Wednesday 3 September 2014

JABATAN UNIT AMAL PAS YANG MAU DIAMBIL TINDAKAN OLEH ZAHID HAMIDI ... POLIS BERI KEPERCAYAAN KAWAL LALU LINTAS.




HARAKAHDAILY | . KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu lintas sempena Thaipusam esok.

Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal  di kawasan lampu isyarat Pinggiran Batu Caves.

Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg. Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah ditutup untuk Thaipusam esok.

Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah' sebelum ini menjadi bualan rakyat negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusiaan ketika banjir melanda beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember lalu.

Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana Allah" menjadikan pasukan sukarelawan PAS itu disegani kawan dan lawan.

Pasukan ini juga, sentiasa menjadi tulang belakang kepada kawalan keselamatan beberapa himpunan besar anjuran NGO dan Pakatan Rakyat.

Selain himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, terbaru pasukan ini juga menjadi barisan hadapan mengawal perarakan himpunan Turun pada malam sambutan tahun baru 31 Disember lalu.

11 comments:

  1. Tolak pkr islam selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam sentiasa selamat...nko yang tak selamat jika tolak islam...

      Delete
  2. Untuk mengelakkan fitnah , lebih baik pas yang jaga lalulintas. Sebab pas buat semua boleh.
    Kalau umno buat tentu pas akan buat fitnah.

    ReplyDelete
  3. Polis tak kacau unit amal pas sebab mereka melayu berbeza dengan pps cina. Period!

    ReplyDelete
  4. Jgn melaga2 kan kaum.smua sama sj disisi tuhan

    ReplyDelete
  5. Budak yang jatuh motor kat Bagan Datok ari tu idup lagi ke??

    ReplyDelete
  6. Bersikap adillah ketika kta brkuasa x kira parti dn peyong mna diikuti. Dunia skrg trbuka luas dn manusia smakin pintar melihat,mndgr, dn brfikr. Jgn trlalu rakus pbila kta pegng tmpuk kuasa tnpa memikrkn keadilan sbnar hgga sgup mgmbil tndkn yg x adil kpd pihak yg dbenci, Igtlah jgn spi Allah murka spi menurunkn musibh dats dunia ini dsebabkn kerakusn dn ketidakadiln kpd stu pihak yg dpt dsaksikn olh rakyt ktika memegang tampuk kuasa.

    ReplyDelete
  7. umno telah mnjaga harta / rizab org melayu dengan baik lebih 57 tahun.mereka telus dlm membahagikn harta2 / keuntungan kerajaan pusat lebih 57 thn.lihatlah sekarang,tak ada org melayu miskin papa kedana.org melayu sekarang semua ada rumah/tanah adalah usaha umno/bn.anak2 muda melayu semua ada pkerjaan,samaada swasta atau lain2.biar melayu idup sederhana,tetapi tanah rumah xtergadaikn.hidop umno!heee

    ReplyDelete
  8. Melayu malas. Indon bangla pakistan baru turun tongkang dah kaya.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indon bngla pakistan baru turun tongkng pn dh kaya,melayu dh kje lebih 57 thn pn xkaya2.hrga getah sekilo brpe encik?hrga sawit satu tan brpe encik?syukur la,biar la aku miskin tapi aku tetap sokong umno.umno adalah pembela bngsa melayu.hidop umno!hee

      Delete
    2. Melayu malas. Period!heee

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...