Wednesday 3 September 2014

TANPA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT, PKR DAN DAP JUGA TURUT KERUGIAN BESAR DAN JANGAN MIMPI NAK TAWAN PUTRAJAYA .... SUBKY LATIF



Penulis politik terkenal Subky Latif mengingatkan, bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata kolumnis akhbar web PAS Harakahdaily itu, ia akan turut memberi kesan kepada DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia dibawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti 'Malaysian Malaysia'.

“Masa itu bukan saja (ketua anggota parlimen DAP) Lim Kit Siang sudah mendiang, (Setiausaha Agung Lim) Guan Eng juga mendiang.

“Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri,” katanya.

Dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky (kanan) juga berkata, ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan kehilangan banyak kerusi jika Pakatan berpecah dan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya raya, selain berdepan BN.

Katanya, DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara.

'Tak keluar kecuali dikeluarkan'

Memetik bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bawah) yang kini menganggotai PAS, Subky berkata, PAS akan rugi besar jika keluar daripada Pakatan.

“...dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan, atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat,” kata Subky.

Veteran politik itu menegaskan, daripada mula PAS tidak berganjak daripada Pakatan, cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk “merungkai perbezaan yang sesungguhnya banyak”.

“PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya,” tambahnya lagi.

Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap Langkah Kajang untuk menukar menteri besar yang dilihatnya “seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan”.

“Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani,” katanya.
 

40 comments:

  1. Pakatan rakyat juga tak berdaftar. Maknanya parti haram lah.
    Jadi pas keluar atau tidak tak ada beza.
    Ketiga parti masih.lain identiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiiii bahalol ..... mcmmana nak daftar kalu letak syarat bukan2 ... kalu diri tu bodoh duduk diam suda

      Delete
    2. Pengetahuan untuk semua (bodoh mahupun pandai)
      PR adalah Pakatan Rakyat bukannya parti poliyik. Ianya hanyalah gabungan kerjasama beberapa partu politik dalam perkara tertentu sahaja sebagai salah satu daripada strategi politik.

      Delete
  2. Kkah.kah..kah...pas pun satu....dah tahu anwar tu mahaliwat yang ko orang buat kawan gak wat ape....kah kah...ni lah org kata bila ego lebih tebal dari iman....ngata orang suma x isle...kapir....mahazalim....yg plg zalim dan paling kroonni tu jugak yg hancurkan parti pas....padan muka ko.....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai Anonymous 20.40 nak tuduh orang tu biar ada bukti,kalau takda bukti kamu finah orang.Tahu kan dosa fitnah orang.ntah2 satu hari nanti mak kau atau isteri kau akan kena liwat oleh abang bangla.jaga sikit ye

      Delete
    2. Eh eleh Tak boleh langsung sentuh berhala dia
      Mmg kaum kamu boleh ngata orang kamu Tak boleh dikritik
      Kamu tau ke perkara sebenar
      Kamu baik diam daripada menonjolkan siapa kamu
      Aku mmg kata kamu pondan
      Je
      Takde akidah

      Delete
    3. Lain kali jgn ikut anuar tp ikutNajib sama tinggi taraf dia setinggi patung dewa kt batu cave. Tak yah ingat nk tuntut keadilan meliwat kt makamah. guna bom hancur berkecai je cari keadilan.

      Delete
  3. Pas pun dh kucar kacir...

    ReplyDelete
  4. Langkah Kajang kemudian
    UG dulu sebelum Langkah Kajang
    Selama ini bau komplot utk UG dah ada

    Alaaa dulu pun ada Semangat 46
    lenyap Semangat 46 diganti Perpaduan Ummah
    hilang pulak Perpaduan Ummah datang pulak PR
    Kalau bungkus PR ada lah yg mengantikan nya

    Mana pergi Hj Hadi masa LKS dan LGE dah jd mendiang ? Bersama UMNO jd Timbalan Menteri ? Tak sebut Hj Hadi Yg disebut Almarhum Anwar tanpa Perdana Menteri Susah sgt PAS nak ngaku punca keretakan ialah UG yg disokong Hj Hadi Mcmana nak kekal kan PR utk kalahkan BN kalau pendirian PAS membelit belit ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu memang Le bodoh tahap gaban
      Kamu ni belum jadi bapa seingat aku atau spesis song sang
      Adilkah kamu menyalahkan ulama
      Kamu jangan buat buat bodoh nanti betul betul bodoh

