Friday 10 October 2014

RIZAB SELANGOR RM3.2 BILLION YANG DIKUMPUL TSKI MULAI DI GUNAKAN MULAI TAHUN HADAPAN????



Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada persidangan DUN bulan depan.
  
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pertambahan tersebut dilihat signifikan dalam usaha menjana pertumbuhan ekonomi seterusnya mengurangkan kos operasi dan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri.
  
"Kita akan memperkenalkan satu dasar ekonomi dan pembangunan yang lebih adil serta menyeluruh yang mana belanja mengurus akan diturunkan dan belanja pembangunan ditingkatkan hampir 50 peratus.
  
"Ini akan dibentangkan pada persidangan DUN akan datang...secara prinsipal kita bersetuju kenaikan gaji MB (Menteri Besar), speaker dan timbalan speaker juga harus dikaji semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan pagi jabatan-jabatan kerajaan negeri di Dewan Sri Jugra, Banting di Kuala Langat.
  
-Bernama

BAJET TAHUN 2014 SEBANYAK
RM624,919,790.00 DIPERUNTUKKAN UNTUK PEMBANGUNAN  ... JIKA INI DIAMBIL KIRA PENAMBAHAN SEBANYAK 50% BERMAKNA, PENAMBAHAN SEBAYAK LEBIH KURANG RM312,459,892 .. JIKA DITAMBAH MENJADIKAN UNTUK PEMBANGUNAN SAHAJA RM937,379,685 .. HAMPIR RM1 BILLION TIDAK TERMASUK PERBELANJAAN MENGURUS, PERBELANJAAN PEMBEKALAN DAN PERBELANJAAN TANGGUNGAN.

DEMI BERLAKU ADIL DIPERTURUNKAN SEMULA ANGKA-ANGKA BAJET 2014 YANG DIBENTANGKAN OLEH BEKAS MB SELANGOR, TSKI TAHU LEPAS UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENDAPAT GAMBARAN BERAPA BANYAK NANTI WANG NEGERI SELANGOR (WANG RAKYAT) BAKAL DIGUNAKAN.

MEMBELANJA TIDAK PERLU KEPAKARAN DAN TIDAK SUKAR .. YANG MENJADI PAYAHNYA IALAH MENGUMPUL DANA DAN CARI WANG UNTUK TABUNG NEGERI.

Ringkasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2014

Bertemakan “Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat”, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan belanjawan berimbang dengan peruntukan sebanyak RM1.85 billion.
RM1,225,080,210.00 atau 66.2% telah disediakan bagi Perbelanjaan Mengurus. Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM1,107,046,687.00 dan Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM118,033,523.00. Agihan terperinci Perbelanjaan Mengurus:

(a) Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM421,748,946.00 atau 34.43%;
(b) Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak RM411,801,227.00 atau 33.61%;
(c) Emolumen sebanyak RM370,522,216.00 atau 30.24%;
(d) Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain sebanyak RM14,591,101.00 atau 1.19% dan
(e) Aset sebanyak RM6,416,720.00 atau 0.52%.


Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM624,919,790.00 atau 33.78% daripada Perbelanjaan Keseluruhan. Agihan perbelanjaan berdasarkan sektor:


(a) Infrastruktur (komponen terbesar) – RM388,728,030.00 atau 62.20%
(b) Sosial – RM143,182,140.00 atau 22.91%
(c) Ekonomi – RM90,401,601.00 atau 14.47%
(d) Perbandaran – RM2,608,010.00 atau 0.42%


Peruntukan bagi sektor Infrastruktur:
a) Kemudahan Awam – RM357,272,280.00 atau 91.91%
b) Sains, Teknologi dan Inovasi – RM22,956,420.00 atau 5.91%
c) Perumahan – RM8,499,330.00 atau 2.19%.


