Monday 15 September 2014

TSKI SAHUT DESAKAN AGAR ISI KANDUNGAN TERPERINCI PERJANJIAN AIR DIDEDAHKAN.



Tidak sampai satu hari desakan dibuat maka hari ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang medianya berjanji akan mendedahkan kepada umum perjanjian air dengan kerajaan persekutuan secara terperinci untuk tatapan dan penilaian rakyat.

"Kita akan dedahkan kandungan perjanjian air supaya rakyat faham bahawa ianya keputusan yang baik & menguntungkan semua pihak"

Dibawah adalah desakan dan tekanan yang diberikan terhadap TSKI.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan pemerhati rasuah mahu butiran perjanjian RM7.45 bilion mengenai industri air Selangor didedahkan kerana bimbang kepentingan awam dijejaskan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid menandatangani perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan Putrajaya Jumaat lepas, walaupun sebagai "menteri besar sementara" selepas parti komponen PR, PKR memecatnya bulan lepas kerana enggan memberikan laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Butir-butir perjanjian itu juga tidak dibincangkan dengan pemimpin PR, yang sebelum ini mengadu rundingan Khalid dengan Putrajaya dilakukan secara rahsia.

Cynthia Gabriel daripada kumpulan anti-rasuah C4 berkata satu-satunya cara membuktikan perjanjian itu benar-benar beri manfaat kepada orang ramai adalah dengan Khalid mendedahkannya secara terbuka.

"Cara terbaik menghilangkan pendapat beliau tergesa-gesa menandatanganinya adalah dengan menjadikannya terbuka. Dari segi undang-undang beliau masih menteri besar, tetapi ia tetap janggal menandatangani sesuatu yang begitu penting.

"Terdapat beberapa persoalan, beliau tidak mempunyai kuasa moral untuk membuat keputusan mengenai sesuatu seperti ini," kata Gabriel daripada C4 iaitu Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme.

"Oleh itu, sambil menunggu pertukaran menteri besar, adalah penting Khalid bersikap telus dan bertanggungjawab bagi setiap keputusan yang dibuat.

"Ini adalah supaya hak kami untuk air bersih tanpa gangguan dilindungi dalam perjanjian itu," kata Gabriel ketika dihubungi.

Perjanjian induk itu bertujuan mengambil alih operasi industri air Selangor bernilai RM30 bilion daripada empat syarikat swasta dan mengembalikannya kepada pemilikan awam.

Perjanjian antara Selangor dan Putrajaya itu menetapkan secara terperinci syarat dan kaedah pengambilalihan akan berlaku dan berapa banyak yang akan dibayar kepada syarikat terlibat.

Setakat ini hanya tiga daripada empat syarikat yang menguruskan perkhidmatan air terawat bersetuju dengan pengambilalihan yang melibatkan kos sebanyak RM7.45 bilion.

Syarikat terbabit adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) dan Konsortium Abass (Abass).

Bagaimanapun, hanya tiga syarikat menandatangani pengambilalihan itu. Splash yang menguruskan loji rawatan, tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan.

Mengikut perjanjian itu, Air Selangor Sdn Bhd akan mengambil alih operasi PNSB, Abass dan Syabas. Sebelum ini, PNSB dan Abass mengendalikan loji rawatan air, manakala Syabas bertanggungjawab bagi sistem perpaipan.

Mengambil kembali kawalan industri ini menjadi salah satu janji kerajaan PR Selangor dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Pada pilihan raya, Khalid dan PR Selangor mendakwa empat syarikat, dua daripadanya dikawal ahli perniagaan Umno, salah mengurus rangkaian rawatan dan bekalan air kepada lima juta rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, pada Februari tahun ini, Khalid dan wakil rakyat PR tidak setuju dengan syarat-syarat perjanjian. Khalid kemudian mendakwa perjanjian berat sebelah kepada Putrajaya, yang sebelum pilihan raya 2013, menentang pelan pengambilalihan Selangor.

Perselisihan terhadap syarat-syarat perjanjian air adalah salah satu isu yang mendorong PKR memecat Khalid daripada parti itu sebagai permulaan kepada siri menjatuhkan beliau sebagai menteri besar pada 9 Ogos.

Pada hari yang sama beliau menandatangani perjanjian itu, agensi berita kerajaan Bernama melaporkan Khalid akan mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan perjanjian itu. Bagaimanapun tidak jelas siapa yang dijemput.

"Taklimat itu tidak mencukupi. Beliau mesti mendedahkan perjanjian itu kepada awam," kata Gabriel.

Pemimpin PR juga mempersoalkan motif Khalid tergesa-gesa menandatangani perjanjian itu walaupun mengetahui beliau akan diganti.

Seorang pemimpin PR yang merupakan sebahagian daripada bekas jawatankuasa pengawasan penyusunan semula industri, mengulangi pendirian parti mengkaji semula perjanjian itu jika didapati kekurangan dan berat sebelah.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, yang juga ahli jawatankuasa pengawasan berkata proses menandatangani perjanjian itu secara tergesa-gesa dan rahsia menimbulkan kebimbangan dan syak wasangka.

"Oleh itu, kami menyeru kedua-dua  pihak, Khalid dan kerajaan persekutuan menjadikan perjanjian itu terbuka.”

Pemimpin PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun setuju pada dasarnya penyusunan semula industri, perjanjian itu boleh dikaji semula jika pakatan itu mendapati ia mengkompromi kepentingan awam.

