Wednesday 8 October 2014

KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR PROTES HARGA MINYAK DAN BANTAH GST DEKAT PARLIMEN PAGI INI.


Kira-kira 100 orang berhimpun di depan bangunan Parlimen untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan.

Demonstrasi PROTES itu disertai antaranya Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk bangunan itu.

Terdapat di antara peserta memakai baju berwarna merah sambil melaungkan "bantah GST", "Mansuh GST" dan "Kadar miskin tegar bertambah".

Seramai tujuh orang wakil dibenarkan masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikkan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.20 baru-baru ini.

MANA AMK YANG SELAMA INI DOK MENJERIT TERLOLONG TERLALAK MENDABIK DADA AKAN PERJUANGKAN NASIB RAKYAT TERTINDAS .. MANA PERGI BUDAK-BUDAK DAP????? CAKAP BERJUANG UNTUK KEADILAN DAN KESAKSAMAAN ... MENGAPA TIDAK NAMPAK BATANG HIDUNG DAN BAYANG PAGI TADI???? ..

KALAU PAS TIDAK PERGI GERENTI DILABEL SEBAGAI SUDAH BERSEKONGKOL DENGAN UMNO .. SEKARANG AMK DAN DAPSY KIRA NAK LABEL APA PULA?????

6 comments:

  1. Protes macam mana sekalipun BN akan membutakan mata serta mentulikan telingga...nilai 20 sen itu tiada nilai bagi menteri BN walaupun ia besar bagi rakyat..dalam pru 13 ...47% rakyat msia telah memilih untuk terus pikul biawak hidup hidup dan 53% lagi rakyat telah memilih harimau sarkas yang kuat mengaum namun akhirnya sibuk bercakaran sesama kawan demi kuasa...yang untung ialah pemimpin...yang rugi rakyat sendiri....politik hanya membazir masa dan wang... ...kalau tidak mampu mengubah angin..kita boleh membetulkan layarnya keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dan pkr kata. Ada aku kesah?.

      Delete
  2. Mana parti hamPAS? Ni sibuk buat u-turn kat parlimen kaa

    ReplyDelete
  3. Dap dan pkr parti orang kaya. Depa tak heran naik 20 sen. Cuma pas aje yang bising. Sebab nak tunjuk maseh relevan.
    Kalau tidak tunjuk nanti ke tendang dari pr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut ler kaya hingga ibupejabat pun nak dilelong bank.kwang.kwang.kwang.

      Delete
  4. yg tak releven pati umno luu..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...