Wednesday 10 September 2014

KERAJAAN SELANGOR SUMBANG 763 EKOR LEMBU BERNILAI RM2.594 JUTA UNTUK DIAGIH-AGIHKAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA.



Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak 763 ekor lembu yang bernilai RM2.594 juta bersempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini untuk diagihkan ke seluruh negeri.

Lembu korban akan disumbang oleh tujuh (7) anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (sebanyak 96 lembu), Permodalan Negeri Selangor Berhad (96), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (96), Wordwide Holding Berhad (95), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (95), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (95), Menteri Besar Selangor Incorporated (95) dan Yayasan Selangor (95).

Selain masjid, lembu korban ini juga akan disumbangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO, sekolah tahfiz, sekolah pondok dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, masjid dan surau  terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPRT di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, PPRT di bawah Majlis Agama Islam Selangor, Orang Asli dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Seperti tahun-tahun ini sebelum ini, Kerajaan Negeri bersetuju melantik PKPS secara terus sebagai pembekal lembu-lembu korban ini tanpa menggunakan orang tengah.

Majlis penyerahan lembu-lembu korban ini kepada pegawai-pegawai daerah akan diadakan pada 18 September ini di perkarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

10 comments:

  1. Daripada seorang yang sangat prihatin pada rakyat ko beralih jadi prihatin pada poket kroni kan dah kena sepak.lain kali kalau hutang bayar balik jangan jadi mcm kj gereja tu,dia maksum sbb tu hutang tak perlu bayar balik.heee

    ReplyDelete
  2. Anon 18:26,
    Aku rasa ko ni dah kena santau dengan puak Langkah Kajang Ninja Turtles kot....pekejadahnya pulak prihatin kat kroni? Ke ko ni macai Rafizi yang jeles tak dapat sakau duit state reserve yang berbilion tu? Memang dungu lah ko ni....Aku rasa ko ni macai taraf longkang yg duduk terpekik terlolong tak tau apa cerita cuma dengar cakap-cakap orang sembang kosong tapi langsung takde isi! Ko ni spesis yg tidak diperlukan, malah memalukan khalayak pembaca dan pengikut setia ruang pojok omakko.....mentaliti dan pemahaman yang sangat-sangat lemah! DSAI tentunya malu bila dapat tau beginilah tahap pemikiran penyokong dan pengundi di cabang-cabang dan ranting-ranting........aduyai.....ko pegi buang la sial ko tu bhai.......serius!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar le nuar aljubo si peliwat tua kutuk tak sedar diri tu malu.ada ku kesah.heee

      Delete
  3. Pembaca budiman.. saya dapat maklumat dalaman dari bilik gerakan siber umnu.. tentera siber umnu diarah untuk menyerang ruang komen untuk blog pro pr.. jangan baca komen dorang ye.. sume yg dorang diarah tulis adalah fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah solat maghrib bro? mcm ni lah. senang cakap, aku tak fikir pon pasal benda merepek ujudnye arahan bilik tentera siber bagai..baik UMNGOK mahupon Pee Gay Arr...kebanyakan komen selalunya datang dari pemerhati dan pembaca. jangan lupe ye, faktanye rakyat selangor dah fade up dah dengan PKR. Ini bukan fitnah! banyak kali dah sdri Hanisya buat posting pasal kepincangan PKR, contoh: Konvensyen PKR baru ni kat Shah Alam, siap dengan gambar skali bro. Tengok kelam kabut Kak Eda cover line pasal dewan kosong. Tengok kelam kabut sidang AMK Pusat bila geng pro Amirudin Shaari blah dari dewan. Ke ko nak cakap Hanisya ni pun kaki fitnah??

      Delete
  4. Jangan esok semua lembu ni dibawa ke ibu pejabat sprm dh lh....

    ReplyDelete
  5. Lembu nfc duk mana skrng ni?duk kondo lg ke

    ReplyDelete
  6. Pembaca budiman..saya dapat tahu bnyk jubo2 macai ketum yg kepanasan tak boleh senang duduk dan menggelupur tak tentu pasal mcm cacing kering kepanasan.

    ReplyDelete
  7. tak sia sia hidup lembu dr hidup jd macai

    ABU

    ReplyDelete
  8. Jemput smua rkyat selangor x kira apa kefahaman parti kita meraikkan majlis agihan daging lembu yang akan diadakan sempena Aidil Adha.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...