orang awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kehilangan mangsa telah dilaporkan di Pondok Polis Pulau Perhentian, 2.30 petang pada hari kejadian oleh orang awam yang kebetulan terjumpa sebuah bot tanpa orang di tengah laut, dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil.
 
Operasi hari ini, yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bersama-sama pasukan mencari dan menyelamat, tertumpu di sekitar kawasan Pulau Perhentian Kecil.
 
Sementara itu isteri mangsa Hasnah Mat, 52, ketika ditemui di kediamannya, berharap agar suaminya dapat ditemui.
 
"Saya berdoa agar cuaca baik hari ini, bagi memudahkan usaha mencari suami saya," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. Eiii.. agak2nya ikan2 tu dibuang x... dh berkumpul skali dgn mayat...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...