Wednesday 17 September 2014

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENGESAHKAN SECARA MUKTAMAD DAN MUTLAK BEKAS MATA-MATA TRAFIK MASUK JEL KERANA RASUAH RM400 KEATAS PENAGIH DADAH, WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS ADALAH BLOGGER PAPAGOMO.


Akhirnya siapa identiti blogger Pro UMNO yang terkenal dengan posting video lucah telah disahkan secara muktamad kekal abadi oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Seorang bekas mata-mata trafik Balai Polis Ampang yang kena tangkap oleh SPRM red handed kerana ambil rasuah sebanyak RM400 dari seorang penagih dadah tegar dan didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 21hb Mac 2013 dan dihukum masuk jel selama 14 hari dan denda RM10,000.


Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa RF 142863 Wan Muhammad Azri Wan Deris k/p 830121-03-5919 sebagai penulis blog kontroversi Papagomo.

Mahkamah oleh itu menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan dirinya adalah Papagomo.

Keputusan hari ini dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Ma’arop.

17 comments:

  1. Yang jahat tu memang jahat dan patut kenapun.

    Tapi dalam Pertubuhan Kita pun ada yang jahat. Sila baca:

    http://www.bharian.com.my/node/5576

    KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.

    Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.

    "Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya.

    Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.

    "Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.

    "Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.

    "Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.

    "Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya.

    ReplyDelete
  2. AMK Pro Azmin Enggan Derhaka Terhadap Sultan Selangor
    Sep 13,2014 - by AIDC
    3
    AIDCNews – 13/9/14 – Pemimpin sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) pro Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali enggan derhaka terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan dengan isu Menteri Besar negeri itu, lapor Malaysiakini.

    Sebaliknya mereka mahu penyelesaian segera dilakukan untuk menamatkan krisis itu daripada terus berlanjutan.

    “Kami pimpinan anak muda di peringkat akar umbi merasakan sudah tiba masanya satu keputusan muktamad dicapai bagi mengakhiri krisis politik yang telah berlanjutan untuk sekian lama ini.

    “Amanah dan tanggungjawab kita kini adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negeri Selangor dengan sebaik-baiknya. Kami khuatir sekiranya lebih lama krisis ini dibiarkan berpanjangan, ia bakal mengundang kemarahan rakyat yang semakin resah dan gusar dengan perkembangan mutakhir ini,”kenyataan AMK dipetik.

    Malaysiakini mendakwa satu sumber telah memberitahu portal mereka bahawa timbalan presidennya, Azmin Ali kini sedang melobi agar PKR memenuhi permintaan istana Selangor agar parti itu mengemukakan lebih dari dua nama untuk jawatan menteri besar.

    “Ini bagi mengelakkan persepsi bahawa PKR menentang sultan, menurut sumber tersebut yang menjangkakan lebih ramai pemimpin AMK mengeluarkan kenyataan sama.

    “Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan untuk mengemukakan hanya satu nama, presiden parti yang juga isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walau selepas teguran istana.

    “Senarai pemimpin AMK yang menyokong kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyertakan nama ketua pergerakan itu sendiri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    “Sebaliknya, kenyataan berasingan itu disokong oleh para naib pengerusi AMK Mohd Radzlan Jalaludin dan Sangetha Jayakumar, serta anggota exco AMK, Ammar Gazali.

    “Ketiga-tiganya dilihat menyokong kumpulan Azmin, manakala Nik Nazmi menyokong Wan Azizah,” lapor Malaysiakini.

    ReplyDelete
  3. Wan Azizah sedang pujuk Khalid kembali kepada PKR?

    16 SEPT: Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang memujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali kepada PKR?

    Itu cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.

    Sumber rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai Menteri Besar.

    Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.

    Wan Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas Pelabuhan Klang itu.

    Selain khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas perkenan Sultan Selangor.

    Difahamkan, tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar.

    Keputusan itu bersandarkan kepada prinsip mematuhi titah dan perkenan Sultan Selangor yang melantik menteri besar dan DAP juga dikatakan akan berbuat demikian kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada Sultan.

