Tuesday 2 September 2014

NAIB PRESIDEN KANAN PAS, BERSEDIA MEMPERTARUHKAN NYAWANYA DEMI MEMPERTAHANKAN SETIAP ANGGOTA UNIT AMAL PAS DARI SEBARANG TINDAKAN ZALIM .... TAKBIR!!!!!!!!!!



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau bersedia mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan anggota Unit Amal parti tersebut dari sebarang tindakan kezaliman.

Badan kebajikan itu dibimbanginya akan menerima nasib sama seperti Pasukan Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS).

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.

Katanya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertubuhan tersebut.

 "Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," katanya lagi.

Jelasnya, fungsi Unit Amal parti itu adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.

7 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Pemimpin Sendiri Pertahan Nepotisme dalam Parti

    Penulis rasa sia2 perjuangan Penulis dalam PKR sejak 9 tahun lalu apabila pemimpin sendiri berjuang untuk kelangsungan prinsip Nepotism.

    Rasa mcm segala pengorbanan Penulis selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga Penulis yang bertungkus lumus membantu membina wadah keadilan Ulu Yam setelah kejadian 1998

    Penat jerih nak tegakkan keadilan tiba2 pemimpin sendiri pegi buat kerja sokong Nepotisme.

    Boy Ulu Yam yang Geram
    Ahli Seumur Hidup

    ReplyDelete
  2. Geng2 Ninja Turtle (Gang Kajang Move) dalam PKR ni hanya berani menyerang sesama PKR dan parti komponen PR iaitu PAS sahaja.

    Habis semua contohnya Khalid Ibrahim dan CheGu Bard difitnah oleh mereka.

    Tapi, teringat masa reformasi, dan keputusan paling buruk dalam PRU M2004 dulu, semua kepala2 Ninja Turtle tu menikus tak berani lawan.

    Sudah tenang dan parti menang banyak pahlawan2 Kebenaran contohnya TSKI dan Che Gu Bard dinista dan dihina.

    Masa PRU 2004 dgn SPR pun diorang tak berani nak angkat muka. Last2 PKR nyaris terkubur.
    .
    Mereka sejak dulu tak tau beza yang mana kawan dan yang mana lawan. Mereka hanya pandai menyebar fitnah dan dusta dalam roadshow2 di Selangor. tapi bila nak berhadapan dengan kebenaran untuk engkar dengan Nepotisme dalam parti mereka menikus

    ReplyDelete
  3. Warkah Untuk YB dan bini YB

    Wahai YB Permatang Pauh, dulu saya menghormati YB sebagai pembawa wadah keadilan. Tetapi sekarang sudah hilang hormat. Saya sudah campak buang rasa kagum dan hormat itu ke Ceruk To' Kun dalam kawasn YB.

    Perjuangan sekarang sudah nampak ketara dan membuktikan kerana nafsu, kroni, keluarga sendiri, bukan lagi untuk rakyat.

    Pemimpin di atas bercakap pasal pengukuhan, pemantapan PKR, itu hanya retorik.

    Realitinya kami ahli akar umbi bersekang mata, bermandi peluh di larut malam memanjat pokok, menegakkan bendera, menampal poster untuk memenangkan PKR , di ketika kamu sedang lena tidur di tilam empuk di bilik berhawa dingin.

    Inikah balasan kamu kepada kami. Kami bukanlah macai yang bergerak dengan ringgit dan sen, kami tidak mengharap itu semua kerana kami yakin hasilnya dituai DI'SANA', tapi kamu Nuar, khususnya semacam membelakangi DI'SANA' kerana dari tindak tanduk nampak semacam mementing DI'SINI' sahaja, maaf kalau terkasar, inilah curahan hati saya.

    Ditakdirkan PKR masih utuh dan pemimpin yang amanah seperti Azmin Ali dan Tian Chua tidak disingkirkan, saya tetap tidak menghormati kamu dan isteri kamu lagi.

    Ahli Seumur Hidup Yang Geram

    ReplyDelete
  4. Hanya Bini Boss layak jadi MB !!!!!!!!!!!!!!!!!!! orang lain tak layak. ADUN PKR termasuk Azmin, Nik Nadzmi, Yaakop Sapari, Elizabeth Wong dll semua tak layak jadi MB.

    Adakah kita perlu melayan orang gila begini ? Tentu Tidak

    ReplyDelete
  5. Parti Keadilan yang asal memperjuangkan hak rakyat. PKR yang wujud sekarang mengikut nafsu Nepotisme sejagat mahu bini pemimpin diberi jawatan.

    Jembalang Nepotisme Bini First Rakyat Last.

    Wahai ketua2 ranting PKR. Bangunlah kamu semua menentang Nepotisme dalam parti. PKR perlukan reformasi dalaman

    Ayuh..... Reformasi mesti dlilakukan terhadap kepimpinan PKR. Azizah please go and follow your hubbie back to Permatang Pauh. You have shamed the 1998 reformasi movement

    ReplyDelete
  6. Kuatkan usaha ye macai upahan.heee

    ReplyDelete
    Replies

    1. KATAKANLAH KEBENARAN MESKI PUN PAHIT.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...