Wednesday 15 October 2014

KETUA WANITA PKR KENA BIDAS DI PARLIMEN ATAS TUDUHAN PERMATA SEBAGAI PROGRAM JALAN PINTAS GOLONGAN ORANG-ORANG BERADA.



Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disifatkan seorang pemimpin PKR hari ini sebagai program "shortcut" golongan berada di mana hanya kanak-kanak keluarga kaya diambil menyertai program itu.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata ia satu diskriminasi terhadap kanak-kanak dari keluarga miskin.

"Bagaimana dengan nasib anak-anak yang miskin?" tanya ketua Wanita PKR itu pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini, sambil memberi contoh kumpulan muzik kanak-kanak Permata.

"Kalau betul Permata ini untuk pendidikan kanak-kanak, bantulah anak orang miskin di Sabah," katanya mencelah ucapan ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sedang berbahas.

Shamsul di dalam ucapannya menyentuh tentang kepentingan program Permata dan mempertahankan peruntukan kewangan yang disalurkan kepadanya dalam Bajet 2015.

Kenyataan Zuraida itu dibidas Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Zuraida tidak mendiskriminasi kanak-kanak.

"Mana boleh kita diskriminasi kanak-kanak itu kaya atau miskin. Kanak-kanak tetap kanak-kanak," kata ahli Parlimen Pengerang itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini menafikan Rosmah menerima RM711 juta untuk Program Permata Negara.

Sebaliknya, jumlah peruntukan itu adalah angka keseluruhan peruntukan bagi pendidikan pra-sekolah, katanya.

"Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan," kata Ahmad.

Permata ditubuhkan pada 2007 sebagai program asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak berbakat di bawah umur 4 tahun.

7 comments:

  1. Menteri semo dh hidup mewah..dh xtau nk bezakan gol kaya atau gol miskin

    ReplyDelete
  2. aku ni bukan suka sgt BN. tp terlampau la jugak kalo bilang program Permata ni hanya utk anak org kaya. ko p sana tgk sekolah PDK yg utk OKU tu. ko tgk org aya ke yg ramai. kalo ckp jgn sebarang . aku berckp pasal aku antar ank aku kat sana dan aku bukan org kaya.

    ReplyDelete
  3. Kalau setakat kena bidas tu pekara biasa saja dalam parlimen sarkas...masing-masing dengan hujah kalau tak ada hujah mereka akan jerit macam orang gila.

    Apa hebatnya orang membidas ? Dia pertahankan pekara yang rakyat tak paham dan benci mendengarnya.

    Apa itu PERMATA. Apa hasil nya ?

    ReplyDelete
  4. 1. oooo ada jugak peruntukan tadika untuk anak orang kaya ye? Peruntukan kanak2 miskin ado? Banyak mane? Mana lebih banyak? Utk kanak2 miskin ker utk kanak2 kayu??

    2. Dalam bajet jelas RM711 itu utk program permata. Faham tak "Utk Program Permata".....Kalu utk semua tadika, kenapa tak sebut "bajet untuk pendidikan awal" sahaja atau "bajet untuk tadika" sahaja. Kenapa dalam bajet mesti sebut perkataan "permata". Kenapa? Kenapa jadi macam ni wahai ahmad maslan?
    Lain kali sebut dalam bajet biar kasi terang2. Kalu tak terang, itu duit boleh hilang!!

    3. Duit tu ada kena audit tak??
    Duit kejaan kalu pakai kenalah buat audit...
    Lainlah kalau duit tu duit bapakkkk ko punya..

    ReplyDelete
  5. Amat mazlan... betoi ker orang tadika permata tu cakap? nak buat program pun kena mintak derma....Kalau betoi, jawab soalan kedua. Kenapa mintak derma, kenapa tak mintak kat permata?

    ReplyDelete
  6. Bila hangpa sebut mat maslan..berderau darah aku..mmg meluat gila babi kt pukimak tu anak haram tu...mentri paling puki makk..hak tuihhh...mapoih lg senang..ckp smua sakitkan ati rkyt malaysia...igt rkyt bangang mcm dia ngan keturunan dia la?..ckp mcm dia la mnteri paling bijak..bebal betui...mcm nak sepak kepala ja kt mamat mangkoj ayon tu..

    ReplyDelete
  7. korang nie yang kutuk2 program permata nie ada antar anak korang ke kat tadika dibawah program permata... ada baca ke syarat2 nyer...?
    Kan senang dengan sebut "Program PERMATA" iaitu maknanya secara menyeluruh menyediakan infra, penyediaan pendidik yang bertauliah, makanan, kesihatan, keselamatan dan program2 pendidikan yg sesuai (sihat/oku/autisme) diseluruh Negara..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...