Friday 12 September 2014

RAKAMAN GAMBAR TAUBAT LAHOM TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN,BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM ... PEMUDA PAKATAN RAKYAT JUMPA TGHA DIPEJABAT AGUNG PAS.

Rombongan dari Majlis Pemuda Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pemuda PAS Pusat telah membuat kunjungan hormat Presiden PAS merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kunjungan ini sebagai susulan dari kenyataan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mencari jalan kepada penyelesaian kemelut politik Selangor.

Kata-kata sonsang bahawa Pakatan Rakyat menuju perpecahan dan kehancuran ternyata tidak benar dengan adanya langkah bijak Pemuda Pakatan Rakyat ini.

PRK N01 Pengkalan Kubur sebagai landasan perintis untuk membuktikan kepada dunia yang kesepakatan Pakatan Rakyat tetap utuh, kuat, mantap dan padu.

Omak Kau ucapkan tahniah dan jutaan syabas atas inisiatif murni lagi mulia ini .

YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada masalah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Rakyat, jika rakan gabungannya, PKR dan DAP juga bersedia berbuat demikian.

Malah beliau mengingatkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR), jika benar-benar mahu melihat pakatan pembangkang bersatu seperti sebelum ini, mereka mesti berusaha dan bekerja kuat bagi memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat ketika mendedahkan perkara itu berkata, jaminan dan pesanan itu dinyatakan Abdul Hadi dalam pertemuan beliau bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong.

Katanya, mereka mengunjungi Abdul Hadi di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur dan berbincang mengenai penyatuan itu selama 45 minit bermula jam 9 pagi.

"Datuk Seri Presiden kata, jika betul-betul mahu muafakat, bermuafakatlah betul-betul. Saya (Abdul Hadi) tak ada masalah nak jumpa (Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dalam MPP)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Suhaizan, dalam pertemuan itu, Pemuda PR menyampaikan suara resah anak muda Malaysia mengenai hubungan pakatan pembangkang yang dilihat semakin renggang berikutan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.

Katanya, mereka turut menyampaikan hasrat anak muda dan maklum balas rakyat serta beberapa pihak dari badan bukan kerajaan (NGO) kepada Abdul Hadi, yang mahu melihat perpaduan terjalin erat dalam pakatan pembangkang.

"Kita juga telah menyampaikan mesej kepada Datuk Seri Presiden, yang kita mahu mesyuarat MPP diadakan secepat mungkin atau dalam jangka waktu terdekat ini bagi mengurangkan prasangka buruk orang ramai terhadap kepimpinan PR.

"Mesyuarat itu perlu diadakan untuk mencari permuafakatan dan jalan penyelesaian berhubung isu Menteri Besar Selangor," katanya.

Beliau berkata, selepas ini Pemuda PR akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Rabu lalu, Pemuda PR dalam kenyataan media bersama memberitahu, kepimpinan utama parti dalam pakatan pembangkang perlu menyelesaikan segera krisis Menteri Besar Selangor yang berlarutan sekian lama.

Mereka mempunyai sebab membuat gesaan itu kepada pucuk kepimpinan parti kerana senario hari ini menunjukkan sokongan serta keyakinan rakyat Selangor terhadap PR semakin terhakis.

14 comments:

  1. bila melibatkan pakatan rakyat mmglah tv3, utusan, dan sewaktu dgnnya tak siarkan. tapi hj hadi sorang disiarkan sebebas2nya. apa ke ceritsnya? dah makin bangang ka omakkau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaca budiman lagi dikasihi.. suka saya maklumkan bahawa saya telah menerima satu maklumat sulit dari bilik gerakan siber umnu.. umnu sedang menghantar tentera sibernya untuk mengganggu semua blog pro pr

      jadi saya cadangkan supaya pembaca budiman sekalian jangan membaca sebarang komen yg ditulis..

      Delete
    2. Okay faham.. faham.. maknanya kita hanya baca setakat artikel yg omakkau tulis sajalah ya.. yg ruangan komen ni tak yah baca.. biar bersawang.. gitu ke makaud tuan?..

      Delete
    3. Ya cik anon 18.42.. biar siber umnu ni sendiri tulis sendiri baca.. or biar dia org baca komen komen puak puak dia org sesama sendiri.. sama sama syok sendiri.. he he

      Delete
  2. Klu tak keluar kat media arus perdana apa korang pakatan nak heran????!! Bukan korang baca or tgk TV /media arus perdana pun....Sembang mcm gampang la Omakkau ni...dah kata boikot...dah tu buat nak keluarkan??? Ko ingat media arus perdana ni mak bapak Nuar ketum punya ke? Semua nak ikut cakap puak2 PR hangpa....Mcm la hangpa tu maksum...Ada segala kebaikan kerajaan Haramkah, Keldailan Daily, Omakkau keluarkan??? Bagitau pada puak2 benging hangpa?? Ada ka??...ptuihhh...ckp guna kepala lutut dgn buntut la ko ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah bantut otak kau...

      Delete
    2. Org cakap yg betul pun ko nak marah
      Yg Kerajaan buat baik ada jugak yg di tibai oleh Mahathir
      Yg Kerajaan buat baik PR buat lebih baik Maka yg baik Kerajaan buat dah jadi tak baik lah


      Delete
    3. Rakyat Malaysia ni bukan semua tau klau x kluar dlm berita dan bukan semua rakyat Malaysia Umnobn ...fikiran tak bercambah nama nya tu....

      Delete
  3. APA YG HJ HADI JAWAB KALAU ADA LAH SOALAN BERANI DR PEMUDA IAITU BETUL KE DLM MESYUARAT PAS TUAN GURU NGAKU TUAN GURU SETUJU DGN UG ??

    setakat jumpa mcm lawatan hormat Tak payah lah

    ReplyDelete
  4. Setakat cai- cai yg pergi jumpa hj hadi..anwar ngn LGE mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemuda cuma perintis utk jalan perdamaian utk menangani isu yg hangat skg ni LGE Anwar tak masalah nak jumpa sesiapa termasuk Hj Hadi tp biasa lah org yg bersalah tentu malu nak berjumpa Sejak bila pula PAS taat perintah Sultan dlm hal perlantikan MB Semasa kekecuhan di Perak ada kah pemimpin PAS terima keputusan Sultan Perak melantik Zambry

      Delete
  5. Per yg ko komen2 ni Anon 12:24 oi. Dh la mkn rzki haram dr upah kacau blog orang..merepek pulak mc cibai...bodoh pnya mnusia,ada otak mereng plak ho..ho.

    ReplyDelete
  6. Bila mata,lamat menghalalkan cara, haram halal belakang kira janji masuuk.Anak bini nak makan bang.Api neraka em... boleh kaw tim sama tuhan.Dekat nak mati boleh taubat.Kalau ini lah anggapan yang lu fikir....lu manusia yang paling bodoh bro.

    ReplyDelete
  7. Bila mata,lamat menghalalkan cara, haram halal belakang kira janji masuuk.Anak bini nak makan bang.Api neraka em... boleh kaw tim sama tuhan.Dekat nak mati boleh taubat.Kalau ini lah anggapan yang lu fikir....lu manusia yang paling bodoh bro.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...