Tuesday 21 October 2014

SIAPAKAH AHLI POLITIK DAN DARI PARTI MANA DIBIAYAI DARI KEGIATAN PERJUDIAN HARAM???? .... JENG .. JENG ... JENGGGG!!!!!



Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan, iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung, tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung, tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat... saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah, sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya

ULASAN OMAK KAU:-

Pelik sungguh!!!! .. kata ada bukti tapi berada di tangan pihak polis dan suruh ajukan soalan itu kepada pihak polis .... apakah kenyataan ini secara tidak langsung menuduh pihak polis menyembunyikan bahan bukti dan melindungi kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan???

Difahamkan kisah ini di hebohkan oleh Utusan kononnya para penganjur judi kebal undang-undang ... apa maksud kebal undang-undang???? Tidak lain tidak bukan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil keatas mereka ... Siapakah penguatkuasa undang-undang membenteras kegiata judi haram di negara ini kalau bukan PDRM???? .. Adakah menuduh ada pegawai dan anggota polis terlibat dalam melindungi kegiatan judi haram di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga????

Ini adalah pertuduhan yang serius yang mencemarkan nama baik PDRM.

Tapi Zahid Hamidi ini ada sejarah mengenai pembuktian .. sebelum PRU 13 lalu cakap ada bukti beberapa pemimpin pembangkang dalang pencerobohan Lahad Datu .. Sampai sekarang, sekelumit bukti pun tidak didedahkan .. Begitu juga bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan kegiatan Syiah .. akhirnya bukti Mat Sabu pergi ke Iran dijadikan sebagai bahan bukti selain kenyataan Ustaz KDN yang cakap ada bukti gred A tapi habuk pun tarak sampai sekarang.

Setahu Omak, mana-mana individu yang makan hasil dari kegiatan haram boleh diambil tindakan dibawah Akta Pengubahan Wang Haram 2011. .. Yakin jika benar, berlaku kegiatan judi haram di ketiga-tiga pekan tersebut, pihak polis sudah pun mengambil tindakan yang sewajarnya .. Itu Omak cukup yakin 101%.

Jauh disudut hati Omak .. pihak polis tidak ada melindungi mana-mana penganjuran judi haram di ketiga-tiga pekan tersebut .. Ini merupakan satu kenyataan semborono yang boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti PDRM.

Tidak mahu membuat pertuduhan melulu .. jika ada bukti kukuh lagi sahih sudah pasti dihebohkan siapakah ahli-ahli politik berkenaan dan dari parti mana .. Simple as that.

CUITKAN MINDA DAN TANYA AKAL LOGIK.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

27 comments:

  1. Kepada Kepimpinan PKR

    Monyet2 Kajang Move, kamu membuat TSKI dipecat, Che Gu Bard digantung, Saifudin diturunkan pangkat dan Ketua PKR Selangor mahu dilucut dan nak diberi kpd Nepotism Mama Al Kipas Remote Control..

    Kamu tidak peduli rakyat susah. Ramai kanak2 di estet hidup melarat. Ninja Turtle hanya tau membodek sehingga nak angkut 5 bas.

    PKR memerlukan Reformasi dalaman, Pemilihan PKR memerlukan himpunan Bersih untuk membersihkan aturan gang kajang move d BODEKS dalam parti

    Ayuh Reformasi mestilah dilakukakan dalam PKR. Jangan Bicara pasal perjuangan jika takut dipecat sebagai ahli PKR. Jangan takut kepada ugutan Rafizi untuk memecat ahli yang membangkitkan isu Nepotism

    Syabas Khalid kerana berjuang untuk parti. Syabas Azmin kerana berjaya mengekang budaya Nepotism. Segam-Boot family and Gang Kajang Move can get loss.

    Boy Ulu Yam
    Reformist 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ayam pun ada gred. Gred A, Gred B, Gred C. Gred D pun ada.

      Delete
  2. Kalau Mamat Matang Pauh tu tak dengar, kami akan ajar kamu dengan undi-undi kami. Kalau kamu mahu Selangor jatuh pada PRU-14, kamu boleh berdegil macam kaldai Abu Lahab

    Saya rasa kalau Syed Husin Jadi President, pemimpin atasan tak jadi macam beruk kena belacan. Malangnya Syed Husin dah pencen.

    Air yang kelihatan tenang, tapi bergelora dibawah dasar.

    Ayuh Kepimpinan PKR perlu direformasikan


    Boy Ulu Yam Junior
    Reformist Kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ayam pun ada gred. Gred A, Gred B, Gred C. Gred D pun ada.

      Delete
  3. Sapa yang samsaeng tu??? adakah ahli cap mercun thunderclap ???? Mari kita tanya

    Boboi Ulu Yam
    Reformist Asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ayam pun ada gred. Gred A, Gred B, Gred C. Gred D pun ada.

