Thursday 16 October 2014

SIAPA CAKAP FLASHMOB RAKYAT HAKIM NEGARA DI KETUAI KETUA AMK TIADA SAMBUTAN?????


"OMAK SEJAK KEBELAKANGAN INI DAH SEWEL SEBAB ITU BUTA HATI TERLAMPAU TAKSUB TSKI .. CUKUP2LAH SANJUNG TSKI .. DIA TAK AKAN JADI MB SEMULA PUN .. JANGAN HENTAM PARTI "
.. begitulah bunyi ayat yang serang Omak dalam inbox mengenai Flashmob semalam di hadapan Sunway Pyramid di ketuai Ketua AMK Malaysia merangkap ADUN Seri Setia yang juga Exco Selangor terkini. yang Omak dedahkan sebagai amat mengecewakan sekali.

Nampaknya ada dikalangan AMK yang enggan terima kenyataan dan kebenaran walaupun cukup jelas, benar, sahih dan berfakta.

Masih hidup dalam kepompong politik khayal syok sendiri hidu gum .. masih bersifat sindrom nafi ... tidak suka kebenaran dibentang dan dihidangkan didepan mata mereka.

Cuba baca balik apa yang tertulis di artikel berkaitan .. baca berulang kali jika masih tidak dapat menangkap maksud yang tersirat .. Adakah hentam parti atau sayap parti yang dipimpin seorang individu yang amat jelas dilihat gagal dalam gerak kerja sulungnya sebagai Ketua AMK baru bagi menggerakkan suara-suara anak muda menyahut seruan keadilan kepada pemimpin agung KeADILan?????

Program sebesar ini mengapa tidak dipelawa Dewan Pemuda PAS turut serta?? .. tidak ajak SAMM turut sama?? .. dua badan ini sudah berpengalaman dalam mengajurkan himpunan kumpul anak-anak muda ke jalanraya.

Sebab itu Omak cakap kepimpinan AMK yang sedia ada terlalu ego hidung tinggi  .. perasan diri itu hebat sangat ... tidak memerlukan pertolongan dan sumbangan rakan-rakan dalam PR maupun NGO mesra PR.

Bila di kritik, marah sampai naik angin seluruh badan, siap maki hamun mencarut gaban .. bila mendiamkan diri PKR pula kian parah.

Jadi apa perlu Omak lakukan ... buat artikel dalam blog putar cerita kata sambutan amat membanggakan sekali, diluar dugaan, malah lebih dahsyat sambutan dari era reformasi 1998????

Tidak perlu banyak cerita .. lihat sahaja rakaman gambar diatas ketika Ketua AMK berarak dari pejabatnya menuju ke lokasi flashmob ... jumlahnya boleh dikira dengan jari malahan lebih banyak jari ditangan dari yang mengekori dirinya .. Masih enggan terima kenyataan????


Perbaiki diri dan tatacara kendali urus tadbir sayap parti .. jangan sombong berlagak hebat .. perlu merendah diri mohon bantuan dan sokongan rakan-rakan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK
.




22 comments:

  1. Rafizi pi ke tak? Kalau Rafizi tak pi, buat apa nak mai.

    ReplyDelete
  2. Che Gu Bard kamu halau. TSKI kamu halau. Masalah Felda tak dengar. Masalah rakyat marhaen tak peduli. Ada datang jengok kat flat2. Ada jengok anak yatim? Ada jengok Maahad Tahfiz? Ada buat gotong royong rumah orang cacat?

    Seburuk2 PAS unit AMAL dia rajin jugak buat kerja amal. Se Cool Cool parti kita takder buat benda2 tu. Masalah PAS ada kat pucuk pimpinan. Masalah PKR dari pucuk pimpinan sampai ke jentera.

