Sunday 19 October 2014

KEMALANGAN NGERI MELIBATKAN 3 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI ... DUA MAUT SALAH SEORANGNYA RENTUNG DAN SEORANG CEDERA PARAH.



Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.

Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang.

Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan.



8 comments:

  1. Untuk rekod, ujarnya ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 perbarrel.

    Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 perbarrel.

    Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 perbarrel.

    Fadhli berkata, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 perbarrel.

    Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.

    ReplyDelete
  2. Dah sampai ajal
    Sesaat pun tak dapat ditangguhkan
    Alfatihah

    ReplyDelete
  3. kesian anak bini saja...

    ReplyDelete
  4. salam,
    tahziah! kemalangan motorsikal besar begini biasanya penunggang baru atau belum cukup pengalaman teknik menunggang . bila satu antaranya terjatuh terus melanggar yg lain sebab biasanya group running maka sebab itu lima buah motorsikal dalam kemalangan ini.

    ReplyDelete
  5. Saya perhatikan kumpulan motor besar ni sering bermaharajalela di jalanraya terutamanya highway.. martial yg tiada apa2 kuasa dari sudut perundangan mengawal lalu lintas sesuka hati.. merbahayakan diri dan org lain.. dah la tak bayar tol..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...