Saturday 18 October 2014

PROJEK SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) YANG MENELAN BELANJA RM700 JUTA AKHIRNYA MENJADI "GAJAH PUTIH".



Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir RM1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.

"AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.

"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.

Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.

Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.

Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya juga mengatakan terdapat 10 kamera tetap dan empat kamera AES bergerak beroperasi di 14 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.

Di bawah sistem itu, gambar-gambar dan imej video kenderaan melanggar peraturan lalu lintas diambil sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

Masalah timbul kerana polis meneruskan penguatkuasaannya terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju selari dengan AES yang diswastakan, menyebabkan pengguna jalan raya mengeluh disaman dua kali.

Segelintir mencabar saman yang diterima di bawah sistem AES di mahkamah, yang membawa kepada pembekuan Peguam Negara.

Ismail berkata, jika pesalah trafik yang disaman tidak mahu membayar samannya, tiada apa yang boleh dilakukan JPJ.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa selain terus mendesak mereka membayar. Tetapi jika tidak, kita tidak boleh memaksa mereka atau berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan Peguam Negara," katanya, sambil menambah JPJ masih boleh menyenarai hitam pemilik kenderaan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan AES.

"Kami bersedia pada bila-bila masa untuk senarai hitam jika AG beri lampu hijau. Tetapi sudah tentu, akan ada tempoh notis bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun mereka sebelum disenarai hitamkan."

JPJ sebelum ini berjanji memasang sejumlah 831 kamera untuk menangkap pemandu laju bagi mencegah kematian di jalan raya sebagai sebahagian fasa perintis projek AES yang dilaksanakan pada bulan September 2012.

Namun tiga bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara memerintahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman yang dikeluarkan di bawah AES dihentikan untuk membolehkan kajian terhadap isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan kemarahan orang ramai.

Prospek pemandu berhadapan dua denda selepas polis yang menguatkuasakan undang-undang pemanduan laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap laju mudah alih berhampiran kamera AES.

Pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan.

Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan berpecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.

Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.

Pakatan Rakyat mendakwa syarikat-syarikat ini ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya.

Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.

Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap.

6 comments:

  1. Malaysia kaya raya setakat 700 juta ape ade bende, lg pun bukan duit mak bapak aku, yg penting %....masyuuuk....

    ReplyDelete
  2. satu barua kaya raya , juta juta jadi papa kedana.....

    ReplyDelete
  3. Ahmad Maslan kata golongan kaya tak perlu dicukaikan banyak2 nanti mereka lari ke luar negara...golongan mana bodoh undi mamat ni??? Bengong + bahlol......esok dapat brim pangkah lagi selamanya jadi mangsa buli hipokrit dan munafik pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cukai sekarang sangat bagus dan sesuai utk golongan kaya, tidak pula orang kaya datang berduyun2 masok dan tinggal di malaysia.agaknya puak umngok golongan kaya maksud mat banggang tuh.

      Delete
  4. Kt mlysia cukai dikenakn utk gol miskin shja. Gol kaya & kroni2 mnteri mna diknakan cukai sbb itu ia trus mnjadi resia..x blh didedahkn

    ReplyDelete
  5. SYAITAN2 DI GEDUNG-GEDUNG PEMERINTAH..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...