Tuesday 9 September 2014

PRK PENGKALAN KUBUR .. KAJIAN UMCEDEL DAPATI PENGUNDI MAUKAN CALON TEMPATAN.



SHAH ALAM - Faktor anak tempatan, mesra dan prihatin pengundi serta mempunyai pendidikan agama antara aspek yang menjadi pilihan kepada calon yang akan bertanding dalam PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

"Kira-kira 27 peratus pengundi Dun Pengkalan Kubor mahukan anak tempatan mewakili kawasan mereka.

"Sementara itu, 30 peratus pula menjadikan faktor mesra dan prihatin kepada pengundi menjadi aspek pemilihan calon di situ.

"Manakala 25 peratus yang lain mahu calon itu mempunyai latar belakang dan pendidikan agama," demikian menurut kajian PRK Dun N01 Pengkalan Kubor oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel), hari ini.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor menjadi kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lalu.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR, Shahrun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary.

Noor Zahidi menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

Meskipun beliau sebelum ini disifatkan sebagai calon "import", namun Allahyarham boleh diterima selama tiga penggal.

Dalam pada itu, faktor calon yang mampu membawa pembangunan ke Dun Pengkalan Kubor juga menjadi pilihan utama pengundi di situ.

"Sebanyak 12 peratus responden mahukan calon mereka itu boleh membawa pembangunan dan mojiritinya adalah berbangsa Siam sebanyak 22 peratus manakala Melayu pula 12 peratus sahaja," menurut kajian itu.
 

13 comments:

  1. Calon yang patut ditolak di mana mana pilihanraya di mesia...tolak parti pkr insysllah islam selamat...tolak parasit islam selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong umno brtambah melarat..

      Delete
  2. Anwar Ibrahim Al Juboooori akhirnya DI LIWAT...

    Siapakah yg MELIWAT Nya...

    Luu Pie Kay Aaar

    ReplyDelete
  3. Kami nk ds anuar ibrahim b'tanding di Pengkalan Kubor. Kami nk DSAI jd MB Kelantan... kalu dia tak nk bini dia pon kami terima.. kalu tak pon kami nk Mat Sabu. Mat Sabu pon layak jd MB... Mujahid pon boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian macai sorng ni..naik boyan trcekek biji durian gamaknya

      Delete
  4. RAMAINYA MACAI AMENO

    ReplyDelete
  5. KENAPA PKR TAK TANDING? NI MESTI TAKUT KALAH SEBAB PAS AKAN PULAUKAN PKR. KAH....... KAH........TT

    ReplyDelete
  6. ramainye lembu2 umno dlm blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut bau taik lembu je .....

      Delete
  7. Salam....Anon 9 Sept 2014 23:26......mulut ko jangan celupar...aku sekeluarga ahli PAS Pasir Panjang, Pantai Remis,,,,sepupu aku DSN (Bekas MB Perak PAS)...ko jangan ingat ramai yang komen sinis kat sini ahli UMNGOK! Jangan terlampau syok sendiri....ramai je ahli PAS dah meluat dengan PKR, terimalah kenyataan!!!!!! Jom solat suboh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..aku pn umno juge..tp dh brtaubat..tobat x nk sokong lg dh..

      Delete
  8. Ada hikmahnya dsebalik pruk pengkln kubur ni ngan fenomena politik dselngor. sejk akhir ni umno menunjkkan kebaikan hatinya mempertahankan tok guru hj hadi dgn liputan media perdana tv3 dn utsn yg istimewa lain dri yang lain.samalh kita tgok cork kempn umno mnentg mushnya pas dlokasi itu. Adakh umno akn mgatur strtegi utk mnghentm habisn pihk lwn.dn sgupkh umno memburkkn presiden pas pi trdudk ktika bcermh! bgitu jga presiden pas apakh ayt keramt dlm crmh bliau nti ktka mnepis pihk umno. sgup ke tok guru hj.hdi bhti hti mgelurkn ucpn yg menekn umno ats dasr TK krna mbri ruang mbuat kytaan negative kpd pkr dmedia utma.bru bru ini. Tunggu dn lihat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...