"Kita perlu memenuhi peranan fidusiari kami. Ia adalah akademik kini untuk meminta perjanjian itu menjadi umum," kata Dzulkefly.

"Daripada perspektif kami, sebaik sahaja menteri besar baru mengambil alih, kita perlu menilai semula dan jika didapati menjejaskan kepentingan awam, kita perlu membawanya kepada undang-undang."

Dzulkefly berkata satu daripada unsur yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kos membeli syarikat-syarikat itu dibuat.

Ahli Parlimen PR Charles Santiago berkata satu lagi syarat yang perlu diberi perhatian ialah sama ada rakyat Selangor akan diberikan saham dalam syarikat baru Air Selangor Sdn Bhd.

"Ia sebahagian daripada janji kepada rakyat iaitu apabila kita menyusun semula industri,  saham akan diberikan kepada keluarga di Selangor," kata Santiago yang mengetuai kumpulan Gabungan Menentang Penswastaan Air itu.

Kumpulan itu menyokong kempen PR menasionalisasikan industri dan membantu memberi tekanan kepada Putrajaya untuk mendedahkan terma perjanjian penswastaan yang lalu.

Bagaimanapun, Santiago juga kritikal terhadap tindakan Khalid untuk meneruskan perjanjian walaupun selepas dibuang sebagai menteri besar.

"Dalam tempoh peralihan ini, anda menandatangani perjanjian apabila pasukan baru akan mengambil alih. Ia tidak wajar dan ada persoalan integriti di situ."

19 comments:

  1. Undang2 buatan manusia x akan tetap dn berubah2 ikut selera lain lh hukum Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dski - bodoh. Kenapa perlu didedah selepas ditandatgni. Sepatut didedahkan sebelum ditandatgni utk dibincang. Itu sebab engkau berhutang dgn bank islam

      Delete
    2. Terowong bawah laut di p pinang juga patut di dedahkan

      Delete
    3. Dski -super problem man. Do without discuss. Syok sendiri

      Delete
  2. Bagi omakkau...TSKI melaikat...tak pernah buat salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omakkau ialah boneka umno. Jgn percaya cakap perempuan jalang politik ni

      Delete
    2. ..apa lah jahat sangat kau ini.. omak kau kan baik ? :)

      Delete
  3. Omakkau ialah barua umnongok bro... tak habis2 dia nak memecah belahkan pkr. Kita pkr berprinsip... bila dah pilih presiden sbg mb selangor, kita tak u turn. Tapi omakkau ni bengap, tak faham prinsip

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR kosongkan kerusi Dun Kajang, kemudian PKR juga yg bertanding di Dun yg sengaja dikosongkan. Tak U turn namanya tu? Orang lain malas nak mengata mcm perangai mulut longkang macai PKR, asyik cari salah orang.
      Cuba tanya ketua PKR, adun PKR lain di Selangor bodoh bodoh belaka ke, hanya sorang je yg layak jadi MB? Atau ketua kamu bertujuan menjadi nakhoda dalam gelap? Fikir balik istilah prinsip tu.

      Delete
  4. Bila aku baca blog omakko ni, ada bau-bau umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anoly 1354-bodoh. Batu api. Umno-bodoh, dadah, rempit, penganggor & jadi kuli cina, india & bangladesh.

      Delete
  5. Omakko dan dacing berpisah tiada

    ReplyDelete
  6. Wajah TSKI cool dn ceria je tak mcm wajah nuar aljubo yg semakin serabut mcm org gila.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anoy 1407-wajib masuk neraka jahanam, tuduh anuar tanpa bukti.

      Delete
    2. Ye Lah.jgn silap buat tuduhan.takut tak betul dlm kubur kena siksa bro!!

      Delete
  7. mendedahkan perjanjian selepas,di tanda tangani ada lah kerja khianat
    mcm janji umno barang tak naik minyak tak naik Tp bila naik mcm mcm alasan bodoh bangang yg lg celaka
    Dgn perjanjian tersbt mengapa hrg RM 7.45 billion dan bukan RM 5 billion
    Hrp pemimpin PR memberi penjelasan dan perbandingan secara keseluruhan antara perjanjian khalid dgn PNSB, Abass dan Syabas sebelum ini

    Kalau perjanjian khalid kebaikan nya cuma 5 peratus dr yg lama di sebabkan penambahan-baikan sana sikit sini sikit dan keuntungan syarikat milik UMNO masih sama padahal lebih byk kebaikan yg lebih menguntungkan rakyat maka mendedahkan kebaikan perjanjiam selepas di tanda tangani ada lah satu pengkhianatan

    ReplyDelete
  8. Yessss....TSKI THE REAL STEEL MAN...GO GOGo GO TSKI....RAKYAT SGOR LOVE U SESANGAT....BUAT LAGI PERJANJIAN BNYK2..KSMI SOKONG...HIDUP TSKI...HIDUP OMAK KAU....YB SIBER UNMO

    ReplyDelete
  9. dedah apanya, auta aje yg lebih. alih2 bagitau akan ada kenaikan harga air pd kadar yg munasabah. mati2 korang kena tipu dgn khalid yg disokong kuat oleh hadi pil kuda selepas ditendang oleh anuwar ketum...untung aku sokong najib

    keza blue wave

    ReplyDelete
  10. omak kau dedahkan la apa isi kandungan perjanjian air tersebut, sokong sangat Khalid last2 kena kelentong dengan gagap ni buat malu jer omak kauuuu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...