Thursday 30 October 2014

PRESIDEN PasMa SEDAR DIRINYA TIDAK LAYAK GANTI DSAI SEBAGAI PEMIMPIN ULUNG PAKATAN RAKYAT.



ALOR SETAR - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diminta menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai PR jika Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan kes liwatnya pada perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan sekarang.

Itulah mesej yang disampaikan menerusi Facebook bawah profil yang dinamakan sebagai Pasma Terengganu.

Menurut kenyataan yang dipaparkan bermula 23 Oktober lalu, 'sekiranya pada 28 Oktober ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, kami tanpa ragu-ragu memilih Datuk Phahrolrazi sebagai ketua kepada PR bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat'.

Gambar Phahrolrazi turut sama dipaparkan bersama kenyataan berkenaan.

Selain Facebook, 'print screen' kenyataan itu disebarkan secara meluas menerusi Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain.

Perkembangan itu ternyata menambah kejutan besar dalam Pas yang pada masa ini sedang dicengkam isu larangan Majlis Syura Ulama terhadap ahli parti itu daripada menyertai Pasma.

Ini berikutan dakwaan bahawa program ceramah Pasma yang mengaku hanya mahu bergiat sebagai NGO untuk mengekalkan hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam PR sebaliknya diisi dengan kecaman terhadap pemimpin utama parti itu, terutama Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, buku Inside Story: Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah tulisan Mohd Sayuti Omar yang menempelak kepimpinan Pas juga diedarkan dalam program anjuran Pasma.

Senario ini menambah lagi kelam kabut dalam Pas yang sedang berdepan dengan isu perpecahan paling teruk dalam sejarah, terutama apabila kenyataan mereka yang mendakwa diri sebagai 'Pasma Terengganu' mahu mengangkat Phahrolrazi menggantikan Anwar seolah-olah menafikan Abdul Hadi sebagai ketua rasmi parti sejak sekian lama.

Apa lagi ia dibuat oleh pihak yang mengaku senegeri dengan Presiden Pas.

Phahrolrazi ketika ditanya Sinar Harian semalam, pantas menafikan itu kenyataan rasmi Pasma Terengganu.

"Saya yakin itu dibuat oleh individu, pandangan peribadi. Bukan kenyataan rasmi Pasma Terengganu. Ada juga kemungkinan ini perbuatan sabotaj pihak tertentu. Jangan kaitkan Pasma dengan parti politik," tegasnya.


Tambah Phahrolrazi lagi, Pasma mampu berdiri sendiri sebagai NGO dan tidak mempunyai pendirian politik, sebaliknya berperanan sebagai wadah untuk penyokong PR menyuarakan pandangan.

Mengulas mengenai namanya dibangkitkan sebagai pengganti Anwar, Phahrolrazi berkata, jawatan itu terlalu besar untuk dirinya, selain menyifatkan mengetuai Pasma sudah memadai.

“Pemimpin yang bakal menggantikan Anwar mestilah daripada  kalangan pemimpin paling kanan atau berpengaruh dalam PR. Perkara itu hanya layak dibincangkan dalam jawatankuasa tertinggi Majlis Presiden PR,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan kenyataan itu direka pihak tertentu untuk melaga-lagakan pimpinan dalam PR, khususnya Pas-PKR, Phahrolrazi berkata, tidak mustahil ia dakyah untuk menjejaskan kesepakatan dalam PR.

“Saya tak tolak kemungkinan ada pihak sengaja mahu laga-lagakan pimpinan PR, kerana pihak yang mahu melihat parti ini bertelagah sesama sendiri sentiasa ada, cuma pemimpin perlu waspada elak terperangkap,” katanya.

Menurutnya, perkara yang dibangkitkan menerusi laman sosial khususnya, tidak perlu diambil serius.

6 comments:

  1. Omakkau pula boleh menggantikan Umi Hafilda sebagai proksi PR...... Nama mu dikenang sebagai kelentit meroyan dengan Khalid Brahim. Jangan lupa sediakan cuka getah sekiranya mahu muka Omakkau lebih cantik dan cun melecun....

    ReplyDelete
  2. Dia ada 2

    PAS
    Sebahagian dari PR. Rakan PKR. Kadang2 setuju dan kadang2 tak setuju dgn Anwar

    PASMA
    PASMA (PAS MAHU ANWAR) - Uiiiiii ini kaki bodek Mat Matang ni. Mungkin ditaja oleh gang Kajang Move)

    Aduhai PASMA Clan Segam-boot dan macai Kajang move ditolak oleh ahli PKR fraksi reformist, lagi mau bodek mat mat sadat.

    Anwar is paper lama (Cerita banyak, isi kurang). Bukan kita tak kesian kat paper lama ni. Tapi nampak sangat semua cerita keadilan untuk dia. Rakyat mana, Kg Chubadak, Harga getah dll. Kesian nasib dia, tapi marah kat kaki torak mohong kuat ni. Termasuklah Mama Kipas remote control dan Minah (I went to touch dog programme)

    Sudah2 la PASMA, lebih baik kamu lepak dgn reformist sejati macam YB Azmin

    YB Azmin, Bila kamu jadi presiden nanti, kamu nyahkan gang2 Kajang Move ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui ... jng jadi macam anuar tu...jenis tak sabar... tak sabar tunggu mahadir letak jawatan nak jadi PM dah...akhirnya dia sendiri lingkup...
      ni yg sekoq lagi PASMAAAAAA pa benda ni.... dok gila jawatan dan perasan sorang2.... jenis tak sabar juga...tunggu le hj hadi pencen dn letak jawatan.... yg kau sebok2 sekarang buat ape.

      Delete
  3. Apa berangan tingi sgt ni...pasai merajuk ja dah angan tingi sgt...takut tak sampai hajat merana badan...nanti ramai ahli pasma menangis teresak2 pasai bos tak capai hajat....Hehehe tak jauh pun kola kedah dgn rumah ketua pasma...pi le jengok2 kola.. kot2 nampak bayang anjin... kalau tak nampak bayang seniri terjun dlm kola bg pasuakn penyelamat pakat dok cari...hehe...lebih baik tak dak dari ada...

    ReplyDelete
  4. Ini kerja jahat pihak lawan, ingat selagi Pekatan Rakyat tak berpecah sekali itu mereka nak menporak peranda. Isu Pasma isuue kecil tapi di besar besar oleh lawan.Pihak lawan memang lah tak boleh di percayai sebab itu seboleh boleh nak DSAI jatuh.Kalau komen dengan bahasa kotor dan lucah ingat kamu nak jawab depan Allah SWT sebab kalau hati dah banyak tompok hitam tak bersih, itu lah salah satu penyaki rohani.Tak ada doktor boleh rawat cuma taubat, minta maaf pada Allah SWT juga pada yang di maki, jangan diulangi tekad tak buat lagi dan terus jangan meninggal sholat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...