Peruntukan bagi sektor Sosial:

a) MES – RM77,850,030.00 atau 54.37%
b) Pendidikan – RM26,300,050.00 atau 18.37%
c) Modal Insan – RM8,682,020.00 atau 6.06%
d) Sukan – RM8 juta atau 5.59%
e) Kampung Baru – RM5 juta atau 3.49%
f) Belia – RM3.5 juta atau 2.44%
g) Lain-lain – RM13,850,040 atau 9.67%


Peruntukan bagi sektor Ekonomi:

a) Kewangan – RM51,620,000.000 atau 57.10%
b) Pertanian – RM17,481,600.00 atau 19.34%
c) Pembangunan Usahawan – RM7,850,010.00 atau 8.68%
d) Pelancongan – RM5.4 juta atau 5.97%
e) Sumber Alam – RM3.65 juta atau 3.65%
f) Kajian dan Penyelidikan – RM2.8 juta atau 3.1%
g) Pelaburan – RM1.6 juta atau 1.77%


Peruntukkan sektor Perbandaran:

a) Kerajaan Tempatan – RM2.2 juta atau 84.36%
b) Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Ketam – RM408,000 atau 15.64%


Hasil Keseluruhan Negeri Selangor bagi 2014 bernilai RM1.85 billion

(a) Hasil Cukai – RM587.6 juta atau 31.76%
(b) Hasil Bukan Cukai – RM1,066,592,873.00 atau 57.65%
(c) Terimaan Bukan Hasil – RM195,807,127.00 atau 10.58%


Setakat 31 Oktober 2013, Kumpulan Wang Disatukan Selangor atau rizab negeri dalam bentuk wang tunai dan aset pelaburan telah mencecah RM2,712.85 juta.


Rancangan penggunaan rizab berjumlah RM430 juta bagi enam inisiatif:

a) RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Kelang
b) RM100 juta bagi pembinaan rumah mampu milik
c) RM50 juta bagi pembinaan beberapa bangunan sekolah
d) RM50 juta bagi pembangunan usahawan dan pemberdayaan belia
e) RM50 juta bagi pembangunan desa
f) RM30juta bagi pemberdayaan wanita


Dicampur penggunaan rizab, Kerajaan Negeri diunjurkan akan membelanjakan RM2.28 billion secara keseluruhan bukan hanya RM1.85 bilion dengan pecahan seperti berikut:

(a) Perbelanjaan Mengurus – RM1,225.08 juta atau 53.7%
(b) Perbelanjaan Pembangunan – RM1,024.92 juta atau 46.3%


Teras I


Cadangan ditubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bebas:

a) Mengkaji struktur kos perolehan, perbekalan dan perkhidmatan
b) Mengawal dan kemudiannya mungkin memotong perbelanjaan tidak perlu atau bertindih
c) Menyelesaikan karenah birokrasi dan pebagai perkara lain berkaitan dengan kos dan perbelanjaan

Cadangan supaya dilakukan satu kajian terhadap konsep ‘participatory budgeting’.

Teras II


Inisiatif ‘Pejabat kepada Rakyat’

Kemudahan akses secara ‘online’

Program ‘Hari Bertemu Pelanggan’ di kawasan kejiranan


Mendigitalkan segala dokumentasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)


Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PBT:

a) Menubuhkan atau memerkasakan ‘Call Center’ berpusat.
b) Menjadi lebih fokus kepada inisiatif pencegahan dalam kerja-kerja penyelengaraan untuk mengelakkan kos tinggi
c) Memanfaatkan faedah ‘economies of scale’ seperti pembelian secara pukal antara PBT untuk mengurangkan kos
d) Menyemak semula kadar atau tarif lesen dan permit perniagaan yang nilainya tidak sepadan dengan pulangan komersil.
e) Menjamin pengurusan dan perancangan harta awam secara holistik dan komprehensif agar memberi manfaat kepada masyarakat setempat
f) Mengurangkan dan seterusnya membatalkan acara pelancaran dan penganugerahan di hotel-hotel mewah serta lawatan sambil belajar ke luar negara


GLC negeri, pembekal dan kontraktor diwajibkan menyertai program ‘Corporate Integrity Pledge’ dan menandatangani ‘Integrity Pact’ dengan pihak Transparency International Malaysia.


Menyokong dasar melindungi pemberi maklumat bagi kakitangan kerajaan, agensi dan GLC negeri dan menggalakkan laporan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang salahlaku kewangan atau amalan rasuah.


