Monday 15 September 2014

INILAH INDIVIDU TERBARU YANG KENA HERET KE MAHKAMAH ATAS KESALAHAN MENCEROBOH MASUK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PULAU PINANG PADA 21HB MEI 2014 LEPAS.



Seorang ahli perniagaan yang juga bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Rawana di George Town mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Wan Norazman Ariffin, 41, didakwa menceroboh masuk DUN Pulau Pinang dengan niat hendak menggusarkan orang yang memiliki harta itu iaitu Setiausaha DUN Pulau Pinang M. Maheswari pada 1.30 tengah hari, 21 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
  
Majistret L. Umma Devi menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib berkata tertuduh adalah tangkapan baru berhubung kes menceroboh DUN Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh dibicarakan bersama-sama 15 lagi individu yang telah dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun lepas bagi pertuduhan sama, pada 29 September ini.
  
Wan Norazman diwakili tiga peguam bela Rosli Ismail, Yusnita Yusof dan Norhardi Haron.
  
Lima belas tertuduh berkenaan ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham  Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51  dan Mohamed Ibrahim A.Siahoo, 31.

- Bernama
 

13 comments:

  1. ketua nya tak berani ambil tgg jwb
    abis semua kena dakwa
    tguk unit amal Berani Nak tangkap ahli unit amal tangkap dia sbg ketua dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka ni dulu pernah kena tangkap ngan polis ketika merompak kedai cina. Patut gandakan sampai 5 puluh ribu henggit. Babi celaka umno.

      Delete
    2. Aku kalu dapat babi umno ni aku tenyeh ngan taik aku. Umno sial celqka laknat.

      Delete
  2. Bicaralah sebaik2 pengajaran bagi mereka yang tidak tahu menghurmati undang-undang.

    ReplyDelete
  3. Muka mcm selalu menceroboh tandas pompuan-selalu kene tangkap kat pak guard menceroboh tandas pompuan nak mengintai

    ReplyDelete
  4. Muka totok melayu jawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah orangnya yg layak digelar samseng taik khinzir.

      Delete
    2. Squard berani mati umno tu, jgn main2...

      Delete
  5. Madey kata.. Melayu malas dan bodoh..
    betul ke niii...
    rasa2 acam betul kalau macam puak penceroboh tu..

    ReplyDelete
  6. Catch & release..

    ReplyDelete
  7. Kalau buat perkara yang sama kat Johor mesti kena lenyek dan sumpah seranah dari yang atas sampaikan ke siak masjid. Itulah Malaysia Negara Undang-undang Dua Alam!!

    ReplyDelete
  8. Diani penyamun besar. Tipu orang dengan penjualan emas. Ada berpuluh-puluh laporan polis dibuat...memalukan UMNO sahaja

    ReplyDelete
  9. Pengarah aduan GPMS taik minyak. Penipu nombor satu. Polis perlu ambiil tinfakan orang macamni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...