      Delete
  4. Woooow...mat gred sudah bersuara....ini kali gred A, B, C atau lesap ikut angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..telur ayam gred A, B, C kalu kita makan banyak, yang tinggal hanya kentut yang berbau busuk. Habuk pun tarak kecuali bau busuknya.

      Delete
  5. Kalau dah polis ada bukti kenapa tak tangkap??? Statement orang politik semua tak boleh pakai

    ReplyDelete
  6. D24 GRADE B atau Musang King Grade A. Mari terjah

    ReplyDelete
  7. sendiri kentut kata orang lain kentut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh dia makan telur ayam gred A dalam 10 biji.
      Lepas tu cium kentut dia.
      U akan faham.

      Delete
  8. Kalau ikut pengalaman aku, kat perak ni ada banyak gred durian. Tapi gred yang terbaik masih tetap Musang King. Gred lain yang dianggap masih tinggi termasuklah gred Udang Merah, Ho Lor, Cheh Phoay Kia, Ganja, Durian 11, Kapili, Merah Kecik, D2, D24, Ang Bak Kia, Kun Bao Hong dan juga Cheh Phoay kulit hijau.

    Gred lama jenis kampung dah tak popular sangat dah.

    ReplyDelete
  9. Telur ayam pun ada gred. Gred A, Gred B, Gred C. Gred D pun ada.

    ReplyDelete
  10. Telur ayam pun ada gred. Gred A, Gred B, Gred C. Gred D pun ada.

    ReplyDelete
  11. Boboi Ulu Yam
    Reformist Asli

    Syabas... Sokong Bro 100%

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Siapa ketua siapa pengikut siapa melaksanakan kelulusan kalau bukan yg tinggi pangkatnya. Maka tiada alasan kebal undang2 dimana jua kecuali yg atas itu melakukan sebab kuasa ditangan mrk. Cina hanyalah pengikut melaksanakan tetapi melayu yg berkuasa meluluskan maka yg samseng bukan ketua gangster tetapi melayu berkuasa gangster, mrklah yg brim dan tipu balik wang brim malah sampai kering wang simpan mrk kebas balik dgn pejudian yg tak sepatutnya berluasa di negara ini. Najib bukan pm yg berwibawa lebih pada pm lemah berkuasa tetapi dikuasai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang peliknya "MEREKA NI KEBAL".
      Macamana pulak boleh KEBAL kalu tak ada KABEL?

      Delete
  13. Dalam isu ini, tiada istilah perkauman iaitu "cina" atau "melayu" perlu ditimbulkan. KDN mempunyai bukti tetapi bukti tersebut perlu diambil masa untuk diproses dalam kertas siasatan secara terperinci supaya pesalah dapat dituduh. Untuk mensabitkan kesalahan seseorang perlu disiasat dan berbicara di mahkamah, apatah lagi ahli politik mempunyai akal fikiran yang cekap untuk meloloskan dirinya. Tidak perlulah melemparkan fitnah terhadap KDN kerana KDN sedang membuat kerja mereka untuk menangkap orang-orang yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  14. Ok ini bab Mufti dengan anjing yang masih belum selesai
    ----------------------------------------------------------------------------

    Apakah ada satu pengukur tanda yang mana kita boleh
    melebelkan seseorang ulama itu sebagai mufti anjing?.
    Apakah kerana ulama tersebut berada dl dalam negara
    banyak berlaku rasuah, penyeleleweng kuasa dll
    kemungkaran?.
    Apakah ulama di Timur Tengah lebih angging dp ulama
    Malaysia semata2 mereka tinggal dii negara yg lebih
    kurup?.

    Apakah tanggungjawah Nabi (SAW) sebagai (a)
    penyampai dan sekaligus memberi hidayah atau hanya
    (b)sebagai penyampai sahaja?

    Persoalan tersebut perlu di jawab dulu sbelum
    melebelkan seseorang ulama sebagai anjing

    ReplyDelete
  15. sebab tu dipanggil zahid komedi...

    ReplyDelete
  16. Inilah akibatnya kalau pelawak atau ahli komidi dilantik jadi menteri. Kelakar betul jawa ni!!

    ReplyDelete
  17. Mungkin, saya x tuduh, polis ade bukti, pergi tanya polis, hei! apa punya samdul ini menteri daa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan aku dah cakap, kalau setakat durian gred D24, melambak2 kat perak.
      Orang sekarang dah tak kisah sangat dengan gred D24 ni dah. Sekarang dah masuk zaman gred Musang King laaa. Apaa daaa...

      Delete
  18. Ora politisi melu langsung, nanging ana uga entuk dhuwit saka gambling revenue kanggo melu ing kegiatan politik.

    ReplyDelete
  19. Adhedhasar laporan aku njaluk politisi melu ... aku ora arep kanggo nyalahke, nanging yen sampeyan pengin bukti bukti polisi,

    ReplyDelete
  20. Yg kat kasino genting sapa yg kata judi halal , murtad

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...