      Delete
    2. ya mmg saya salah kan ulama Org PAS sendiri ada yg bg pandangan yg sama Apa kerja Dewan Ulama nak sokong Khalid Kemelut Khalid sbg MB mudah jika di banding kan dgn kemelut nak pilih MB baru ni Konon status Ulama org mesti ikut Skg org tak ikut kan dah rosak maruah Dewan

      Biar betul betul bodo dr tak sedar diri tu bodoh mcm kau

      Delete
    3. meh aku cerita sbb sbb nya
      Ini ceramah agama Penceramah PAS nama mmg top tp tak sure mana satu sbb masa mula mula reformasi Ceramah surau tempat kerja

      dikatakan kisah se org yg sgt alim yg mengambil upah menjahit Suatu hr org alim ni terima sehelai baju yg koyak utk di tampal Yg koyak utk di tampal ll Lalu di tanya baju kepunyaan siapa ini? Dijawab oleh org yg membawa nya Baju Tuanku Raja Org alim tu membaling baju tersbt dan tak mahu menampal baju yg koyak itu Berkata Aku tak mahu bersubahat dgn raja yg zalim dan tidak adil Kalau dah nama pun zalim dan tidak adil termasuk pembohong pefitnah dan perasuah

      Kalau jahit tampal baju pun bersubahat apa lagi kalau UG Apalg yg buat kenyataan menguntungkan musuh Boleh pulak menghadiri majlis puak celaka (bukan UMNO) kalau bukan ulama tp setakat ustad tu kita faham lah Seolah olah mengiyaka apa yg dibuat oleh puak celaka (bukan UMNO) tu diboleh kan

      Delete
    4. Antara ulama dengan yang mengkritik ulama siapa
      Yang bodoh
      Ulama dah tentu pandai mengaji
      Hafal Quran
      Jadi imam
      Mengajar agama
      Membaca doa selamat
      Menguruskan hal kematian
      Tahu ilmu dunia akhirat
      Macam yang mengkritik ada ulama ada ilmu ke
      Berjawatan APA,pangkat besar ke
      Bos ke dalam kilang
      Tu baru Tanya hal dunia
      Belum hal akhirat
      Tapi lumrahnya kalau penghulu setakat pengajian melayu Tak pas pulak anak Buah mesti kurang Dari ITU
      Lagipun kalau menengah aliran sastera bukanlah orang yang pandai
      Orang panda kelas sains
      Kutuk ulama nanti ulama yang menguruskan kematian kamu
      Jadi sedar diri bismilah je LA dulu.nanti hafal hafal la h surah Dan DOA.adalah sikit berguna kepada masyarakat

      Delete
    5. org yg yakin ALIF tu tegak sikit pun tak condong atau senget dan menjdkan nya ilmu lebih baik dr org yg hafal Quran Tp sy bukan anti hadis sbb sy junjung setinggi tinggi nya hamba yg bernama Muhammad saw Dan sy muliakan org yg hafal Quran krn dia boleh hafal Tak semesti mati kena mandi spt mh370 Tak mati tp ghaib.

      Ramai ulama pun bukan semua nya masuk syurga Ada lg satu kisah sahabat tny siapa di antara org org yg masuk syurga Nabi jawab org yg rumah nya di hujung kampung Tercenggang beb sbb bukan org yg dlm mesjid Dan kisah org yg telah membunuh 99 org bertny boleh tak dia masuk syurga Ulama jwb tak boleh Dibunuh cukup 100 org Seorg bijak pandai kata boleh taubat lah sungguh sungguh seterusnya

      Delete
  5. Pas pun dh kucar kacir...

    ReplyDelete
  6. kalau berpecah lah PR yg masih tunggu dlm PAS tu fikir lah sendiri dan kenangkan lah apa yg dickp oleh TGNA utk jd pedoman kalau UG masih ujud dlm PAS

    PAS mcmana yg di tinggalkan oleh Hj Hadi ? Sape yg timbulkan UG kalau tak UMNO ?

    ReplyDelete
  7. Anon 21.07
    apa ke bangang ko merepek nih....

    ReplyDelete
  8. umno parti x bleh harap ... pemimpin hanya tau boncit kan perut sendiri saje .... pakatan plak sebuk nak tawan putrajaya tp diri sendiri kelam kabut ....

