Sunday 7 September 2014

JIKA DI ADAKAN PILIHANRAYA NEGERI SELANGOR DALAM MASA TERDEKAT INI, PELUANG PAKATAN RAKYAT TUMBANG CERAH IKUT KAJIAN PENGANALISIS POLITIK.



Pakatan Rakyat (PR) dan PAS khususnya akan menghadapi kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor kerana peratusan pengundi yang sudah penat berkata mereka akan beralih sokongan ekoran krisis menteri besar yang berlarutan, menurut kajian dan penganalisis.

Kaji selidik bersama The Malaysian Insider dan Merdeka Center dari 11 hingga 17 Ogos mendapati 8% daripada 808 responden, semuanya dari  Selangor, akan mengubah cara undian mereka berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PRU pada 5 Mei tahun lalu menyaksikan PR memenangi 59.4% undi popular di negeri ini, menunjukkan pakatan itu masih mempunyai kelebihan di Selangor jika pilihan raya berlaku.

Bagaimanapun Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata sokongan terkini bagi PR akan lebih buruk daripada apa yang kaji selidik cadangkan, seperti keputusan PAS mengemukakan wakil rakyat sendiri sebagai salah seorang calon MB kepada istana.

"Jika PRN berlaku, PAS terus menjadi ejen bebas dan medan kepada calon-calon sendiri, ia akan memecahkan undi, kehilangan semua kerusi dipertandingkan, dan menafikan majoriti yang PR perlukan," Ibrahim memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya walaupun PAS kekal bersama PR dan tidak mencuba pertandingan tiga penjuru, bukan Melayu yang mengundi mereka tahun lepas akan mempertimbangkan semula sokongan mereka.

"Perkara lain yang melemahkan PR adalah bilangan pengundi yang keluar mengundi. Kesanggupan dan semangat tidak akan sama seperti tahun lepas," katanya.

"Saya berasa pengundi sudah penat dengan apa yang sedang berlaku. Ia akan menyebabkan bilangan pengundi yang keluar mengundi lebih rendah, dan ini akan memberi implikasi pada potensi pilihan raya."

Ibrahim menambah, pakatan yang terdiri daripada hanya PKR dan DAP tidak akan cukup untuk mencabar Barisan Nasional (BN), kerana setiap bahagian diperlukan untuk memaksimumkan undi mereka.

"Dalam kes Selangor, BN mempunyai bank undi kukuh di kalangan orang Melayu yang tidak mungkin beralih. Dalam pilihan raya di mana PAS adalah calon bebas, ia akan mengambil undi Melayu daripada PR, manakala BN akan mengekalkan bank undi miliknya."

Beliau berkata pilihan sama ada atau tidak, "entiti bukan BN" akan terus memerintah Selangor bergantung kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jika mereka memilih untuk tetap bersama Hadi, ini akan membolehkan negeri ini terlepas daripada genggaman PR," Ibrahim berkata, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS mengemukakan nama dua Adun PKR dan seorang wakil PAS Selangor kepada istana sebagai calon untuk jawatan tertinggi itu.

Pencalonan nampaknya dilakukan tanpa pengetahuan Jawatankuasa Pusat parti itu, yang memutuskan pada 17 Ogos PAS tidak menuntut jawatan menteri besar itu.

Ia juga bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden PR pada Ogos 17 untuk menamakan hanya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan itu.

"Jawatankuasa Pusat perlu memilih antara bersama PR atau Hadi," kata Ibrahim, sambil menambah Muktamar PAS akan datang bakal menyaksikan krisis berpuak-puak dalam parti.

Bagaimanapun, penganalisis politik Prof James Chin dari Universiti Monash kurang pesimis.

Beliau berkata PR, atau gabungan yang terdiri daripada hanya DAP dan PKR, masih boleh memenangi 30 hingga 35 daripada 56 kerusi jika PRN diadakan.

Chin berkata jika berlaku pertandingan tiga penjuru, dengan PAS melawan Umno dan DAP/PKR, penyokong PR akan mengundi DAP/PKR kerana mereka marah dengan PAS, dan bukan keseluruhan gabungan.

"Orang mahu menghukum PAS, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu menghukum kedua-dua pihak yang lain. PKR dan DAP masih boleh menang semua kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Hanya 20 kerusi dari kawasan majoriti Melayu, jadi PAS tidak memberi banyak kesan. PR masih boleh menang, tetapi dengan majoriti sangat sedikit."

Tahun lepas, PKR memenangi 14 kerusi, DAP 15 dan PAS 15, manakala Umno memenangi hanya 12 kerusi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pada hari Rabu kemungkinan berlakunya PRN dibawa kepada istana, tetapi berkata keutamaan kini adalah untuk melantik MB baru.

