Friday 3 October 2014

ENAM WAKIL RAKYAT PKR DI KETUAI RAFIZI RAMLI AKAN KE AUSTRALIA UNTUK "MENGHASUT" PARA PELAJAR, AHLI AKADEMIK DAN PEGAWAI KERAJAAN AUSTRALIA TENTANG AKTA HASUTAN 1948.



Enam Wakil Rakyat PKR akan membawa bantahan mereka terhadap siri tangkapan mengikut Akta Hasutan Putrajaya ke lima bandar di Australia bulan ini, ketika kerajaan kedua-dua negara menjalin hubungan erat ekoran dua tragedi berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney dari 17 hingga 23 Oktober.

"Sebahagian daripada perjalanan kami adalah untuk mengetengahkan tindakan keras akta ini dan memaklumkan kepada mereka tentang ekonomi Malaysia," Rafizi berkata.

Delegasinya termasuk Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya) dan dua Adun – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Selangor dan Adun Semambu Pahang Lee Chean Chung.

Mereka akan bertemu pelajar Malaysia, ahli akademik, pegawai kerajaan Australia dan ahli Parlimen, termasuk Senator Bebas Nick Xenophon, yang merupakan rakan rapat Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia dan Australia bekerjasama secara rapat sejak kehilangan MH370 pada Mac, dengan Australia kini mengetuai pencarian antarabangsa di Selatan Lautan Hindi. Terdapat enam warga Australia dalam penerbangan itu.

4 comments:

  1. Inilah jenis kera2 lutong. Bila harga minyak naik, yang bising adalah PAS dan DAP. PKR senyap. Balik2 isu yang tak penting disebut2. Woiiiiii Rafzi, balik la wooooooooooiiiii. At least DAP dan PAS hingaq. Rafizi senyap?????? Kadang2 orang perasan cerodik ni lagi bingai dari orang buta huruf

    Boy Ulu Yam
    Reformasi mesti bermula dalam Parti

    ReplyDelete
  2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika awal projek ‘Langkah Kajang’ dilancarkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran MB Selangor sebagaimana dilaporkan oleh portal Malaysian Insider bertarikh 27 Januari 2014 tetapi yang berlaku adalah sebaliknya? Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan PR?

    ReplyDelete
  3. Tak tau politik tak yaj sembang dan ulas lah buang masa dan buang karen je.Pi main juah jauh.

    ReplyDelete
  4. Duit dah banyak.. Boleh ls melancong...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...