    ReplyDelete
  9. TGHA d harap brundur la secara trhormat ... kepimpinan anda sudah x relevan lg dengan era sekarang ... pas perlu dipimpin oleh individu yg berkarisma dan perpandangan jauh ... bukan pemimpin yg menghina rakan seperjuangan

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat kalau hj hadi berundur secara terhormat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah Tinggalkan lah politik Guna kan peluang semasa jd Naib Presiden Ulamak Sedunia Kalau dulu guna politik utk Islam tak berapa menjadi gunakan lah jawatan Naib Presiden utk berjasa pd dunia Islam

      Delete
  11. BANYAK SANGAT MACAI UPAHAN YG TOLONG POPULARKAN BLOG OMAKKAU NI..

    ReplyDelete
  12. UG...UG jugak yg diratibnya. Konsensus Nasional (KN) macam mana. Lagi parah siap deal KETUM nak jadi TPM2.

    PKR ni tak ada grass root yg buat kerja. Time PRU bilik gerakan pun PAS yang bukak. Semua parti akan terjejas.Dan lagi satu kalau PAS dikeluarkan dari PR, jangan fikir PKR tak terjejas sprt kata Pak Subky. Dah laaa tak ada jentera, akan banyak tempat bukan lagi satu lawan satu bila PRU. Akan ada calon BN/PAS/PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsensus Nasional kalau ya pun ada tak smp mcm tahap UG merosakkan semua apa yg kita usahakan UG Hj Hadi dpt jawatan apa ? UMNO bg dia jaga Yayasan je Nampak cerdik nya Anwar nak tunjuk perangai UMNO UG dia org buat Konsensus Nasional pun dia org buat Tu pun Hj Hadi masih lg nak berkerja utk UMNO

      Kalau nak UG ke Konsensus Nasional ke pastikan betul betul UMNO berubah dulu Kita tguk isu PPS Unit Amal PAS Masih ada menteri yg ckp psl perkauman tp tak kena akta hasutan yg minta di ambil tindakan oleh parti Gerakan Kita tenguk hasil audit lepas ni Kalau selagi tu UMNO mcm tu selagi tu kita kena lawan

      Delete
  13. Pas, pkr dn dap dh lh tido satu bntal mimpi plak lain2, lpas tu pkr dn dap plak paling bnyak kluarkn liur basi, dh jd bntal busuk masam pun pas nk jugak tido sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lima atau enam org PAS yg ada jawatan dan pengaruh bersuara ttg PAS keluar samada kena keluar atau di keluarkan hal tersebut sdg terjadi Dr kenyataan org PAS termasuk Subky PAS di keluarkan dr PR cara terhormat mcm pilihan PAS sendiri utk keluar Baik nya jgn PKR DAP terkena jika PAS keluar semasa nak PRU

      Kenyataan org PAS spt Husam Mat Sabu Subky dll se olah olah memujuk supaya kekal kan PAS dlm PR

      Delete
  14. Benarkah bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat malah DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi kesan yang sama ?

    Penulis seperti Subky Latif boleh meramalkan apa saja yang terlintas dalam fikirannya kerana dia tidak perlu membayar sesen pun dari apa yang dikhayalkan.

    Dan saya juga boleh menafikan atas apa yang diperkatakan oleh saudara Subky Latif kerana penafian saya tidak perlu keluarkan sesen pun. Mungkin pandangan itu berasaskan sokongan dari orang tua dikampong-kampong yang berhampiran dengan hutan.

    Jika kita pandang sekeliling dalam masyarakat pada hari ini, anak kecil sudah membesar, dulu remaja sekarang sudah dewasa dan sudah layak mengundi. Perubahan minda sentiasa berubah setiap saat jarum jam berdetik.

    Orang yang sudah berumur atau yang telah tua mungkn hidupnya tidak susah kerana mereka ada pencen dan hidup pun tidak akan lama. Generasi baru yang ada sekarang hidup susah kerana dicekik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan berbagai peraturan dan undang-undang yang bersifat penjajah. Harga barang sentiasa naik, kos sara hidup membebankan, hutang keliling pinggang, dan tahun depan cukai GST bakal dilaksanakan.

    Mungkin juga apabila PAS tiada dalam Pakatan Rakyat maka orang tua yang wala' akan turut meninggalkan PKR dan DAP. Tapi apakah generasi muda juga akan mengikut jejak langkah yang sama meninggalkan PKR dan DAP menyokong Barisan Nasional yang jelas menyiksa hidup mereka ?

