Monday 1 September 2014

MACAI-MACAI UMNO MENYAMAR SEBAGAI AHLI PAS BUAT DEMO PALSU DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, PERCUBAAN NAK PECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT.



Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas.

"Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

"Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya.

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan.

"Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.


ULASAN OMAK KAU:-
Setahu Omak sejak bergiat cergas sebagai aktivis polik dan penggiat blog ... kalau PAS buat demonstrasi angka yang hadir bukan macam gambar diatas .. lebih banyak tiang dari orang .. cara pakaian ahli PAS bukannya macam ini .. yang berpakian macam ini kalau tak pemuda UMNO sah Pekida atau Perkasa.

Kalau nak menipu kena guna sedikit akal dan otak .. jangan guna kepala lutut dan benda yang keluar dari bontot.

8 comments:

  1. Yahhh pecat pemimpin ganti dgn bini.
    Ini baru democracy bininism nepotism. Ajaran gila sheikh pondok segambut

    ReplyDelete
  2. Woiiii PAS senyaplah anon 9.53.

    Orang PAS memang Kurang ajar. Kami Dari dap n PKR tak perlukan PAS. Berambus PAS Disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcai2 umno bn yg mnyamar kt sini pn boleh tahan juge ye..hehe

      Delete
    2. Betul bang. Pencacai UMNO menyamar PAS. Menyalak kuat-kuat. Nanti bagi tulang.

      Delete
  3. Nah ptuihhhh Dari ahli ulu yam. PAS can go away. Korang menghina pemimpin kami. Kami Akan hina kepimoinan PAS

    ReplyDelete
  4. Tanpa bantuan PAS kami Akan menang di Pengkalan Kubur. Tanpa PAS pun kami boleh menang

    ReplyDelete
  5. Hahaha... tu ayat dari maca2 yang belum insaf. Upah pun tak dapat. Kesian sangat kerana dunia pun tak dapat apa akhirat lagi lah tak selamat....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...