    Turut dikhuatir Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.

    Umum maklumkan, Khalid dan Wan Azizah dikatakan tidak mempunyai hubungan baik sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. Isu MB Selangor – Sampai Masanya Azmin Meninggalkan Anwar
    Pada mulanya, krisis kepimpinan PKR di Selangor dilihat sebagai krisis antara Azmin Ali, Pengerusi PKR Selangor, dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

    Azmin Ali dilihat lebih berpengaruh di kalangan pemimpin-pemimpin cabang PKR di Selangor. Tidak hairan, bila krisis antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim berpanjangan, terdapat usaha untuk ‘merosakkan’ imej Khalid Ibrahim. Pemerhati-pemerhati politik membuat bacaan bahawa sekutu-sekutu dan penyokong-penyokong Azmin Ali secara senyap-senyap cuba menonjolkan Azmin Ali sebagai pemimpin PKR yang wajar diberikan mandat untuk menjadi MB Selangor.

    Antara ‘gerakan’ Azmin Ali ialah dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Khalid Ibrahim dapat membaca ‘gerakan’ Azmin Ali, lantas Khalid telah mengambil tindakan untuk bertanding jawatan yang sama. Namun, ‘credibility’ Khalid Ibrahim sebagai pemimpin PKR di Selangor dilihat tercalar teruk apabila beliau gagal mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

    Berdasarkan lapuran mutakhir sebelum bermulanya usaha serius untuk memaksa Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB Selangor, Azmin Ali dilihat sebagai ‘front runner’ di dalam pertandingan 3-penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Oleh itu, ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa, jika berlaku sebarang perubahan kepada kerusi MB Selangor, tokoh PKR yang akan menggantikan Khalid Ibrahim ialah Azmin Ali.

    ‘Kajang Move’ telah menukar segalanya. Jelas terdapat tangan-tangan di dalam PKR, termasuk Anwar Ibrahim sendiri, yang belum bersedia untuk ‘memahkotakan’ Azmin Ali sebagai MB Selangor, walaupun beliau dilihat sebagai ‘de facto’ ‘second man’ di dalam PKR.

    Persoalan banyak pihak ialah, APA CACATNYA Azmin Ali, sehingga Anwar Ibrahim sewenang-wenangnya ‘membunuh’ hasrat Azmin Ali untuk menjadi MB Selangor. Apakah pengorbananan Azmin Ali selama ini terhadap Anwar Ibrahim dan Wan Azizah belum cukup besar untuk mewajarkan beliau diberi muka di dalam ‘pergeseran’ beliau dengan Khalid Ibrahim?

    Di peringkat awal perjuangan ‘reformasi’, dua orang yang dianggap sebagai ‘sayap kanan’ dan ‘sayap kiri’ Anwar Ibrahim ialah Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor. Ezam Mohd Nor telah mengambil keputusan meninggalkan ‘perjuangan Anwar’ dan kembali ke pangkuan UMNO sebelum PRU 2008.

    Berdasarkan perkembangan ‘Kajang Move’ dan krisis MB Selangor, aku percaya ini adalah saat dan ketika paling sesuai untuk Azmin Ali untuk mengkaji semuala secara serius sokongan ‘tidak terbatas’nya terhadap Anwar sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen sinis dengan menyatakan nama Kajang tidak lagi diingati mengenai keenakan satenya tetapi membayangkan maksud "sebuah kegagalan".

    Sindiran tokoh agamawan itu dipercayai merujuk 'Langkah Kajang' yang dicatur PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudiannya mencetuskan krisis pentadbiran dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat.

    "Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

    "Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

    Kenyataan itu tersebut mendapat hampir empat ribu "Like" dalam tempoh dua jam pertama dan mengundang pelbagai komen mahupun kritikan daripada pengunjung Facebooknya.

    Akaun bernama 'Musafir Lalu' menyatakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum gagal sebaliknya perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu belum selesai.

    Manakala 'Ahmad Toha Samsudin' pula bersependapat dengan 'Musafir Lalu' sambil menyatakan kejayaan bakal menanti dalam Langkah Kajang ini.

