Thursday 16 October 2014

ADAKAH HARGA RON95 DAN DIESEL AKAN TURUN DALAM MASA TERDEKAT INI MEMANDANGKAN HARGA MINYAK MENTAH DUNIA TERUS JATUH?????


Hari itu, semasa dinaikkan harga Petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter harga minyak mentah dunia menurun.

Kali ini terus menurun lagi ke paras yang terendah ... Jika diikut cara kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan Diesel sebayak 20 sen seliter pada tengah malam 2hb Oktober 2014 yang lalu .... Adakah harga minyak petrol dan diesel yang akan naik?????

Puak-puak ini bukannya boleh buat kira .. ketika harga minyak mentah global dan dunia turun masa itulah dinaikkan dinegara ini .... Sebab itu rakyat berhak bertanya.


NEW YORK: Harga minyak mentah dunia jatuh lagi pada Rabu di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan perkembangan ekonomi dunia yang perlahan sekaligus mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar itu dan wujudnya lebihan di pasaran.

Petunjuk harga Amerika Syarikat  West Texas Intermediate  menyaksikan kejatuhan 6 sen kepada USD81.78 (RM267.40) setong untuk bulan November dalam dagangan di New York Mercantile Exchange, paras terendah sejak Jun 2012.

Petunjuk harga minyak Eropah, Brent menyaksikan kejatuhan USD1.22 (RM3.90) kepada USD83.78 (RM268) setong dalam dagangan di London.

Kerugian dilihat rendah berbanding hari sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan hampir lima peratus selepas Agensi Tenaga Antarabangsa mengubah unjuran permintaan minyak dunia.

Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun.

Sejak beberapa hari lalu, harga minyak dunia menyaksikan aliran menurun selepas negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China dan negara-negara Eropah mengubah unjuran pertumbuhan kepada paras lebih rendah.

Ia diburukkan lagi dengan berita negara pengeluar minyak Arab Saudi dan OPEC melahirkan pendirian tidak akan menyekat pengeluaran meskipun harga minyak jatuh.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

11 comments:

  1. Omakkau..nak tnya nih.. Kau dulu dpt projek byk sgt ker ngn TSKI?? Dulu bodek puji sampai tinggi gunung.. Tp skang mcm2 kau bagi gelaran kat azmin ali.. Kau dah xdpt projek cam dulu ker??.. Erm.. Aku ramal tak lama kau dgn PKR..mesti masuk umno lps nih.. Hahaha ksian tul.. Tempat bgantung dah patah.. Nak bgntung kat tmpt baru org xsuka.. Mula lah dia bising..

    ReplyDelete
  2. Omak kau masih single ke
    saja tanya

    ReplyDelete
  3. Yg turun air hujan je ....

    ReplyDelete
  4. Turun harga minyak, umno akan canang satu negara Kerajaan prihatin...konon!

    ReplyDelete
  5. Lepas ni harga minyak akan terus nai sebab harga minyak mentah turun, kerajaan kurang hasil dari minyak mentah. Apa pun rakyat didahulukan - kena pancung.
    Minyak mentah naik- minyak petrol & diesel naik.
    Minyak mentah turun- najib buat bodoh, silap2 naik lagi.
    1Malaysia dibodohkan najib.

    Apakah negara akan bangkrup di bawah najib kita akan saksikan.................

    ReplyDelete
  6. Najib naikkn hrga minyak bukan ikut turun naik harga minyak dunia. Dia naikkan sbb umno/bn dh x de duit ...dh biasa berbelanja sakan, bila dh x de duit kita rakyat lh jd mangsa....binawe!

    ReplyDelete
  7. wlupn hrga myk dunia turn spi kelntai.mlysia xkn turnkn hrga sb utk mgimbangi hrga brg yg ln dn myk nik brerti cukai nik kta bg blk pd rkyt utk plbgai pmbgunan serta brim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenaikan harga minyak merupakan punca kerajaan tak dapat mengimbangi / mengawal kenaikan harga barangan kenaikan cukai pula adalah untuk mengimbangi perbelanjaan kerajaan yang boros banyak projek yang tidak perlu tetapi diujudkan contoh IPP...berbilion setahun habis disitu!!!

      Delete
  8. Nisbah kejatuhannya ialah 6 cents untuk $80.

    Jadi jika anda mengisi sebanyak RM25, anda harus meminta balik RM0.02 dp stesen minyak tersebut.

    ReplyDelete
  9. salam,
    negara malaysia umno yg punya!!
    maka harga minyak ikut harga umno.
    harga minyak dunia biar negara lain yg ikut.
    kalau harga minyak dunia naik tinggi baru umno ikut sebab dah naik tinggi.
    maka kena ikut harga umno bukan harga dunia harap maklum.

    ReplyDelete
  10. Masih ingat lagi kata Mamak Kutty "Kalau nak harga rendah cam luar negeri, boleh lah kat luar negeri..........."

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...