    Sebenarnya DAP boleh masuk mana-mana kampung tanpa perlu PAS mengusung kehulu kehilir mempromosikan parti itu begitu juga PAS juga boleh masuk mana-mana bandar dan pekan yang dipenuhi oleh bangsa Cina kerana parti masing-masing sudah dikenali oleh semua rakyat Malaysia.

    DAP dengan "Malaysian Malaysia" dan PAS pula dengan "Hukum Hudud"

    Saya percaya saudara Subky Latif agak mamai sedikit mungkin pengaruh ubat lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi yang beliau telan setiap hari sehingga sanggup menghina Anwar sebagai....Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri,” ?

    Tidakkah saudara Subky mengetahui atau pura-pura tidak tahu pemimpin tertinggi PAS telah berjumpa dengan Anwar membuat perjanjian awal jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya perdana menterinya adalah Tengku Razaleigh dari UMNO Baru ?

    Dimana letak nya kehebatan, kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang pemimpin PAS sehingga sangup memilih musuh jadi ketua kepada Pakatan Rakyat. Apakah PKR dan DAP rugi tanpa PAS atau rakyat yang merasa menyesal memberi undi pada PAS ?

    Sehingga saat ini tiada kata pemutusnya. Sila beritahu jika saudarra Subky berfikiran waras, parti PAS akan calonkan siapa jadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya... atau kena tunggu keputusan mesyuarat ?

    Saya harap saudara Subky tidak terlalu ghairah mencerca orang lain hanya kerana saudara diangkat sebagai seorang penulis yang berbakat. Sepatutnya saudara perbetulkan ulamak yang tidak ulamak itu jadi ulamak. Kalau tidak tahu berpolitik jaga agama adalah lebih baik.

    Artikel saudara akan masuk bakul sampah jika mentaliti saudara kekal seperti zaman komunis.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro kau ckp betul bro Aku setuju betul tp relak sikit bro Bukan bahasa kau salah tp msg tu keras sgt Dlm pd tu ada juga suka nya Padan muka PAS tak sedar sedar

      Psl masuk kg masuk bandar selepas ini kempen pru tak sama mcm dulu mcm bro ckp anak anak yg remaja dulu dah boleh mengundi Mrk tak guna kaedah berceramah lg Zaman memberi penjelasan oleh parti dah tamat Dia org nak hasil tindakan yg memberi keselesaan hidup pd mereka Kita dulu lepas praya baru dpt apa yg kita hrp kan tp skg bagi dia org dulu apa dia org nak Jgn turun harga barang selepas praya turun kan skg sebelum praya lg
      kecuali dasar dasar kerajaan yg memerintah

      Masa tu perlu ke ramai ramai petugas mcm sebelum ini yg PAS dok sembang Point cara praya dan cara memilih dah berubah kpd cara negara maju Pengundi muda yg baru ni lebih suka debat dr ceramah Tp Msia yg tak maju sbb pemimpinmya kelas tiga lll

      Delete
    2. Sy mmg penyokong kuat PR dr mula ditubuhkan...tp sejak akhir2 ni, PR dh berkecamuk, x satu hati, masing2 menyalahkan satu sama lain...x de kesepakatan lagi... pemimpin2 setiap parti dlm PR menampakkan ego masing2...klu macam ni, entahlah x tau apa akan jadi pd election akan datang...

      Delete
  15. PR umpama parti 3 suku...suku kuku dalam matlamat,suku suku buat kenyataan kepada para penyokong,suku suku buat keputusan ikut suka serta ramai antara pemimpin tahap otak three four genetik umporno...selfish.Perintah satu negeri sekangkang kera pun boleh gaduh...suda laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen kau lg tiga bersuku sakat

      kau kata negeri sekangkang kera ll Tahu tak hasil negeri Sgor tu sama jumlah dgn hasil dr tiga negeri NS Melaka Perak Mungkin kurang satu Kalau empat negeri tambah Pahang

      UMNO skg ni tunggu utk bernafsu melahap nak meratah Sgor

      Delete
    2. Umporno sebenarnya sudah ibarat mati pucuk di Selangor kerana hampir 50 tahun melampiaskan nafsu serakahnya di sana tapi perangai PR yang three four terutamanya PKR yang kaki cari gaduh dengan kawan dan lawan menyebabkan nafsu Umporno bergelora semula hehehe