    "Hanya yg berfikiran pendek saja mengatakan ianya kegagalan sedangkan sejarah melakar dan tarbiah mengajar bahawa setiap kegagalan ada kejayaan menunggu."

    Sementara itu beberapa pengguna mempertahankan kenyataan Dr Mohd Asri itu.

    Nasrul Hakim menulis: "Saya sokong Dr MAZA. Tak pilih bulu. Tegur mana yg tak betul...".

    Mohd Khairil pula menyindir mereka yang naik berang dengan kenyataan Asri tersebut.

    ReplyDelete
  6. Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.

    Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.

    "Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.



    "Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.
    Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.

    "Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.

    "Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya.

    Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.

    Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

    PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).

    Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.

    Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-akan-jadi-jika-pkr-tadbir-malaysia-soal-asri#sthash.4qxy9K6N.dpuf

    ReplyDelete
  7. Rasanya pelajar Tadika Kemas pun boleh faham titah terang2 mahu lebih daripada dua nama - maknanya paling kurang tiga nama!

    Takkan benda mudah macam tu pun Anwar tak tau. Teruk sangat ke tahap penguasaan bahasa Melayu mereka sampai jadi bodoh dan bangang tak reti nak patuh titah?

    Dengar cerita Ketum PKR Anwar Ibrahim adalah lulusan ijazah Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya. Takkan graduan lulusan pengajian Melayu yang juga merangkap Ketum Penasihat PKR tidak boleh menasihatkan parti yang diketuai bini dia supaya mentaati tiah yang cukup mudah itu?

    Tetapi ternyata itulah yang terjadi. PKR elah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah!

    ReplyDelete
  8. Bang Non, titah kita hantaq lebih daripada dua nama; tapi kita hantaq satu nama! Kita punya ilmu hisab dah kira D- ni!!! Ni yang Jah fenin ni Bang Non...fenin!!!

    Tulah abang Non pi kutip budak kutu mana kat Bus Stand Klang lantik jadi Pakar Strategi. Harapkan dia, dia pun tak tau kira

    ReplyDelete
  9. Keputusan mahkamah yang ni macai-macai Fuckatan cukup yakin dan percaya 100%.

    Tapi, bila kena batang hidung sendiri, macai-macai fuckatan kata mahkamah ikut telunjuk parti pemerintah, contohnya....

    Keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut:
    “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”

    Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku.

    BEGITULAH HIPOKRITNYA PENGIKUT PKR DAN PR NI.....!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Ppsting bahan lucah untuk menyedarkan orang ramai pasal kelucahan melampau bang non tak jadi masalah....malah perlu disokong demi menyelamat kan mesia...

    ReplyDelete
  11. Macai 16 55 17 05 17 09 17 13 17 14 17 16 17 17 17 19 17 37 17 40 21 28 mcm astro asyik ulang tayang hihi siaan dia

    Keciwa betul ketua kalah kena byr denda Hukum akhirat belum lepas lg tu

    ReplyDelete
  12. Macai 16 55 17 05 17 09 17 13 17 14 17 16 17 17 17 19 17 37 17 40 21 28
    ko ganti lah tempat dia hehehe

    ReplyDelete
  13. Org citer papagomo .....komen melalut meroyan pasal.....pntborg baca lah bodo...kalau x der komen ttg papagomo x perlu tulis hal lain. Otak kambing pun lg cerdik.

    ReplyDelete
  14. Sorilah bro, tadi tu wa sama kawan2 tengah syok hidu gam nampak laptop kitorang taip la. Ni baru siuman baik bila baca yg kitorang taip tadi merapu sungguh. Esok kitorang dah pakat nak hidu gam lagi.

    ReplyDelete
  15. aku klu x hidu gam x blh hidup. ari2 mau wang utk beli gam. gam bukan murah bro... nasib ada penaja dr macai keris telanjang....

    ReplyDelete
  16. Pilih jijah...dikatakan anak beranak..pilih azmin dikatakan gila pangkat.. kepala otak kau laa ...

    ReplyDelete
  17. Penyamun akan tetap disokong oleh penyamun juga!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...