    Cuba Pikiaq sikit

    ReplyDelete
  3. Omak kau tak payah nak berselindung lah. Sejak kehilangan Khalid Brahim kamu dah jadi meroyan tak tentu pasal. Kalau kamu nak sangat kat puak UG PAS tu maka Adi Awe ada lagi satu kekosongan di sampingnya, tak susah buat apply aje, bila-bila masa mungkin dia terima nak elok lagi boleh jadi macam Saifool Bukari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul sejak TSKI letak jawatan omak kau dah meroyan,cukup cukuplah..memang betul ramai yang kecewa disebabkan krisis menteri besar tapi jangan sampai kerana marahkan nyamuk seekor habis kelambu dibakar.

      Delete
    2. KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK

      Delete
    3. KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK... korang bodoh ke apa..masih tak paham tagkine omakaku ke bahalol!

      Delete
    4. Omakaku pala otak hang

      Delete
    5. Taniah Omak Kau, sebenarnya kau telah menjalan tugas dg cemerlang dan penuh tanggungjawab

      Delete
  4. Hakim mahkamah rayuan nanti akan mengambil kira kah berapa ramai (bukti bergambar) yang datang berdemo bagi membebaskan pertuduhan terhadap DSAI? Sekiranya Anwar dipenjara sekali lagi maka reformasi lagi bertambah hebat kerana rakyat dah terlalu benci kerajaan yang dipimpin oleh Najib yang hanya tahu berkebolehan menggunakan jentera kerajaan bagi menjatuhkan musuh politiknya sahaja tanpa beriltizam untuk memajukan negara dan membela nasib rakyat. Cubalah penjarakan kali ini.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi....sedar ler diri tu,saper yg nak mai.saper yg nak ikut serta pada hari penghakiman tu.sori ler.yg meramaikan dulu pun pihak PAS.la nie kita tengok,berapa ribu...ops...sori..berapa ratus....ops silap lagi....berapa puluh jer yg nak berhimpun pada hari penghakiman kelak.dan maner pergi keyboard warrior.yg bergegar dialam maya.harap sembang jer berapi api.bila flashmob diadakan....mcm hampeh.pundek punya keyboard warrior.

      Delete
  5. Sodeh den tengok an budak2 amk dlm gamba tu, tu gamba boto ko? kalau boto dh mcm org x boto yo, x yah lh nk susah2 lai, buek digolak dek org yo...den ingat an handa bona budak2 amk ni ...tu lah tompan ae dh mcm org gilo yo...

    ReplyDelete
  6. Kadang2 aku terfikir jugak, apa sebetuinya perjuangan pkr ni, utk keadilan rakyat ka utk keadilan anwar ibrahim ka?...

    ReplyDelete
  7. Bila omakkau dedah kelemahan demi kebaikan parti dikatakan macai khalid..sudah2 lah.terima lah hakikat yg kebanyakan ahli pkr dah fedup dgn retorik anwar ni.elok lah duk diam2 dlm sel penjara munasabah diri tu.

    ReplyDelete
  8. KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK

    ReplyDelete
  9. nama pun flashmob Nak ramai mcm mana?
    yg LIKE tak ambil kira ke
    Yg dia org na bgtahu kes anwar pd 28-29 oktober ini dan banner tu minta berhimpun di Putra jaya
    Biar sikt jgn mcm Khalid kata dpt sokongan majoriti tapi hampeh


    Pahit utk terima Khalid kena pecat
    Perit sbb keadilan tidak meyebelahi Khalid
    Sakit nya perjuangan smp mengulang ulang ayat pahit perit sakit

    tp respek pd omakkau krn tetap bersama khalid dan menyiarkan komen yg tidak sehaluan dgn blog omakau Tp omakau jgn emosi betul kan niat dgn kembali ke pengkalan jalan

    ReplyDelete
  10. Krik krik krik. .perrgghhh dahsyat giler sambutan...!!

