Tuesday 9 September 2014

"PERISIK" KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) AKHIRNYA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MENYAMAR SEBAGAI PENJAWAT AWAM.



AYER KEROH – Seorang pengurus hotel yang memiliki kad berjawatan perisik Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai penjawat awam di sebuah pusat hiburan, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Shamsul Azreen Atan, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan didakwa ke atasnya yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shamsul didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan jawatan Unit Risikan Khas KDN, Bahagian Keselamatan Negara yang tidak wujud dalam perkhidmatan awam.

Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu dengan menunjukkan kad jawatan tersebut kepada pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertujuan melepaskan rakannya dikenali sebagai Saiful di Hitz Club, Taman Melaka Raya kira-kira jam 3 pagi pada 30 Ogos 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashraf Abd Hamid ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili Peguamnya, Faiezad Razali.

Bagaimanapun Faiezad yang merayu bagi pihak anak guamnya memohon wang jaminan diberikan dengan nilai minima kerana tertuduh masih bujang tetapi sudah bertunang selain perlu menanggung ibu bapa dan seorang adik yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Selepas mendengar rayuan tersebut, Mohd Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula pada 15 Oktober depan bagi pengurusan kes.

7 comments:

  1. Madey kerala dan najib sulawesi dah lama menyamar sbagai bngsa melayu kenapa tak didakwa kat mahkamah.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan semua, mangkok Anon 9 September 2014 16:23 di atas adalah seekor babi hutan yang menyamar....beliau tidak akan didakwa namun hanya akan dicampak ke dalam kolam ikan di Hulu Selangor. Perhatikan betul-betul.....ketawa beliau berbunyi "heee..." di hujung komen...ini adalah ketawa spesis babi hutan yang makin pupus di Semenanjung Malaysia.

      Delete
    2. Eh boleh sama pulak pendapat kita tentang babi sekor kat atas tu yer.

      Delete
    3. Ketiga2 kt atas tu sama je .....

      Delete
    4. Aku pun dh lama perasan...tk sngka gak ada org lain yg berpendapat yg sama...omakkau kena samak blog dia ni...

      Delete
  2. Heeeee...huuuuuu...hoooooo...haaaaa...hhhhhh.hokkkkkk....hukkkkkkk....hantam saja labu...

    ReplyDelete
  3. Macai umnu lagi lebih babi dari babi.sbb tu babi halal xcaye tanya mufti umnu.heee

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...