Thursday 11 September 2014

PENGARAH BESAR FELDA DILIHAT BERSAMA-SAMA DENGAN LELAKI YANG DI KEHENDAKI INTERPOL KETIKA MELAWAT KELAB PASUKAN BOLASEPAK GLASGOW RANGERS.



Federal Land Development Authority (Felda) director-general Faizoull Ahmad has come under scrutiny after he was spotted visiting Scottish football club Glasgow Rangers yesterday, alongside a man reportedly wanted by the International Police (Interpol).

Pengarah Besar FELDA Datuk Faizoull Ahmad mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan melawat sebuah kelab bola di Scotland semalam bersama seorang individu yang dilaporkan dikehendaki polis antarabangsa, Interpol.

Foto yang disiarkan oleh Tabloid Scotland, Daily Record yang dikatakan gambar Faizoull melawat kelab bola Glasgow Rangers bersama Rafat Rivzi susulan spekulasi bahawa pegawai tertinggi Felda itu dilapor antara individu yang berminat membeli kelab yang berdepan kemerosotan prestasinya. 

Bagaimanapun, laporan BBC memetik seorang jurucakap kelab itu sebagai menafikan bahawa Faizoull mahu membeli kelab itu tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahun mereka, bersama delagasi Malaysia ke kelab itu.

Rivzi, seorang warganegara UK keturunan Pakistan, pada 2010 disabitkan kesalahan kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan bernilai ratusan juta USD tanpa kehadirannya di mahkamah di Jakarta dan dihukum 15 tahun penjara.

Ini dilaporkan berkaitan peranannya dalam kejatuhan Bank Century Indonesia, tetapi republik itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK.

Berdasarkan senarai individu yang dikehendaki Interpol, yang boleh diakses secara atas talian, Rafat dikehendaki kerana "rasuah, penggubahan wang dan jenayah perbankan".

Kelibat Faizoull dan Rafat yang dirakam lensa Daily Record dilapor mencetuskan kegusaran di kalangan peminat Glasgow Rangers.

22 comments:

  1. Kajang move apasal tak dibuang kat Penang? Kan Anuar MP Permatang Pauh tuuu.
    Molek apa, suruh ADUN PKR sorang berambus, bagi bini Nuar bertanding kerusi tu. Lepas tu suruh LGE letak jawatan.

    Kah Kah Kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim tokong cukup power di Pulau Pinang, Anwar tak berani nak kacau,jadi Langkah Kajang akan bertukar kepada Langkah Kankang,bunyinya macam pernah dengar saja.?......*CHINA DOLL*...

      Delete
    2. Kahkahkahkahkahhhh...

      Delete
    3. Benarlah apa yg dikatakan...bani melayu suka pada benda-benda dlm kain. Hohoho........

      Delete
  2. Anom 17.04 Hang buat lawak tahun 60an. Awas jangan bawa masuk kegelangang raja lawak. Tidak ada markah tidak ada nilai.

    ReplyDelete
  3. Gang Kajang Mov tak mau buat scotland move kerrrrr?

    Baru nak sebut, Pelepak kena lempang dgn boss Adooooooooiiiiii

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa langkah pekan dri Dr kerala masih on.heee

    ReplyDelete
  5. Langkah Kajang dah tukar ke Langkah Kangkang betul tak Omak Kau oi !..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..betul sepertimana binimu terkangkang menanti dgn penuh harapan...

      Delete
  6. bila nafsu menguasai minda.. inilah yg akan terjadi dan sekiranya langkah kajang tak terjadi PKR akan selamat dan tidak akan dikeji seperti hari ini...

    namun semua sudah terjadi rafizi ramli perlu mengaku kesilapan diri.. jangan nak menuding jari terhadap orang lain lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..hebat...persis si jebat yg merembat...hohoho

      Delete
  7. Strategi' seharusnya utuh. Persis langkah 'check-mate' sipemain catur. Rafizi ternyata gagal, kerna terjahannya bukan strategi, tapi memperjudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama seperti 'soul-mate' superman dan kegagalannya seperti terjahan penalti ke pintu gol lawan, strategi tak menjadi seperti berjudi di genting highland...hohoho...

      Delete
  8. Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain.

    Alasan PAS mudah. Ini titah yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

    Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah.

    Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulasan yg sangat pulasan dan rambutan...hohoho...

      Delete
  9. tidak ada satu pun komen menepati tajuk. siapa org yg wanted tu? walaubgamnapun tetap ABU!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu, Abu stail lama, Style Baru Abibo (Asal Bini Boss) Dapat Jawatan

      Delete
  10. Pengarah Besar felda adalah pegwai kerajaan paling boros. Ketika harga getah sawit jatuh, beliau berbelanja mewah ke luar negara. Hampir selang seminggu atau purata 3 minggu sekali, beliau terbang merata2 luar negara. Sprm patut masuk siasat pegawai ini kerana kemewahan yg sgt melampau. Perjalanannya ke luar negara dgn 1st class, turut diiringi oleh beberapa pegawai felda yg lain.
    Apa yg menjadi tanda tanya, mengapa beliau kerap sgt ke luar negara & membawa bersama keluarga?? Beliau tidak mengendahkan teguran Ketua Audit Negara yg secara terbuka menegur pentadbiran felda yg boros dan banyak melanggar peraturan?
    Mengikut laporan, pemergian ke luar negara mendpat layanan luar biasa dari pihak tertentu. Bukan kah pegawai kerajaan dilarang menerima keraian atau hadiah dari luar?? Bukan kah felda agensi badan berkanun kerajaan yg tertaklok kpd peraturan2 kerajaan?
    Harap Ketua Setiausha Negara menyiasat pegawai ini

    ReplyDelete
  11. nampak sgt nak beli kelab tersbt sbg alasan utk merayau rayau di scotland

    felda nak lawan jdt
    piala lebih penting dr hrg sawit

    ReplyDelete
  12. Di tanah rancangan dengar mcm2 rungutan penroka. Kebun semak samun, pokok sawit mati, ladang tak baja, hasil kurang & mcm2. Hutang penroka bertambah2. Pegawai2 felda malas jumpa pneroka. KP bersenang2 tak puas2 melancong. Pergi London mcm ulang alek ke Chow Kit. KP felda katanya susah nak jumpa di pej. Pilih2 org nak jumpa. Peneroka dtg disuruh jumpa pegawai bawahan. Datang pejabat tak pernah ikut waktu. Kata staff, kuat tido dan bangun lambat. Pejabat baru di Klcc terlalu ekskusif mcm2 ada. Memang patut SPRM cekup KP felda ni

    ReplyDelete
  13. Ini lh haramjadah sebenar yg dilindungi .... Nasib kau lh peneroka....

    ReplyDelete
  14. Bola di England adalah perjudian. Duit Felda halal.Jangan sekali guna melabur kelab bola.Duit atas angin banyak bila dapat saham tapi harga sawit turun. Awas perangkap yahudi, dah di miliki Felda, mereka pula kontrol harga.Serupa getah dulu kita pengeluar mat salleh kontrol harga.Melayu mudah lupa, sekali tertipu masih tak serik. Kerana nak dapat saham ke kroni sangup gadai nak untung atas angin.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...