Langkah-langkah lanjutan bagi reformasi agensi dan GLC negeri:
a) Menubuhkan ‘unit pengurusan reformasi’
b) Menyemak semula struktur organisasi
c) Menyelaras prosedur niaga dengan ‘SOP’ dan Piagam Pelanggan yang jelas
d) Membatalkan semua ‘Power Of Attorney’ kepada pihak ketiga
e) Mengkaji semula sebarang perjanjian konsesi atau usahasama yang merugikan agensi dan GLC negeri
f) Menambahbaik proses perolehan dan perbekalan
g) Menyemak semula dasar mendapatkan khidmat perunding, agen atau sub-kontraktor


Penubuhan Jawatankuasa Penambahbaikan Pentadbiran, Agensi dan GLC Negeri untuk:

a) Menyemak aspek proses, prosedur, sistem dan modal insan jentera pentadbiran awam, agensi dan GLC negeri
b) Memantau segala aspek pelaksanaan dasar dan strategi seperti yang diputuskan
c) Menggariskan mekanisme kerjasama di antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak swasta


Teras III


Industri tumpuan baharu dalam strategi menarik minat pelabur pada masa hadapan terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian – industri E&E berteknologi tinggi berasaskan pengetahuan, teknologi hijau, farmaseutikal, penjagaaan kesihatan, peranti dan alat kelengkapan perubatan, logistic, pelancongan dan automotif


Negeri Selangor diunjurkan akan menerima seramai 6.5 juta dan 6.8 juta pelawat asing dan tempatan di samping meraih pendapatan sebanyak RM4.56 billion dan RM4.77 billion masing-masing bagi tahun 2014 dan 2015 sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tahun Melawat Selangor 2015.


Teras IV


Meneruskan kesinambungan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor


Memulakan pelaksanaan berperingkat tawaran Manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’


Memastikan kejayaan penstrukturan semula industri air di Selangor


Melaksanakan cadangan-cadangan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (SPTC)


Peruntukkan RM101 juta secara keseluruhan (Belanjawan 2014 dan penggunaan rizab) bagi agenda perumahan mampu milik berkualiti pada tahun 2014


Perbelanjaan pembangunan pendidikan bagi tahun 2014 sebanyak RM26 juta:

a) Bantuan kepada sekolah-sekolah agama, Cina dan Tamil – RM16 juta
b) Program pendidikan secara umum – RM5 juta
c) Program pendidikan tinggi – RM2 juta bagi
d) Program kemahiran teknikal – RM2 juta
e) Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang – RM1 juta


Menubuhkan Tabung Perubatan Khas Penyakit Kritikal (TPKPK)

a) Penilaian kelayakan akan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Sosial (JPS) di hospital-hospital awam terpilih
b) Bantuan kewangan akan disalurkan terus kepada pihak hospital melalui JPS


Teras V


Peruntukkan perbelanjaan sebanyak RM63.7 juta secara keseluruhan (Belanjawan 2014 dan penggunaan rizab) pembangunan usahawan, pemerkasaan belia dan sukan


Peruntukkan perbelanjaan sebanyak RM31.3 juta secara keseluruhan (Belanjawan 2014 dan penggunaan rizab) bagi agenda pemberdayaan wanita dan keluarga


Peruntukkan perbelanjaan sebanyak RM73.5 juta secara keseluruhan (Belanjawan 2014 dan penggunaan rizab) untuk pembangunan luar bandar:


RM45.12 juta dan RM1.15 juta disediakan untuk agenda perkhidmatan masyarakat dan program Kerajaan Prihatin termasuk peruntukkan bagi AMMKN, ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, ketua kampung, pengerusi JKKK dan ketua komuniti.


Peruntukkan sebanyak RM7.8 juta bagi pembangunan insane, hal-ehwal kepenggunaan dan program kebajikan terutamanya untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asal, golongan berpendapatan rendah dan golongan minority lain.


