Saturday 4 October 2014

BEKAS BENDAHARI AGUNG PERTAMA KEADILAN, RAMLI IBRAHIM MENINGGAL DUNIA.


Bekas Bendahari Agung pertama Parti Keadilan Nasional (PKN) merangkap bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Ramli Ibrahim 70 tahun, meninggal dunia hari ini.

Beliau juga merupakan mantan Presiden PKPIM sekitar awal 70an kemudiannya aktif dalam ABIM dan pernah berkhidmat dengan Institut Teknologi Mara.

Menjadi ahli parlimen Kota Bharu pada PRU ke-10 tahun 1999 sehingga tahun 2004.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke Kelantan untuk disemadikan.

KEADILAN seluruhnya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham atas kembalinya Allahyarham ke pangkuan Ilahi.

Moga Allah SWT merahmati segala usaha bakti Allahyarham dalam perjuangan serta dakwah Allahyarham selama menumpahkan khidmat bakti bersama PKPIM, ABIM dan KEADILAN.

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat Sang Pencipta dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Alfatihah.

19 comments:

  1. Diharap Anuar tak lupa jasa beliau. Pi melawat la nuar oiiiio. Jgn poyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan keluarga dikejutkan dengan berita pemergian sahabat lama Ustaz Ramli Ibrahim ke rahmatuLlah pagi tadi.

      Allahyarham sahabat seperjuangan saya sekian lamanya. Merupakan mantan Presiden PKPIM, kemudiannya aktif dalam ABIM tatkala saya ditahan di bawah akta zalim ISA era 70-an. Allahyarham dulunya berkhidmat dengan Institut Teknologi MARA, pada era reformasi 1998 beliau membantu KEADILAN selaku Bendahari Agung yang pertama dan berjaya membawa suara rakyat melalui KEADILAN ke Dewan Rakyat melalui pasukan 5 ahli parlimen pertama KEADILAN apabila memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu.

      Saya dan Azizah berusaha bergegas ke Sungai Buloh untuk memberikan penghormatan akhir pada Allahyarham tetapi sayang sekali jenazah telah berlepas ke Kelantan untuk disemadikan.

      KEADILAN seluruhnya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham atas kembalinya Allahyarham ke pangkuan Ilahi. Moga Allah SWT merahmati segala usaha bakti Allahyarham dalam perjuangan serta dakwah Allahyarham selama menumpahkan khidmat bakti bersama PKPIM, ABIM dan KEADILAN. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat Sang Pencipta.

      Al-Fatihah.

      ANWAR IBRAHIM

      Delete
    2. Orang jujur macam ni yg patut DSAI dengar bukannya pencacai pakar pandan mari. Kalau DSAI cari nasihat orang balik macam arwah,PR tak pecah macam seksrang.

      Al fatihah bagi ustsz

      Delete
  2. Alfatihah.

    Seronok mengenang perjuangan pkr sewaktu awal penubuhannya. Waktu itu perjuangan masih tulus dan ikhlas. Tiada cantas-nencantas. Seronok walaupun pernah berhujan air asid di belakang masjid negara sekitar tahun 1998. Bertempiaran di jln raja alang bila dihambat fru.

    Kini semuanya tinggal kenangan. Apabila muka2 baru masuk, menguasai pentadbiran pkr, satu demi satu kian dilupai. Pangkat dan jawatan jadi taruhan hingga org bawahan jadi rimas dan lemas.

    Sebelum pru 13 hingga selepas itu, kepimpinan kian meruncing. Cantas mencantas utk meloloskan diri naik ke atas jadi mainan hingga wujud team x dan team y. Org asal bawahan spt kami makin terpinga2 dgn permainan org atas. Semangat setiakawan mulai luntur satu persatu. Yg di atas sibuk menjual maruah dan harga diri dan menukarnya dgn Wang ringgit. Bibit perpecahan kian membesar menjadi retak menanti belah.

    Dan kini........segala2nya cuma tinggal kenangan sedangkan kami yg dulunya muda sudah semakin tua. Cahaya keadilan yg kami perjuangkan dulu kian semakin pudar sama seperti pudarnya semangat kami akibat permainan pemimpin di puncak atas.

    Kelihatannya, kegagalan yg kami bimbangi semakin dekat menghampiri......

    ReplyDelete
  3. Al fatihah.

    Tahun 98-99 baru masuk matrix. Darah tgh panas. Tiap2 mggu turun. Dulu di bawah ust fadhil noor mmg melayu banyak untung. Tapi sekarang di bawah dsai, kapir bnyk untung.malas ah.

    Budak-budak rafie abd malek

    ReplyDelete
  4. Masalah dgn Anwar dia dengar sangat gang2 pembodek. Mula dengar cakap rakan2 setiamu macam arwah Ustaz Dan dr badrul amin

    ReplyDelete
  5. bnyk yg merepet bodoh je ni...org tengh brsedih,kau lain pl...x otak pnya olang!

    ReplyDelete
  6. AL FATIHAH...

    PENDAPATAN SAMPINGAN BUAT RAKYAT MARHAEN..
    MOGA2 BERMANFAAT..IN SYAA ALLAH..

    www.needjiadi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong buat laporan polis ke atas blog ni. Cubaan menipu guna nama Allah.

      Delete
    2. Alahai...ko ni..buka la minda..nak masuk 2015 dah..buang la perangai melayu HAPRAK ko tu..berubahla..maju ke depan la der..be innovative be creative..alaaaa..sedih.. www.rezekijiadi.blogspot.com


      www.rezekijiadi.blogspot.com

      Delete
    3. MO penipuan blog ini.

      1. Mint nama dan no akauan bank anda.
      2. Minta anda wang.
      3. Tak ada sebarang pertukaran produk dan servis.
      4. Pihak yang menganjur merahsiakan identiti dan lokasi pejabat urusan.

      Hati-hati!

      Perniagaan melibatkan wang tanpa produk dan servis yang dilarang bank negara. Sila buat laporan polis. Sebelum tertipu.

      Delete
  7. DSAI patut berhenti dengar hasutan kajang move Dan juak2. Dengar nasihat orang balik macam arwah. Salah dengar nasihat lebih Dari 2 dijawab 1.

    Al fatihah bagi Ustaz tokoh yg bersama reformasi kebenaran Dan bukan reformasi kebendaan yg dipelopori oleh gang kajang move

    ReplyDelete
  8. Al fatihah buat Ustz ramli, semoga rohnya ditempatkn dikalangan org yg beriman....miss u ayah long- AjpendekarLaut

    ReplyDelete
  9. Alfatihah.
    Semogs Allah melimpahkn belas kasihNya kpd allahyarham.
    Amiin.

    ReplyDelete
  10. PKR ada nak release dossier dia?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. As salam cai bn.minyak naik apa citer.sebelum pru najib cakap minyak tak akan di naikkan.nyesal undi bn.kene kencing aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kau je, 1Malaysia dia kencing ... macai umno/bn kena jugak tp dia org tahan bau hancing kencing najib siap tadah lagi ... kah kah kah

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...