    ReplyDelete
  11. Ramai yang marah kpd.Omak Kau kerana terus setia dan menyokong khalid. Salah kah Omak Kau memegang kod. Kepercayaan dan keyakinannya kpd. Khalid?
    Yang pwnjilat jubor anwar dok puja anwar macam dewa tu apa hal? Saolah semua yang anwàr lakukan adalah betul. Maksum kah anwar tu? Hingga dipuja sedemekian rupa?
    Politik adalah persepsi. Dan terpulang kpd. Individu untok mempunyai perswpsi sendiri,.
    tentu omak kau ada persepsi sendiri tentang khalid.
    Pkr asalnya UMNO
    Mengapa mereka meninggalkan UMNO? Sebab persepsi mereka, UMNO jahat. Tapi masih ramai lagi yang tinggal dalam UMNO. Kenapa? Sebab mereka melihat dalam persepsi mereka. Kalau UMNO jahat kerana memfitnah anwar. Baik kah PKR bila khalid difitnah?

    ReplyDelete
  12. Aku setuju dgn omakkau.blogspot.com, susah basa org tak faham dan naik angin, Putin beliung..

    ReplyDelete
  13. Ikut tabii adalah lumrah alam
    Kalau luar tabii putor alam
    Sapa yang kedepan tu sah makhluk dua alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak komen selaun dari topik..ambik ni Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, istilah "tahaluf siyasi" yang digunakan PAS dalam menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR) adalah istilah Arab, dan bukan mewakili Islam.
      Bekas bekas mufti Perlis itu ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen hari ini, berkata istilah Arab tidak semestinya mewakili ajaran agama Islam, dan melahirkan kekhuatiran tentang bahaya kesilapan penggunaan istilah Arab seperti itu.
      Katanya, masyarakat seakan-akan melihat penggunaan perkataan Arab sebagai benar-benar mewakili Islam.
      "Orang Melayu bila dengar bunyi Arab, dia ingat Islam. Kita tidak boleh anggap istilah Arab mesti mewakili agama.
      "Tujuan Islam bukan nama itu. Allah tidak minta kita mengArabkan diri, Dia minta kita mengIslamkan diri.
      "Islam mana satu yang kita cari?" katanya pada program dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika sidang Dewan Rakyat berhenti rehat.
      Mengambil contoh penyatuan Eropah selepas berperang sejak berdekad lama, Asri berkata, negara Eropah hanya dapat bersatu selepas mereka memisahkan agama daripada pentadbiran politik.
      "Di Eropah, agama tidak mencampuri politik. Jadi, mazhab-mazhab tidak boleh bertelagah sesama mereka," katanya.
      Situasi di Malaysia pula, katanya, perdebatan antara parti yang mewakili komuniti Islam pasti akan melibatkan hujah menggunakan dalil agama mengikut tafsiran masing-masing.
      "Hari ini, Islam dimasukkan ke dalam politik, ada pergerakan Islam, pertubuhan Islam. Kemudian, nama itu di-Arabkan.
      "Apabila Islam dalam bentuk ini masuk, dan tidak mempunyai tujuan 'kemaslahatan hamba' (hamba Allah), maka sebanyak mana nama Islam dalam dunia Islam, hanya akan menimbulkan masalah dalam dunia Islam," katanya.
      "Bila PAS lawan Umno, kedua-duanya keluarkan dalil. Kita tidak tahu mana sebetulnya yang Islam," katanya.
      Asri berkata, Islam yang dibawa Nabi Muhammad ialah bagi memperbaiki sistem politik, tetapi umat Islam sekarang menggunakan agama sebagai senjata politik.
      "Jangan eksploitasi agama menggunakan nama Islam," katanya.
      Beliau turut berkata, mengkritik ulama juga bukan bermakna mengkritik agama Islam.
      "Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan mengkritik Islam. Tidak salah kritik (ulama), dia pun manusia juga, yang tidak boleh dikritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata.
      "Berhati-hati gunakan dalil ketika berpolitik," katanya. – 15 Oktober, 2014.

      Delete
  14. Kamu ingat Islam tu sama dengan Kristian ke
    Islam ITU lengkap Islam ITU the way of life.APA cerita eropah bersatu dengan memisahkan agama tu
    Kamu INI sahlah orang takde aqidah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...