Tuesday 9 September 2014

ISU PENTAFSIRAN PERLEMBAGAAN PAS MENGIKUT KACA MATA LUHAM .... RESPON AWAL DARI TIMBALAN PESURUHJAYA 1 PAS, WILAYAH PERSEKUTUAN.



LUHAM USAH TERBURU-BURU AIBKAN MAJLIS SYURA ULAMAK PAS DAN PRESIDEN SECARA TERBUKA.

( Saya rasa masih ramai peguam PAS yang akan bangun mempertahankan MSU danTG Presiden selepas ini , saya biarkan kepada mereka untuk buktikan kecintaan mereka kepada parti ini )

1. Bahawa Luham tidak menyatakan kaedah dia merujuk dan menafsirkan perlembagaan. Dari segi locus standi, Luham tidak mempunya kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti untuk menafsirkan maksud sebenar perlembagaanitu sendiri justeru ia merujuk kepada dasar perlembagaan, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, Ijmak dan Qias.

2. Untuk memahami Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W , Ijmak dan Qias, ilmu-ilmu asas seperti Bahasa Arab, Usul Fekah, Hukum Fekah, Ilmu Tafsir, Hadis dan lain-lain perlulah dihadamkan terlebih dahulu. Semua ahli PAS boleh bersetuju dengan roh perlembagaan dan perjuangan parti, bahawa segala yang bercanggah dengan 4 sumber syariat yang menjadi dasar parti secara automatik adalah tertolak.

Yang paling layak dari segi pengajian bagi memahami maksud sebenar 4 sumber yang menjadi dasar perlembagaan parti adalah majlis syura ulama, sebagai mana peguam- peguam LUHAM layak memamahami maksud undang-undang konvensional yang dipelajari oleh mereka.

3. Penafsiran LUHAM dilihat menggunakan tatacara dan gaya penafsiran undang-undang konvensional yang merujuk kepada kaedah-kaedahnya tersendiri sedangkan perlembagaan PAS merujuk kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W., Ijmak dan Qias.

4. Kuasa prerogatif presiden yang telah ditafsirkan oleh Majlis Syura Ulama merujuk kepada surah Saba' berkenaan kisah ratu balqis, tindakan Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Hudaibiyah, tindakan Amru b. Ash dalam kisah peperangan Zat As-Ssalaasil serta kisah Saidina Abu Bakar memerangi golongan murtad.

5. Membataskan kuasa syura mengikut penafsiran LUHAM adalah sesuatu yang dilihat seolah-olah meletakkan Majlis Syura Ulamak sama seperti golongan feudal, meletakkan golongan agama mereka di zaman gelap Eropah. Sedangkan nabi bersabda: "Nabi-nabi adalah pemimpin politik mereka."

6. Dari segi perlembagaan, kuasa Majlis Syura Ulamak PAS bukan sahaja perlu ditafsirkan dari segi kedudukan institusi portfolio Majlis Syura Ulama, tetapi ia juga melibatkan bidang kuasa Mursyidul Am sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

4. Apa hujah LUHAM yang melihat isu MB Selangor hanya isu teknikal sedangkan ia melibatkan isu Tahaluf Siasi yang sebenarnya dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulamak . Ianya melibatkan isu dasar kerana perlaksanaan dan penilaian tahaluf siasi sebelum ini seperti hubungan PAS dalam Barisan Alternatif, CCC, Semangat 46 dan lain-lain dinilai dari segi dasarnya oleh pihak Majlis Syura Ulama.

5. Tindakan LUHAM dilihat cuba mencalarkan imej Majlis Syura Ulamak dan sengaja mewujudkan pertembungan dengan badan tertinggi parti. Pihak LUHAM sepatutnya boleh memohon untuk berjumpa dan bersemuka dengan pihak MSU.

Sikap LUHAM ini seolah-olah menjemput pihak MSU ke gelanggang awam untuk bertarung tentang penafsiran Perlembagaan PAS. Sekalipun saya bukan ulamak, tetapi saya dapat memahami perkara ini melalui usrah yang saya ikuti sejak awal saya sertai PAS.