Bagaimanapun, keputusan PAS menamakan tiga calon berbeza, serta teguran Sultan terhadap PKR kerana menghantar hanya satu nama calon ke istana, mungkin menyaksikan Dewan Negeri dibubarkan dan PRN berlaku
.

28 comments:

  1. Pakatan Rakyat atau Pakatan Pemimpin Diktator Anak Beranak?
    maaf ya PAS terkecuali. tapi bnyk talibarut Diktator2 Gila ni dalam PAS.
    Butakah mata n hati ummat Islam dlm PAS?. Org Melayu PKR jgn cerita lah tahap mendewa2 kan si ketum yg gilak kuasa. menyembah tahap menyembah atas jln. Semua yg ketum buat betul... sikit setitik pun tiada yg salah n noda pada kutum tu...
    lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah pro UG..DULU KINI SELAMANYA benci pd nuar..

      Delete
    2. salam,
      apa2 parti pun gila kuasa baik manusia atau syaitan semua sama sj kecuali mrk tergolong dalam org2 yg beriman takut tuhan takut buat dosa suka bersederkah. maka kalau dah manusia manusialah tu tiada apa bezanya hitam putih melayu cina india kristian islam hindu sama sahaja kecuali kamu bukan manusia . jadi jgn nak mengada2 buat cerita kucakacikan alam ini tuhan yg punya bukan ahmad albab yg punya. bila dah dapat emas nak intan lagi , maka yg degil akan dapat jua akan hilang apa yg dimilikinya tiada yg berkekalan.

      Delete
  2. Ketumbar
    Ketumbit?

    ReplyDelete
  3. Umnu dah jadi parti maksum sekarang siap boleh lambai2 tgan kat nabi lagi.sape nak masuk syurga jom join umnu sekarang juga.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno parti yg baik,telus,amanah,takada rasuah,kerja bagus,rizab tanah org melayu terjamin lebih 50 thn,hak2 org melayu terpelihara,takde fitnah..taikniah diberikn kpda umno.syabas,anda berjaya menipu org mlayu siang mlm konsisten lebih 57 thn.heee

      Delete
  4. Tuan puan pembaca budiman.. sekali lagi saya nak ingatkan.. INI MAKLUMAT SULIT DARI BILIK GERAKAN SIBER UMNU.. siber umnu dikehendaki mengacau dlm blog pro pakatan

    jangan baca komen dia org ye tuan puan.. komen yg banyak unsur fitnah

    komen dari budak budak yg malas nak kerja.. tak tahu kerja.. takde produktiviti melainkan utk fitnah

    sebab apa fitnah tu.. sebab dapat duit..

    ReplyDelete
  5. Wow senangnya dapat duit.. memfitnah pun dapat duit... patut le ramai..

    ReplyDelete
  6. Sape yg banyak sangat duit ni sampai boleh upah jentera fitnah?.. ni duit rasuah ke apa ni... bagi pun aku tak nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu anon11.04 memang tak suka duit haram

      tapi puak muda muda siber umnu bukan kesah pun haram ke tidak.. depa lantak aje.. asal duit.. fitnah pun sanggup.. tak caya.. tengok apa komen dorang lepas ni ye..

      Delete
  7. klu pruk blku d slgor, pr anggaplh satu ketentuan dn pkr wajr btanggungjwb sgla punca yg trjadi. diharapkan nasi x akan jd bubr.msh bolh delakkn pruk ini.

    ReplyDelete
  8. INI MENGIKUT PAKAR KAKI KENTUT.PAKAR KAKI SAPU DUIT NEGARA BOLEH LAH CAKAP SEWENANG NYE .ORANG SELANGOR BUKAN BODOH ABANG DAN ORANG NEGERI LAIN PUN SAMA BUKAN BODOH TAPI DISEBABKAN PENIPUAN PILIHANRAYA.RAKYAT NEGERI LAIN TERINAYA.TAPI HAD NAK MENIPU SATU HARI RAKYAT AKAN BANGKIT SAMPAI YANG BERTANGUNGJAWAP INI CIRET DALAM SELUAR BARU KOME TAHU

    ReplyDelete
  9. Jangan nak bandingkan melayu hutan dgn melayu bandar.melayu bandar lebih cerdik dari melayu hutan.dun sgor semuanya dalam hutan.heee

    ReplyDelete
  10. Apakah kerana Hadi Awang menyalah guna kuasanya sebagai presiden parti PAS yang menambah kan lagi kekalutan isu menteri besar maka pengundi Selangor akan menyerahkan undi mereka kepada calon Barisan Nasional ?