      Delete
  16. kenyataan beberapa pemimpin PAS spt Mat Sabu Husam Subky dll menyatakan PAS akan keluar atau di keluar kan sr PR sdg berlaku Cuma Subky sedikit keras dan sombong sementara Mat Sabu Husam dan beberapa yg lain se olah olah memujuk betapa perlu nya ke tiga tiga parti antara satu sama lain

    Samada PAS keluar sendiri secara terhormat atau dikeluarkan secara terhormat Tak perlu nak kata Hj Hadi mcm ni Anwar mcm ni DAP pulak mcm ni Tp lebih baik jgn PKR DAP kena semasa nak dekat praya Dah tak bole nak buat apa apa Peristiwa DUN Subang dan Kawasan yg di tandingi Chegu Bard ada kejadian yg kecil ada lah satu petanda

    ReplyDelete
  17. kita bg komen sejujur jujurnya Pandangan kita tu kita bagi sebelum kita baca topik berkenaan dr mana mana penulis blog Kita fikir sendiri kata kata dan tindak tanduk org politik ini dan kita bg pandangan kita sendiri atau mungkin itu pendirian kita dimana kita berdiri dlm isu tersbt Kemudian kita baca blog lain sekadar mengukur sejauh mana telahan kita itu betul

    PAS yg mcmana kah yg akan di tinggalkan oleh Hj Hadi ? Penulis mengingatkan PR yg usaha kita akan menjd sia sia dan mengambil masa bertahun tahun Begitulah nasib PAS skg ini UMNO baling satu batu tp 3 ekur burung yg mati (Rugi) PAS PR dan Rakyat yg rugi

    ReplyDelete
  18. Betul kata subky latif tu.pkr dan dap jgn berangan.lah.nak perintah malaysia.
    Korang lah buat langkah kajang
    Sekarang porakperanda.buat malu jer..kata dulang paku serepih buat malu.jer.dulu bolehlah orang simpati dengan bang nuar sekarang indak lagi....

    ReplyDelete
  19. Pas keluar jer biar mat sabu,husam.khalid samad ,hanipa maidin pilih...
    Pkr dap parti anak beranak.

    ReplyDelete
  20. Bukan nasib pas.tapi nasib anwar dan pkr anak beranak .pas dah lama dah dalam politik . kalah menang pilihanraya biasa.
    Orang dah muak dah oi.

    ReplyDelete
  21. Muhasabah diri tu kn dituntut, kita gunakan hukum akal kita, ape kh perjuangan asal pas yg sebenar benarnye, nak tegakkn syiar islam di m'sia ini kan. Itu dulu, ttp sekarang ni kite tengok perjuangannye dh terpesong tanpa disedari terikut ikut matlamat perjuangan pkr dn dap semata mata utk menang pilihanjaya umum dan seterusnye menawan putrajaya. Soalnya mampu kh pas meneruskan perjuangan asalnye selepas itu, hukum akal kate jangan mimpi lah sbb pkr dgn sekularismenye dan dap dengan penolakan hukum islamnye. Pas dlm senario ini nk duduk mane? Itu lh kite tengok sekarang ade usaha dibuat oleh pkr dn dap utk mecairkn beberape pemimpin atasan pas utk mngikut rentak mereka dn skrg ni dh terbukti berjaya pun. Allah melihat dr segi usaha kite bukan kpd kejayaan kite sbb belum tentu sesuatu kejayaan itu membawa kpd kesempurnaan. Jd pas kene lh muhasabah diri tu dn jngan lah biarkn diri tu jadi batu loncatan, kambing hitam dn pak sanggup. Utk mendapat keredhaan Allah, pas kene bebas dn ikhlas dlm usaha menegakkn syiar islam di m'sia ini, bukan hanya putrajaya dpt ditawan malah hati2 rakyat m'sia, insyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha dan rentak PAS lah yg menunjuk kan PAS parti kelas tiga
      kalau PAS dgn UMNO yg sibuk UG nya camana UMNO dah bagus ke Islam nya dr PKR
      UMNO baru lantik dua tiga org kuat agama jd Majlis Tertinggi PAS dah rasa UMNO berubah piiiirah

      Delete
  22. Ya saya sokong.pas jangan jadi batu loncatan .pkr dan dap.
    Pas ada maruah pertahankan.
    Jgn dikotakkatikan terutama pkr yg idealisme nye apa ye malulah nak sebut....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...