Peruntukan RM5.5 juta bagi agenda pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam termasuk peruntukkan bagi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor


Peruntukan sebanyak RM3.05 juta bagi program kebudayaan, kesenian dan warisan:

a) RM500,000 untuk aktiviti dan acara kebudayaan dan kesenian
b) RM2.55 juta bagi adat Melayu dan warisan semua kaum di Selangor


Disediakan oleh:


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

21 comments:

  1. Bajet sgor bertambah 50% lagi..gaji 1.hengget klaim elaun 15 juta klu naik 50%lgi elaun 30 juta...hnya sg buloh aje yg selamatkan elaun 15juta...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ada bukti sahih ke buat tuduhan macam haramjadah ?

      Delete
    2. Ko jumpa mak cik ko tu....bydak fekah tu....smpi skg nih ang non jubo ko tu tak saman dia..kku anak jubo nurul dulu tuduh dulu kemudisn mintsk maaf...babi tul.....

      Delete
    3. Gaji pokok RM1, elaun 15 juta tu fakta okey!

      Delete
  2. Omakkau usah terkejut berok....RIZAB SELANGOR RM3.2 BILLION YANG DIKUMPUL TSKI MULAI DI GUNAKAN MULAI TAHUN HADAPAN.....

    RM3.2billion yang disimpan oleh Khalid Ibrahim adalah bertujuan untuk membeli saham syarikat tertentu dalam negeri dan diluar negeri yang dia ada kepentingan didalamnya. Kemudian dia akan war-warkan pada rakyat Selangor bahawa kerajaan negeri beli saham untuk jangka masa pendek dan panjang.

    Omakkau kalau tak puas hati dengan pentadbiran Azmin Ali.... boleh buat aduan pada Sultan Selangor kerana sultan yang pilih Azmin, Wan Azizah pula yang melantik dan PKR,DAP dan PAS yang merestui nya.


    ReplyDelete
  3. anony 15:35,
    pasal tuduhan macam haramjadah tu, bukti dah berlambak. gaji singgit tapi klim 15 juta sudah didedahkan oleh faekah. kalau pendedahan faekah itu fitnah, aku rasa dah lama faekah kena saman 100 juta. bukankah hobi abang non ialah menyaman sesiapa yang susahkan dia sebanyak 100 juta. aku hanya tulis pasal kegemaran abang non menyaman je, kegemaran lain....hehehehehe., ko sendirilah senaraikan.

    ReplyDelete
  4. sebahagian besar jumlah tersbt ialah duit tiris yg masuk poket umno tp masa khalid dulu dan skg masa azmin pulak tak boleh buat mcm tu Jgn ingat ejen umno tak ada dlm pentadbiran PR Sgor Mcm Omakau lah ingat senang senang ke Azmin nak joli dgn duit tu sesuka hati sbb geng Khalid dan pemberi maklumat Omakau pun ada dlm pejabat Azmin

    Sbb tu Khalid tandatangan perjanjian dan pemimpin PR cuba halang tp Khalid berdegil dan meneruskan juga

    Bukan kah pembangunan juga salah satu bentuk pelaburan ? Tak kan nak biar Kajang banjir tiap tiap tahun ?

    ReplyDelete
  5. Betul ke bang non gaji seringgit elaun RM15,000 ? Boleh percaya kata-kata Faekah yang tak cukup kasih sayang ?

    Bagus juga tu. Gaji seringgit dan abang non cuma dapat RM15,001 saja setiap bulan. Kalau abang non bergaji seperti Faekah RM26,000 sebulan campur dengan RM15,000 sudah jadi.RM41,000. Lagi banyak kerajaan negeri terpaksa bayar.

    Biar pun abang buat tuntutan sehingga RM15,000 sebulan abang non tak mencuri dan tidak menipu... dia jual idea kreatif yang diperlukan oleh kerajaan negeri. Salah ke jual idea bernilai RM15,000 ?

    Cuba tanya Najib...dia bayar penasihat berbangsa yahudi APCO untuk dia jadi popular setiap sebulan berapa RM ?.

    Aku.sokong bang non he..he..he..

