Thursday 4 September 2014

MAHKAMAH TINGGI TOLAK SAMAN YBK DENGAN KOS TERHADAP TSKI DAN ADUN KOTA ANGGERIK DR YAAKOB SAPARI.



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman yang dikemukakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam sidang media, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Yaacob Md Sam mengarahkan YBK, Permodalan YBK Sdn Bhd dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom selaku plaintif pertama, kedua dan ketiga secara bersama membayar RM30,000 dan RM10,000 masing-masing kepada Khalid serta Yaacob sebagai kos.

Dalam penghakimannya setebal 99 muka surat, Yaacob berkata, sebagai Ketua Eksekutif Negeri, Menteri Besar Selangor mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang bagi untuk melihat YBK atau PYBK diurus dengan telus.

“Mahkamah mendapati kenyataan defendan pertama, Abdul Khalid dan Yaacob sebagai defendan kedua adalah merupakan komen yang berpatutan berasaskan maklumat serta dokumen rasmi kerajaan,”katanya.

Menurutnya, hujahan plaintif bahawa kerajaan negeri tidak berhak mencampuri urusan YBK atas alasan ia adalah badan amanah dan PYBK sebagai entity syarikat yang tiada sebarang hubungan adalah ditolak oleh mahkamah.

“Bagi melihat YBK atau PYBK diurus tadbir dengan telus,  kerajaan negeri atau Menteri Besar perlu mendapat pelaporan secara konsisten daripada plaintif pertama dan kedua berhubung program serta aktiviti yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan,”katanya.

Mengenai tuntutan balas oleh Abdul Khalid, mahkamah mendapati defendan pertama gagal membuktikan di atas beban imbangan kebarangkalian terhadap tuntutan balas defendan pertama tersebut.

“Tuntutan balas defendan pertama dengan itu ditolak dengan kos RM5,000 dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif-plaintif dan jumlah ini boleh dibuat potongan oleh plaintif dari jumlah kos yang perlu dibayar kepada Abdul Khalid," katanya.

12 comments:

  1. Dengar2 tski nk join pas betul ke?

    ReplyDelete
  2. Tolak pkr islam selamat.....kalid akan dilantik sebagai pengerusi MAS..caya la..

    ReplyDelete
  3. Pas tak akan terima org yang boleh setel hutang bank islam tanpa perlu membayarnya.kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Budak: dato sri bolehkah dato sri bg contoh najis mughallazah.
    Ds:err..errr..lubang ekzos saipol baukari kot yang tahan berak 3 hari tu kan.

    ~islam pasti selamat.
    kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Moga2 yaakop sapari dapat jadi mb

    ReplyDelete
  6. Dia akan join Pas bila presiden Pas bawak Pas masuk umno...

    ReplyDelete
  7. klu pngurusn MAS msh dtakok lma dn dana dsuntik lgi. x kiralh spa jd pengerusi mas. akhirnya kong kli kong.sokong bwa rebh.mas akn rugi lgi.

    ReplyDelete
  8. PAS dah khianat dan pembelot Nama calun MB tiga tiga dr PAS

    Mcm ni eluk lah PKR hantar ke semua Adun PKR sbg calun MB Sbb keutamaan jawatan MB kena dahulukan PKR Tak kan semua satu pun Sultan tak berkenan



    ReplyDelete
  9. Lebih baik Khalid di lantik jd Pengurusi Tetap UMNO he he he

    ReplyDelete
  10. Skg ni semua kes Khalid dgn pihak lawan yg menang Khalid
    Tenguk lah nanti Dr Bank Islam selesai luar mahkamah Kes SPRM Aduan ROS ...

    ReplyDelete
  11. Golongan pas yg dokong penjubo dah mula tikam dan jubo adi awang...nama jijah assmin tiada flm senarai....pas bakal mb sgor...aljuboori teruk kena main...last news pkr hantar lebih dri 1 nama ke istana....sllu sgt jubo org sesekali kena jubo kira ok la tu....kah kah...kah..langkah kajang mme langkah sijubori yg paling bangang...hihi....

    ReplyDelete
  12. Pangkat punya pasal haji kuda rela diliwat umno.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...