Wednesday 1 October 2014

INILAH WAJAH INDIVIDU YANG DIKATAKAN OLEH LIM GUAN ENG TERLIBAT DALAM KES PENIPUAN JONGKONG EMAS BERNILAI RM4 JUTA.



GEORGE TOWN: Lapan belas laporan polis diterima berhubung penipuan melibatkan kes jongkong emas bernilai RM4 juta di negeri ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Kertas siasatan kes itu 70 peratus lengkap dan setakat ini kami telah mengambil keterangan daripada 12 individu," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini, Isnin, Abdul Rahim berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang mengesan beberapa lagi mangsa untuk diambil keterangan.

Beliau ditemui selepas majlis penghargaan kepada seorang pengawal keselamatan, Mohd Najib Ahmad, 30, yang menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Sungai Dua di sini, 28 Ogos lepas.

Pada Ahad, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang akhbarnya meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang didakwa menjalankan urusan jual beli jongkong emas kepada sekumpulan individu dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Abdul Rahim berkata, polis merampas 100 keping cek yang dipercayai digunakan untuk urusan jual beli jongkong emas itu.

"Kami tidak pernah tutup kes ini sebaliknya masih meneruskan siasatan dan untuk pengetahuan semua siasatan jenayah komersial tidak sama dengan kes jenayah biasa kerana polis perlu lengkapkan kertas siasatan untuk sebarang tindakan lanjut iaitu sama ada dia (suspek) ditahan atau terus didakwa," katanya.

Individu suspek utama kes penipuan jongkong emas RM4 juta ini adalah antara penjenayah yang dituduh di Mahkamah Majistret Pulau Pinang baru-baru ini atas kesalahan menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

PULAU PINANG 15 Sept. - Selepas lebih empat bulan menghilangkan diri, seorang lagi tertuduh kes pencerobohan Dewan Undangan Negeri(DUN) Pulau Pinang, Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Wan Norazman Ariffin, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama-sama 15 lagi lelaki yang te- lah dituduh sebelum ini menceroboh DUN tersebut pada kira-kira pukul 1.30 petang, 21 Mei lalu dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M. Maheswari.

Pendakwaan terhadap ahli perniagaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau ke- dua-duanya.

6 comments:

  1. Kj gereja bising bila sample air kencing disimpan selama 16jam..tp bila umnu dan penasihatnya apco yahudi simpan Dna dalam lubang ekzos saipol baru kari selama 3 hari ber,turut2 dia tak bising pulak.heee

    ReplyDelete
  2. Hohohaha yg xmndi xberak xsembahyang selama 3hari tu ke?

    ReplyDelete
  3. Ini kes beli emas hasil rompakan atau seludup sbb murah dr harga pasaran
    Mcm mana polis kata kes komersial sdgkan polis sdg mengesan beberapa lg mangsa utk di ambil keterangan ?


    ReplyDelete
  4. muka pun macam lahanat memang sesuai dalam kelompok puak tuuuttt.....

    ReplyDelete
  5. Polis kena londeh kan ilmu kebal Mamat ini kalsu tidak dia akan terlepas daripada semua pertuduhan yg dikenakan terhadapnya. Berani ke Polis gi jumpa Tok Guru Ilmu Kebal Mamat ini silap jumpa pegawai itu yg kena. Lokasi Tok Guru Mamat ini sering berada di Putra Jaya dan dimana mana juga Mahkamah di Malaysia.Biasa lah Mamat UMNO ini di jamin memiliki kekebalan kalau tak kebal dah lama Polis tangkap dan dakwa mamat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg 30 peratus lagi tu yg belum di selesaikan lg

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...