Saya sedia menjadi benteng kepada mana-mana pihak yang ingin mencalarkan kredibiliti Majlis tertinggi parti yang dianggotai oleh mereka yang paling dihormati oleh ahli-ahli parti.

Jadi saya cadangkan LUHAM melalui proses pengajian dan usrah, kemudian diadakan peperiksaan penilaian tahap pengetahuanasasi berkaitan perkara ini.

Sekian.
ﺣﺴﺒﻨﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻭ ﻧﻌﻢ ﺍﻟﻮﻛﻴﻞ!
'RAHMAT UNTUK SEMUA'

Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pesuruhjaya I PAS WP
9hb September 2014

16 comments:

  1. Berhujah atau bercerita.... tulis berjela-jela tapi tidak ada fakta dan bukti untuk mempertahankan presiden... tulisan Kamaruzaman Mohamad penuh khayalan. Amat memalukan.



    ReplyDelete
  2. Apa bongok mamat ni.. perlembagaan sendiri pun tak faham.. quran tak faham.. sejarah pun tak faham..

    woi bangang.. zaman gelap eropah tu sebab ulamak kristian terlampau berkuasa.. lebih berkuasa dari raja

    eropah keluar dari zaman gelap bila dia orang kurung ulamak bodoh dia org dalam gereja..

    ada faham kah bodoh..

    ReplyDelete
  3. Macam ni level tim pesuruhjaya.. dulu bukan main kempen nak jawatan.. tapi sekarang sebenarnya tak layak bertanding pun.. menang sebab sokongan UG...

    tak tahu tapi bodoh sombong..

    ReplyDelete
  4. Dia tu bodoh tak cerdik landung...macam bang non bodoh lsngsung x cerdik....ahaks...tak abis ngaji di UM lagi....ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup umno..negara perasuah rakyat susah..

      Delete
    2. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  5. Kelakar la korang nie... ketum ketum.. taun dpn boleh gi panggung wayang tgk filem "kacang".. mesti meletop.. kalu wat drama pon untung besar... byk episod..

    ReplyDelete
  6. BANYAKNYA MACAI AMENO KAT SINI.... SEPUPU RAPAT UG.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak mau pakai pendapat LUHAM mansuhkan saja. Pakai saja keputusan MSU. Tak payah nk bertegang leher.

    ReplyDelete
  8. Pembaca budiman.. hati hati banyak siber umnu kat sini... datang tabur fitnah...

    ReplyDelete
  9. Masa tuang presideng tuduh satu orang tu jual pil kuda tanpa bukti, ada dia rujuk Quran & hadis ke? Ulama jenis apa itu orang.

    ReplyDelete
  10. Minta mintaklah pas bergabung dgn umno...jom doa ramai2....pas gabung umno...boleh main jentik jentik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas gabung dgn umno..cantik tu jd PasNO..

      Delete
  11. Kalau dh sampai tara tu bukan wala' tapi taksub. Tuang presiden bukan nabi jangang dok cube angkat dia sama macang nabi takut nanti rosak akidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa bro..dia teruja sgt la tu bila tgk tn presideng selalu kuar kt tv 1 dn 3 suku..

      Delete
  12. LUHAM tidak berhak untuk membantah kata-kata MSU dan Presiden PAS. Kata-kata MSU dan Presiden PAS ialah undang-undang yang mengikat. LUHAM mesti memahami bahawa MSU dan Presiden PAS membawa undang-undang Islam yang mengatasi sebarang undang-undang lain. Apa-apa yang dinyatakan oleh LUHAM terbatal di sisi MSU dan Presiden PAS kerana LUHAM melihat dari segi undang-undang sekular. Menentang MSU dan Presiden PAS bererti menentang Islam.

    LUHAM mesti membatalkan niat untuk berlawan dengan MSU dan Presiden PAS. Tugas LUHAM ialah mendengar dan mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh MSU dan Presiden PAS. Wala' kepada MSU dan Presiden PAS jauh lebih berharga berbanding dengan kerja sia-sia yang dibuat oleh LUHAM.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...