Saturday 13 September 2014

KENYATAAN SEORANG MENTERI KABINET YANG BAKAL NAIKKAN ANGIN SATU BADAN PERKASA DAN NGO-NGO YANG SEWAKTU DAN SEANGKATAN DENGAN NYA!!!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menjadi menteri Kabinet pertama yang menyatakan pendirian menentang tuduhan ke atas pensyarah Universiti Malaya, Azmi Sharom mengikut Akta Hasutan.

Idris dalam tulisan di Twitter berkata, tuduhan ke atas Azmi itu tidak sepatutnya berlaku.

"Azmi Sharom tidak sepatutnya dituduh kerana hasutan. Kebebasan akademik diperlukan dalam mencari pengetahuan,” tulisnya.

Menteri yang mengetuai Program Transformasi Ekonomi itu menegaskan bahawa Malaysia perlu terus berada di jalan kesederhanaan.

"Kritikan membina dan pertentangan pendapat perlu diberi ruang, selagi ia tidak memberi kerosakan serius ke atas struktur sosial masyarakat kita,” katanya dalam satu lagi tulisan.

Idris merupakan menteri dalam kerajaan yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Beliau dilantik dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 untuk memimpin Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

Azmi pada 2 September lalu didakwa mengikut Akta Hasutan atas pandangannya berhubung krisis perlembagaan Perak, 2009, yang menyebabkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tumbang wakil rakyatnya berpaling tadah.

Azmi menyertai senarai panjang ahli politik dan aktivis yang didakwa mengikut undang-undang itu.

APAKAH LEPAS INI AKAN BERSUSUN PARA NGO YANG SEJIWA DENGAN PERKASA MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI INI??????

13 comments:

  1. Pembaca budiman.. hendaklah tuan puan berhati hati dengan ruangan komen ini.. kenapa?.. kerana disinilah tempat menabur fitnah budak budak siber umnu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham.tuan anon 21.31.. saya memang dah lama tak baca ruangan komen ni.. banyak sgt fitnah lah.. tak sesuai dgn saya..

      Delete
    2. Saya hanya baca artikel omakkau aje.. tulisan siber umnu tu nak wat pe baca.. tulisan org tak gi sekolah

      Delete
    3. Anon 21.34.. cakap siang pandang pandang.. ni dah malam.. bos siber umnu tu.. CGPA dia 3.8 tau.. mat mana ?.. mat maslan

      Delete
  2. Tolak pkr islam selamat....

    ReplyDelete
  3. sy dgn omakkau gelak je kome ni, ip komen same dan2 je mnymar. kami bole kesan ip la der...

    ReplyDelete
  4. Solan upsr bocor.

    Di mana silapnya. Bila tukang ajar tak tahu erti susah payah, nak ambil degree tak payah skor SPM, assignment tiru atau upah orang buat, nak lulus periksa ramai-ramai jumpa lecturer minta kasi lulus.

    Tak pandai, malas berusaha, nak jalan mudah dan tak ada keyakinan.

    Itulah ilmu dan teladan yang diturunkan kepada anak didik. Jalan mudah! Pakai soalan bocor tak payah susah payah belajar macam kami ambil degree juga tak payah skor SPM. Bagaimana acuan begitu lah kuihnya.

    Lepas ini kita tengok tindakan keras yang dikenakan oleh sang pemerintah ke atas si penjenayah hanyalah ditukarkan atau digantung kerja gaji jalannnnn!

    “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

    ReplyDelete
  5. Tanya Menteri cium tangan Rosmah
    Idris ni tangan Najib pun dia tak cium sbb otak dia bijak

    ReplyDelete
  6. Kami ayahanda dan abg Long kawasan akan berjumpa dgn menteri karibinet ni utk meminta penjelasan tentang ucapan menteri ni-diharap menteri ni dapat sediakan duit minyak utk kami kesana-maklom laa dah tgh bulann budjet pun kurang.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak kenal si Idris Jala ni tak payah lah nak puji lebih-lebih. Tak bijak mana pun. Tapi sebenarnya dialah antara punca utama di sebalik kebebalan Najib! Termasuk drama kangkung Najib - takkan dah lupa kot. Itu jerlah tahapnya kecerdikan si Idris Jala ini!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...