    ReplyDelete
  6. Sapa budak yg jenguk2 kat kamera tu masa najib bentangkan bajet tahun 2015-budak yg pakai baju melayu ungu-duduk belakang tiang jenguk2 muka nak masuk tvv

    ReplyDelete
  7. Harap faham dng bajet tadi....pikir betul2 jamgan trus sondol jer nk komen bangang...yg sllu sondol bontot ni anwar ibrahim jer.....sondol belakang lori pulak kapall sink

    ReplyDelete
  8. Kalau ada rizab 3 bilion tapi tqk pandai urus bagus tanya umngok, apa mereka buat rixab duit tak bertambah tanah rizab melayu makin berkurang.untung2 tanah wakaf kubur dan angin mereka tak juai.apa umngok buat sampai tiada rizab 1.5 bilion separuh dari rizqb pakatan.....ujung2 masuk jeriji besi.

    ReplyDelete
  9. sudah sudahlah tu Hanisya.. Khalid pun dah bukan ahli PKR.. Faekah pun dah keluar PKR.. buang lah sifat dendam mendendam tu.. kalau anda ingin bersama khalid atau faekah, buang saja baju PR yg anda pakai tu..kita jangan malangkaui sifat Allah yg tahu masa yg akan datang. Entah anda termasuk dari dukun buah kelapa yg tahu apa yg akan di lakukan Azmin pada masa depan. "JIKA INI DIAMBIL KIRA PENAMBAHAN SEBANYAK 50% BERMAKNA, PENAMBAHAN SEBAYAK LEBIH KURANG RM312,459,892 .. JIKA DITAMBAH MENJADIKAN UNTUK PEMBANGUNAN SAHAJA RM937,379,685 .. Kenapa anda tak campur pula dgn hasil negeri Selangor sebanyak hampir 2 Bilion setahun untuk tahun 2015.

    ReplyDelete
  10. omakkau ni dh morayan je

    ReplyDelete
  11. omakkau masuk umngok je. jd bloger umngok. serang le azmin puas2…pasti byk masyuk...haha

    ReplyDelete
  12. Heran betul pnyokong pmbangkang ni.. kononnye adil, anti rhsuah.. snggup pjam mata apa yg nua dh prnah buat.. video 99.9% tulen, 16 septmb, 30k bangla undi, elektrik trputus masa kira undi, jam omega, kpg buah pala, klim juta2, pemilihan parti paling cibai abad ni.. dh hancing pun hadam juga pnyokong2 depa ni, blum lagi dedah pmimpin pakatan lain punya peel... mmg hati gelap pekat betul... bertaubatlah

    ReplyDelete
  13. budaya berparty menjumudkan fikiran ummat melayu...

    hebatnya berparty.. aselepas 57 tahun... baru lagi tuuu, dah macam ini jadinya

    kalau seratus tahun???? agak2 dimana kah melayu?????

    tertipu hingga ke akhir hayat.. kasihan dan sedihnya


    parti-parti sudah jumud untuk ummat melayu.... ini cara divide and rule...

    devide is killing us bit by bit...

    marilah kita bersatu hati... masa pon dh makin uzur

    ReplyDelete
  14. Aku x brape brknan le dgn kata2.. apa nk jd mlayu, hasad le gaduh le.. kalu nk kata mlayu ni suka gaul bebas bandingkan dgn mat saleh @ mana2 bngsa lain lg dahsat... nk kata mlayu hasad, cer cuba tgok cina bla ada geng lain dpt lebih/kwsn luas berperang/bunuh ssama geng.. nk kata mlayu suka hedonisme, cer banding dgn bangsa lain pn lg dahsyat..

    ReplyDelete
  15. tu dia omakkau.. perangai sebenar gang pkr. asal tak sependapat jer dikata gang umno. inilah bahananya bila taksub babi buta pada anuwar dan pkr. harap omakkau nilailah sendiri. perjuangan yg dibina atas rasa hasad dengki, tamak serta pendendam. omakkau ygtegar dgn pkr pun dituduh agen umno

    ReplyDelete
  16. Baguih la belanja utk rakyat ..omakkau pun dpt...simpan byk2 bank guna..taun depan tambah la balik ..belanja dpt duit byk simarket batu ..simen..makcik juai ayaq...xemdoi..laksa.semua dpy..tau dak
    .apa la hang ni

    ReplyDelete
  17. SIMPLE SIDE INCOME.

    www.rezekijiadi.blogspot.com

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...