    Mungkin analisa yang dilakukan itu hanya tertumpu orang yang malas berfikir dan bodoh saja maka jawapannya Pakatan Rakyat (PKR, DAP) khususnya akan menghadapi kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

    Adalah lebih bodoh kalau pengundi Selangor memberi semula kerajaan negeri pada Barisan Nasional yang jelas menzalimi hidup rakyat melalui leburaya kidex, projek langat2, harga barang naik, tahun depan cukai GST...

    Pertukaran menteri besar adalah pekara biasa tanpa mengambil kira individu yang menjawat jawatan tersebut jujur atau menipu.

    Tugas pengundi adalah memberi undi kepada calon mewakil parti yang benar-benar prihatin pada mereka. Di Selangor yang sanggup berkhidmat untuk rakyat adalah parti PKR dan DAP.

    Oleh kerana itu rakyat atau pengundi tidak perlu menyibukkan diri mencampuri urusan parti yang menentukan ahli mereka menjadi pemimpin dalam kerajaan negeri.

    Kaji selidik bersama The Malaysian Insider dan Merdeka Center hanyalah satu ramalan. Begitu juga dengan pandangan saya tertaklok dalam ramalan saya sendiri.

    Untuk membuktikan ramalan siapa yang betul sila nasihatkan raja berperlembagaab bubar DUN.....baru kita tahu siapa yang kena !

    ReplyDelete
  11. Jika diadakan pru dun negeri selangor pasti pkr akan meraih kemenangan yg besar. Pas dan bn hilang wang deposit. DSWA akan dilantik mb kerana dengan sokongan rakyat sultan dah tak bolih berdolak dalih.

    ReplyDelete
  12. Asalkan btkan UMNO- Tidak akan mengundi UMNO/BN sama sekali-Pm Najeeb amatla lemah mentadbir negara-tak caya tanya Tun Mahathir-

    ReplyDelete
  13. Sultan dah berpolitik huru hara lsh negeri Selangor dibuatnya. Kalau Sultan tidak campur dalam urusan politik di Selangor dah lama selesai masalah MB ini. Rakyat mahukan Wan Azizah patut Sultan terima sehaja lah. Kalau rakyat Selangor mahuksn Azmin terima sehaja lah Azmin sebagai MB Selangor apa susahnya. Yang jadi susah bila Sultan lebih lebih macam ada udang sebalik mee sehaja dengan UMNO/BN. Kalau kita komen lantang sangat nanti Tuduh Menghasut dah kena tangkap Polis pulak tapi ini lah hakikatnya yg berlaku di Selangor perkara mudah dah jadi susah. Khalid pun satu pasai apa keras kepala sangat dah parti tak mahu turun sehaja lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 14:33 awak bijak lagi pandai justeru , saya sokong awak jadi MB Selangor

      Delete
    2. Dh elok elok merintah selangor buat hal pulak lps tu slhkan orang pulak skrg salahkan Sultan pulak tu le x de sakit cari penyakit....bebal...

      Delete
  14. Aku tak risau sgt sb mak lampir kata 56-0

    ReplyDelete
  15. aku nm umnok/ bn smpai mampus pun aku x undi, biarlah macai2 dia nk meroyan ke nk fitnah ke lantak ler...aku xnk lari mulut harimau (bn) masuk mulut buaya (umnok)...kputusan muktamad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGKALAN KUBUR OMAK KAU TAK NAMPAK LAGI KE? KERUSI SIAPA TU ? HE HE HE PKR YE ? BOLEH BELAH !

      Delete

  16. BUBARKAN DUN. KAMI MAU MENGUNDI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pastikn umno ambik alih selangor..noh omar sebagai MB plk..

      Delete
  17. Keberanian dan ketegasan PKR dan DAP tetap mempertahan kan Wan Azizah sbg MB Sgor pengantin Khalid akan membuat rakyat Sgor berfikir sedalam dalam nya Mengapa PKR tetap dng Wan Azizah walaupun tahu jika diadakan praya negeri PKR dan DAP akan kalah Apakah Anwar dan pemimpin dlm PKR dan DAP tidak menjangkakan kekalahan tersbt bila mana ramai yg akan berpendapat kekalahan tersbt Senario ini lah yg akan di fikirkan dalam dalam oleh rakyat Sgoryg mengundi nanti Dan faktor ini lah yg akan memenangkan PKR dan DAP

    So PKR kena pertahan kan Wan Azizah sbg MB Sgor yg baru Kalau boleh tindakan ini sbg titik darah yg penghabisan dlm isu penganti Khalid

    ReplyDelete
  18. PKR DAN DAP KAMI TETAP MAHU WAN AZIZAH MB SELANGOR. PR MESTI MENANG. 56 - 0.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...